Datuk Gong
Datuk Gong atau Na Tu Kong (Cina: 拿督公; pinyin: Ná Dū Gōng, Jawi: داتوق ڬوڠ ) ialah roh-roh penjaga yang disembah dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia, Singapura dan Indonesia (khususnya di Sumatera). Roh-roh penjaga ini dipercayai datang daripada[1] bertumpu di kawasan tertentu yang ditandakan sendiri kehadiran mereka seperti dalam pokok-pokok, gua, busut semut atau rupa batu lainnya.
Roh-roh ini dipuja sama cara agama tradisi roh dilakukan orang Cina namun menerapkan unsur-unsur tempatan dalam Nusantara.[2]
Muasal
suntingKepercayaan ini diketahui terbawa dalam kalangan buruh dibawa dari Tanah China pada abad ke-19 di mana mereka memuja Dewa Tanah memohon perlindungan dalam perjalanan serta mendapatkan rezeki murah dalam pekerjaan mereka;[3][4] penyembahan "Datuk-Datuk" ini pula dilihat sebagai pelanjutan daripada kegiatan ini di mana roh-roh ini dilihat mampu menjaga mereka dalam tanah baharu ini.[4] Bahkan, ada juga yang berpendapat bahawa pemujaan roh-roh datuk ini merupakan kesinambungan daripada animisme dilakukan warga setempat termasuk yang Melayu sebelum anutan Islam semakin menguat, dan kepercayaan lama ditinggalkan ini kemudiannya terserap oleh masyarakat Cina sendiri.[5]
Para pemuja ini menetapkan pengenalan atau identiti sesuatu Datuk Gong ini dari kalangan roh orang Melayu Islam kerana identiti ini dipercayai ada kaitan dengan pengetahuan tuan milik roh terhadap kawasan setempat lalu memberikan kuasa kesaktian (靈 líng) yang mampu menolong para pemuja dalam segala urusan peribadi mereka.[4]
Pemujaan
suntingTempat keramat
suntingPada dahulunya, tempat beradanya roh Datuk yang disembah sekadar mampu ditandakan dengan kain kuning yang diikat baik di busut atau batu tempat pujaan. Namun, patung mula dibina mengikut kehendak sezaman; patung-patung roh yang disembah ini digambarkan lengkap persalinan baju Melayu dengan songkok, kopiah atau tengkolok menyerupai seorang Melayu.[1][4] Tokong yang merumahkan roh disembah juga dibina menyerupai rumah tradisi orang Melayu atau bangunan berkubah seumpama masjid menunjukkan asal-usul roh.
Upacara
suntingPemujaan roh-roh datuk ini datangnya daripada kaitan asal datuk-datuk ini yang dipercayai merupakan roh orang Islam yang meninggal dunia. Maka, barangan yang dianggap haram dalam hukum Islam seperti babi dan arak tidak digunakan kerana dianggap tidak disukai oleh Datuk Haji Keramat.[6]
Para pemuja Na Du Gong biasanya mempersembahkan sepasang lilin putih, tiga batang setanggi serta kemenyan untuk sembahan seharian, Pada Khamis malam Jumaat yang dianggap waktu paling mulia pula, pemuja Na Du Gong memberikan barangan khas berupa daun sirih lengkap dengan kapur sirih, potongan buah pinang, tembakau, dan rokok daun serta buah-buahan. Keris juga dipersembahkan baik pada altar tokong mahupun diletakkan pada tangan patung-patung Datuk sembahan tertentu.[4]
Setiap Datuk ini memiliki "hari raya" tersendiri di mana para pemuja akan mengurniakan pemberian paling istimewa kepada roh-roh ini. Masyarakat pemuja di negeri-negeri utara Semenanjung Melayu (Perlis, Kedah, dan Penang biasanya menyembelih ayam, kambing atau lembu pada hari ini; dagingnya dimasak kari kemudian dipersembahkan kepada Datuk bersama dengan nasi kuning. Persembahan seperti ini juga dipersembahkan oleh pemuja yang permohonannya dikabulkan, misalnya menang loteri.[6]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b Azar Ishak (29 Januari 2017). "Datuk Gong: 'Dewa Melayu' yang disembah di Nusantara". SosCili. Dicapai pada 22 Februari 2021.
- ^ Yong, Nicholas (3 Disember 2015). "Datuk Gong: The god of the Chinese, Indians and Malays". Yahoo News.
- ^ Yeong Hui Min (5 Feb 2017). "The story behind 'Datuk Kong' worship". Malaysiakini.
- ^ a b c d e Mun Yee Chin; Yok Fee Lee (2014). "Settling down spiritually: Chinese Malaysian's worship of Datuk Gong" (PDF). Pertanika. Universiti Putra Malaysia. 22 (1): 379–392.[pautan mati kekal]
- ^ Hock Tong Cheu (1996). Malay Keramat, Chinese Worshippers: The Sinicization of Malay Keramats in Malaysia (PDF). Department of Malay Studies, National University of Singapore. m/s. 29–30. ISBN 981-00-8755-1.
- ^ a b Chinese-gods-of-wealth. Akses= 3 April 2013. Malaysian Chinese God Of Wealth - Datok Gong (拿督公)