Datu Patinggi Abdul Gapur

Datu Patinggi Abdul Ghapur merupakan seorang pewira silam di Negeri Sarawak. Beliau pernah dilantik menjadi gabenor (pembesar) Kuching sebelum kedatangan keluarga Brooke ke Sarawak. Dari segi keturunan, Datu’ Patinggi Abdul Ghapur berbangsa Melayu dan memiliki pertalian darah dengan Tun  Abang Haji Openg. Beliau adalah moyang kepada Tun  Abang Haji Openg. Untuk mengenang jasa Datu Patinggi Abdul Ghapur kepada negeriSarawak, maka sebuah sekolah telah dibina dan diletakkan sempena nama beliau pada bulan April tahun1974.[1]


Pada tahun 1854, Datu Patinggi Abdul Ghapur iaitu, yang menjadi pembesar Melayu di Kuching telah dilucutkan pangkat dan jawatan oleh James Brooke kerana beliau telah mengenakan cukai yang sangat tinggi terhadap orang-orang di bawahnya. Datu Patinggi Abdul Ghapur marah kerana kehilangan keistimewaan yang dinikmati satu masa dahulu dan membuat aduan terhadap pampasan yang tidak mencukupi yang dibayar kepadanya. Walau bagaimana pun, James Brooke telah menghapuskan gelaran Patingginya  dan menghantar beliau ke Mekkah untuk menunaikan fardhu haji. Selepas itu, beliau telah dibuang negeri ke Melaka. Oleh sebab berasa malu, Datu Patinggi Abdul Ghapur pun bersekutu dengan Syarif Masahor dan mereka telah mengadakan pakatan sulit untuk menghapuskan James Brooke dari Sarawak.


Masa nampaknya cukup sesuai bagi mereka untuk memberontak terhadap Brooke kerana kebangkitan orang Cina telah menampakkan kelemahan Brooke. James Brooke telah berlepas ke England pada akhir 1857 dan meninggalkan anak saudaranya Charles Brooke untuk mentadbir Sarawak. Keadaan ini amat sesuai bagi rancangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur. Pada tahun Jun 1859, Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur menyerang kubu Brooke di Kanowit. Dalam pertempuran itu, orang Melanau di Konawit yang diketuai oleh Sawing dan Sakalai telah membunuh Charles Folx dan Hendry Steele di kota Kanowit.  Beberapa orang Iban yang tinggal di sungai Pol dan Ngemah iaitu cawangan sungai Bukit Rejang  turut campur tangan dalam serangan ini.


Pembunuhan Charles Fox dan Henry Steele di Kanowit ini telah mengejutkan orang British di Kuching yang baru sahaja  menangani pemberontakan orang Cina di Bau. Pada bulan julai 1859, Charles Brooke dengan satu angkatan perang telah pergi ke sungai Bukit Kanowit dan membunuh askar-askar Melayu dalam kota itu dan membenarkan tenteranya menguruskan mengikut sesuka hati mereka. mana-mana orang Dayak yang telah membantu pembunuh-pembunuh tersebut. Selain itu, beliau juga menjatuhkan hukuman bunuh terhadap 10 orang yang dipercayai bersubahat dengan pembunuhan Fox dan Steele. Charles Brooke kemudiannya membaiki kota itu dan kembali ke  Kuching untuk membuang negeri Abdul Gapur ke Pontianak.


Pada awal tahun 1860, Syarif Masahor telah mengarah Pangeran Temenggung Hayim Jalil dari Brunai yang mendiami  daerah Sadung pergi ke Pontianak berjumpa dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur yang telah dipecat dahulu dan membawa bersama-sama bagi menyerang Kuching. Selepas mengetahui rancangan Syarif Masahor menyerang Kuching, pada awal bulan Februari tahun 1860 Charles Brooke telah melancarkan serangan awal terhadap pasukan syarif Masahor di pertengahan sungai Sarawak. Dalam pertempuran itu Charles Brooke telah memusnahkan kapal-kapal Syarif Masahor dan Syarif Masahor telah melarikan diri ke Brunai. James Brooke kemudian memaksa sultan Brunai membuang syarif Masahor ke Singapura pada 1861 di mana beliau telah meninggal dunia pada tahun 1890. Sebelum sempat Datu Patinggi Abdul Gapur menyerang kuching dari Pontianak, orang Belanda terlebih dahulu menahan beliau dan memenjarakannya di Betawi, Jawa.  Charles Brooke telah meminta bantuan pihak Belanda untuk menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan melarang beliau daripada kembali ke Sarawak.  Sehubungan itu tamatlah penentangan orang Melayu terhadap keluarga Brooke di Sarawak.

  1. ^ "5 interesting things to know about Datu Patinggi Abdul Gapor • KajoMag". www.google.com. Dicapai pada 2024-09-28.