Datuk Bandar Padang

Datuk Bandar Padang ialah jawatan pemimpin politik bagi bandar Padang dalam Provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Jawatan ini bertanggungjawab dalam mengatur dan mengelola pemerintahan Kota Padang, sebagai sebahagian daripada sistem pentadbiran pemerintahan kawasan di Indonesia.

Datuk Bandar Padang
Penyandang
Andree Harmadi Algamar
(Pemangku)

sejak 17 Mei 2024
Datuk Bandar
Bidang kuasaPadang Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanKediaman Rasmi Datuk Bandar Padang
Pemegang pertamaAbdoel Hakim
Tapak webwww.padang.go.id
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah penyandang

sunting

Abubakar Jaar ialah datuk bandar pertama selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia sehingga 1946. Seterusnya ia diganti oleh Bagindo Aziz Chan, yang sempat menjawat jawatan hanya setahun disebabkan terkorban dalam serangan yang dilancarkan oleh Belanda pada 1947. Ia digantikan oleh Said Rasad. Dua orang datuk bandar berikutnya ialah seorang doktor perubatan: Abdoel Hakim yang menjawat sehingga 1949 dan digantikan Rasidin. Diikuti Bachtiar Datuk Pado Panghulu pada 1956 dan Z. A. Sutan Pangeran pada 1958. Azhari menggantikan Sutan Pangeran yang mengundurkan diri pada 1966 sebelum pelantikan Akhiroel Yahya sebagai datuk bandar sah pada 1967.

Hasan Basri Durin, Syahrul Ujud, dan Zuiyen Rais menyandang jawatan datuk bandar dua tempoh berturut-turut dari 1973 hingga 2003. O.S. Yerli Asir dilantik sebagai pemangku datuk bandar pada 2004, ketika pasangan datuk bandar terpilih digugat kerana terbukti melakukan pemalsuan ijazah. Selepas setahun tanpa datuk bandar sah, Fauzi Bahar dilantik pada 2004[1] dalam pilihan raya ulangan dan menjadi datuk bandar terakhir yang dipilih dengan sistem perwakilan di DPRD Padang.

Pada 2009, Bahar menyandang bagi tempoh kedua selepas terpilih dalam pilihan raya berdasarkan UUD 1945. Sejak Februari 2014 hingga Mei 2014, Erizal Agus mengisi kekosongan sebagai pemangku datuk bandar sehingga dilantik datuk bandar sah hasil pilihan raya datuk bandar Padang yang lompong sejak 2013. Seterusnya, Mahyeldi Ansharullah dilantik pada 13 Mei 2014[2] sebagai datuk bandar selepas terpilih dalam pemilihan umum kedua. Kemudian pada 2018, Mahyeldi kembali terpilih menjalani tempoh kedua selepas menang dalam pemilihan umum ketiga. Ia dilantik pada 13 Mei 2019[3].

Pada Februari 2021, Mahyeldi dilantik menjadi Gubernur Sumatera Barat dan dua bulan berikutnya, timbalan Mahyeldi, Hendri Septa dilantik menjadi datuk bandar Padang sehingga akhir tempoh pada 2024.[4] Sejak Mei 2024, Andree Algamar mengisi kekosongan sebagai pemangku datuk bandar hingga pelantikan datuk bandar sah selepas pilihan raya datuk bandar Padang 2024.

Rujukan

sunting
  1. ^ BijakNews.com. "Fauzi Bahar Walikota Padang Periode 2004-2014 Terima Pin Emas di Hari Jadi Kota Padang ke-352". BijakNews.com: Mengabarkan Informasi dengan Bijak dan Akurat. Dicapai pada 2024-10-24.
  2. ^ "'Si Pemikul Beras' Dilantik Jadi Wako Padang". Hidayatullah.com (dalam bahasa Indonesia). 2014-05-14. Dicapai pada 2024-10-24.
  3. ^ Agency, ANTARA News (2018-06-24). "Mahyeldi dan Emzalmi kembali bertugas sebagai Wali Kota dan Wakil Wali Kota Padang". Antara News Sumbar. Dicapai pada 2024-10-24.
  4. ^ antaranews.com (2021-04-07). "Hendri Septa resmi jabat Wali Kota Padang sisa masa jabatan 2019-2024". Antara News (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-10-24.