Daun terup
Daun terup (Jawi: داءون تروڤ , terup تروڤ pinjaman Belanda: troef serapan Perancis: triomphe turunan Latin: triumphus "kemenangan")[1] ialah kepingan keras nipis kertas atau plastik dihiasi motif berbeza-beza yang digunakan dalam set permainan daun terup (atau permainan kad). Daun terup biasanya sebesar tapak tangan agar senang dipegang.
Satu set daun terup yang lengkap dipanggil dek atau pek, manakala set daun terup yang dipegang oleh seseorang pemain ketika bermain dipanggil segenggam. Satu dek daun terup boleh digunakan untuk pelbagai permainan daun terup, termasuk sekali perjudian. Disebabkan daun terup ada standardnya dan juga mudah didapati di mana-mana, maka ada juga kegunaan lain seperti silap mata, penilikan, penyulitan mahupun untuk hiburan lain seperti dalam permainan papan atau menyusun "rumah" tinggi-tinggi.
Muka hadapan setiap daun terup ini membawa tanda-tanda atau rajah-rajah yang membezakan setiap kad dari yang lain dalam dek serta menentukan kegunaannya mengikut peraturan permainan yang dilangsungkan. Muka belakang kad pula sama bagi semua kad dalam mana-mana satu dek, biasanya berupa warna tunggal, reka bentuk yang tertentu ataupun iklan jenama. Selalunya, daun terup disusun menjadi dek, dan dikocok untuk mengubah urutannya secara rawak.
Sejarah
suntingSejarah awal
suntingDaun terup dijumpai di China seawal abad ke-9 ketika zaman Dinasti Tang (618–907), apabila sanak-saudara kepada seorang puteri bermain dengan "daun".[2][3][4] Seorang penulis bernama Su E menyatakan bahawa Puteri Tongchang (?–870), anakanda Maharaja Yizong (r. 860–874), meluangkan masa lapangnya dengan bermain dengan daun bersama ahli-ahli keluarga Wei.[5] Seorang ilmuwan Dinasti Song (960–1279) bernama Ouyang Xiu (1007–1072) bertegas bahawa permainan daun terup sudah lama wujud semenjak pertengahan zaman Dinasti Tang, apatah lagi penciptaan daun terup seiring dengan perkembangan penggunan helaian atau halaman kertas menggantikan gulungan sebagai bahantara surat-menyurat.[6][5]
"Daun wang" Cina kuno terdiri dari empat "sama bunga", iaitu syiling (atau tunai), ikatan syiling (which may have been misinterpreted as sticks from crude drawings), ribuan ikatan, dan puluhan ribu, dilambangkan oleh ideogram beserta angka 2–9 dalam tiga sama bunga pertama dan angka 1–9 dalam "puluhan ribu". Rekabentuk pada buah mahjong mungkin sekali berasal dari daun-daun terup lama ini. Bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa dek daun terawal yang pernah dicetak merupakan dek domino China, yang mana kesemua 21 gabungan sepasang dadu terpapar pada daun-daunnya. Mengikut catatan Kuei-t'ien-lu yang disusun pada abad ke-11, didapati baahwa daun domino ini dicetak pada zaman Dinasti Tang, selaras dengan pencetakan buku-buku pertama. Perkataan pái (牌 ) dalam bahasa Cina membawa maksud daun terup dan kepingan permainan.
Bila dan bagaimana daun terup diperkenalkan di Eropah, masih menjadi tanda tanya. Daftar karya ke-38 majlis Worcester (1240)[7] sering dipetik sebagai bukti bahawa daun terup dikenali di England seawal pertengahan abad ke-13, namun permainan de rege et regina (raja dan ratu) yang disebutkan kini dipercayai merupakan catur.
Mungkin sekali pelopor kepada daun terup moden tiba di Eropah hasil sumbangan kaum Mamluk dari Mesir pada penghujung 1300-an, yang amat serupa rupanya dengan daun terup masa kini. Dek Mamluk khususnya terdiri daripada 52 kad yang dibahagi kepada empat "sama bunga", iaitu kayu polo, syiling, pedang, dan cawan. Setiap sama bunga mengandungi sepuluh daun "bunga" (daun yang dikenal pasti mengikut bilangan mata bunga yang ditunjukkan) dan tiga daun "istana" bergelar malik (raja), nā'ib malik (wizurai atau timbalan raja), dan thānī nā'ib (timbalan kedua). Daun istana Mamluk memaparkan rekabentuk abstrak yang tiada gambar manusia (atau begitulah dalam semua spesimen yang masih wujud) tetapi ada tertera nama-nama pegawai tentera.
Satu dek lengkap daun terup Mamluk ditemui oleh Leo Mayer di Istana Topkapi, Istanbul, pada tahun 1939[8], mungkin dibuat sekitar tahun 1400 M.[9] Terdapat bukti bahawa dek ini diadaptasi dari dek 48 keping yang cuma ada dua daun istana dalam setiap sama bunganya, ditambah lagi bukti bahawa daun terup Cina awal yang dibawa ke Eropah pernah melalui tanah Parsi, kemudian mempengaruhi daun terup Mesir pada ketika itu.
Belum pasti sama ada daun-daun terup ini mempengaruhi rekaan daun terup India yang digunakan untuk bermain Ganjifa, ataupun sebaliknya dipengaruhi oleh daun-daun India ini. Apapun, daun terup India ini amat berbeza, kerana berbentuk bulat, dicatkan dengan lukisan rumit, dan terdiri daripada lebih dari empat (biasanya berpuluh-puluh) sama bunga.
Perluasan di Eropah dan perubahan rekaan terawal
suntingPada penghujung abad ke-14, daun terup semakin berleluasa di seluruh Eropah. Terdapat catatan-catatan yang menyebutkan kewujudan daun terup semenjak tahun 1371 di Sepanyol, 1377 di Switzerland, dan 1380 di merata tempat termasuk kota Florence dan Paris. [10][11]
Pada abad ke-15 di Eropah, daun terup semuanya berlainan sama bunganya; biasanya satu dek ada empat sama bunga, tetapi ada juga dek lima sama bunga dan struktur-struktur lain. Di Jerman, lekuk, genta, daun (pokok), dan buah ok (acorn) merupakan empat sama bunga piawainya, dan kini masih digunakan dalam dek Jerman Timur dan Tenggara untuk permainan Skat, Schafkopf, dan lain-lain lagi. Daun terup Itali dan Sepanyol abad ke-15 pula menggunakan pedang, tongkat, cawan, dan syiling (atau gelang) sebagai bunga.
Empat sama bunga yang dipakai di seluruh dunia masa kini, iaitu sped, lekuk (jantung), daiman, dan kelawar, berasal dari Perancis sekitar tahun 1480. Bentuk trèfle (kelawar) mungkin diambil dari bentuk buah ok, sementara bentuk pique (sped) dari bentuk daun dalam sama bunga Jerman. Nama "pique" dan "spade" pula mungkin berasal dari pedang dalam sama bunga Itali.[12] Lambat-laun England menerima pakai sama bunga Perancis walaupun pernah memakai sama bunga Itali sebelum ini.
Juga pada abad ke-15, orang Eropah mengubah daun istana agar selaras dengan kelaziman kerabat dan pengiring diraja Eropah, asalnya "raja", "kesatria", and "pekak" (atau "hamba"). Dalam pek Jerman zaman 1440-an, Ratu menggantikan Raja sebagai daun terbesar dalam dua sama bunga. Dek 56 daun yang mengandungi Raja, Ratu, Kesatria, dan Valet (dari daun istana tarot Perancis) juga kerap dijumpai.
Daun istana yang direka pada abad ke-16 di pusat perkilangan Rouen menjadi rekaan piawai di England, sementara rekaan Paris dipiawaikan di Perancis. Kedua-dua daun istana Paris dan Rouen dinamakan sempena wira-wira bersejarah dan mitos. Kini, nama-nama rekaan Paris lebih kerap digunakan, walaupun untuk rekaan Rouen.
Moden | Lama |
---|---|
Raja Sped | David |
Raja Lekuk | Charles (barangkali Charlemagne ataupun Charles VII dari Perancis) |
Raja Daiman | Julius Caesar |
Raja Kelawar | Iskandar Agung |
Ratu Sped | Pallas |
Ratu | Judith |
Queen of Diamonds | Rachel (sama ada dari al-Kitab; atau nama samaran Agnès Sorel, perempuan simpanan Raja Charles; atau dari mitos iaitu perubahan pada nama Ragnel) |
Queen of Clubs | Argine (barangkali anagram bagi regina - "ratu" dalam bahasa Latin - ataupun Argea, isteri Polybus dan ibu Argus) |
Pekak Sped | Ogier dari Denmark (seorang kesatria suruhan Charlemagne) |
Pekak Lekuk | La Hire (sahabat Jeanne d'Arc dan anggota kerabat Charles VII) |
Pekak Daiman | Hector |
Pekak Kelawar | Judas Maccabeus, atau Lancelot |
Perubahan rekaan selanjutnya
suntingDalam permainan-permainan terlama, raja sentiasa dijadikan daun tertinggi dalam sama bunga masing-masing. Walaupun begitu, sejak sekitar penghujung abad ke-14 penekanan khusus diberi kepada daun terendah, atau daun sat, sehingga dijadikan daun tertinggi manakala daun dua menjadi terendah. Konsep ini mungkin dicetuskan oleh Revolusi Perancis pada abad ke-18, yang mana permainan daun terup menjadikan daun sat sebagai nilai tertinggi, sebagai lambang golongan bawahan mengatasi kuasa raja.[perlu rujukan] Ketika Revolusi Perancis, rekaan tradisional Raja, Ratu, dan Pekak menjadi Kebebasan, Kesamaan, dan Persaudaraan. Pemerintahan radikal sekitar tahun 1793 dan 1794 menganggap dirinya sudah menggulingkan rejim lama dan seorang revolusioner tidak bermain raja dan ratu, sebaliknya bergenggamkan wawasan revolusi. Pada tahun 1805, dengan kebangkitan Napoleon kembalinya daun istana lama.
Pada abad ke-19, wujudnya daun terup transformasi yang menjadi laris di Eropah dan Amerika, yang mana daun bernombor diterapkan reka lukis yang menarik di keliling mata-matanya.
Daun terup masa kini
suntingInggeris-Amerika
suntingDek utama 52 helai daun terup yang digunakan hari ini merangkumi 13 pangkat dalam empat sama bunga, iaitu retin (diamond, ♦), dayung (spade, ♠), lekuk (heart, ♥) dan kelawar (club, ♣). Setiap sama bunga terdiri daripada sekeping daun sat yang tertera satu mata bunganya; daun muka yang terdiri daripada daun raja (king), daun ratu (queen), daun pekak (jack), setiap satunya tertera bunga masing-masing; dan pangkat dua hingga sepuluh, setiap kepingnya tertera bilangan mata (pip) bunganya mengikut nombor. Juga terdapat dua atau empat keping daun joker yang tidak tergolong dalam mana-mana sama bunga, disertakan dalam kebanyakan dek yang dijual masa kini namun selalunya terpaksa digugurkan sebelum bermain.
Rekabentuk menonjol dan logo pengeluar yang dipaparkan pada daun sat kelawar dicetuskan oleh pemerintahan Raja James di England yang meluluskan undang-undang yang mewajibkan ketandaan dicetak pada daun berkenaan sebagai bukti pembayaran cukai untuk penghasilan daun terup tempatan. Dek daun terup yang dibuat dan dijual di United Kingdom dikenakan cukai sehingga dimansuhkan pada 4 Ogos 1960, dan daun sat sped inilah yang membawa bukti nama pencetak dan pengesahan pembayaran cukai untuk daun terup berkenaan.[notes 1] Pek daun terup juga dibalut dengan bungkusan duti kerajaan.
Sat (Ace) |
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Pekak (Jack) |
Ratu (Queen) |
Raja (King) | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kelawar (Clubs) |
|||||||||||||
Retin/ciduk (Diamonds) |
|||||||||||||
Lekuk (Hearts) |
|||||||||||||
Dayung (Spades) |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "troef (belangrijke kaartkleur; troefkaart)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.
Ontleend aan Vroegnieuwhoogduits Triumpf (Duits Trumpf) ‘kaart van de belangrijkste kaartkleur van die speelronde, waarmee andere kaarten geslagen kunnen worden’ [1541; Kluge21], letterlijk ‘de triomferende kaart(kleur)’, oorspr. ‘overwinning, triomf’ [1450-1500; Kluge21], dat wrsch. via bemiddeling van Frans triomphe ‘(kaart van de) hoogste kaartkleur’ [ca. 1482; Rey], oorspr. ‘overwinning’ [ca. 1174; Rey] ontleend is aan middeleeuws Latijn triumphus ‘hoogste kaartkleur’, klassiek Latijn triumphus ‘overwinning, triomf’. Zie → triomf.
CS1 maint: multiple names: editors list (link) - ^ Needham 2004, halaman 131–132
- ^ Needham 2004, halaman 328 "it is also now rather well-established that dominoes and playing-cards were originally Chinese developments from dice."
- ^ Needham 2004, halaman 334 "Numbered dice, anciently widespread, were on a related line of development which gave rise to dominoes and playing-cards (+9th-century China)."
- ^ a b Lo, A. (2009). "The game of leaves: An inquiry into the origin of Chinese playing cards". Bulletin of the School of Oriental and African Studies. 63 (3): 389–406. doi:10.1017/S0041977X00008466.
- ^ Needham 2004, halaman 132
- ^ Singer, p. 4
- ^ Mayer, Leo Ary (1939). "Le Bulletin de l'Institut français d'archéologie orientale". 38: pp. 113–118. Dicapai pada 2008-09-08. Cite journal requires
|journal=
(bantuan);|pages=
has extra text (bantuan) - ^ International Playing Cards Society Journal, 30-3, page 139
- ^ [1]
- ^ [2]
- ^ [3]
- ^ Akta Setem 1765 mengenakan cukai pada daun terup.
Sumber utama
sunting- Needham, Joseph (2004) [1962], Science and Civilisation in China: Volume 4, Physics and Physical Technology; Part 1, Physics, Cambridge University Press, ISBN 0-521-05802-3
- Singer, Samuel Weller (1816), Researches into the History of Playing Cards, R. Triphook