Datuk Perpatih Nan Sebatang

(Dilencongkan daripada Dato' Perpatih Nan Sebatang)

Datuk Perpatih Nan Sebatang (Bahasa Minangkabau: Datuak Papatiah Nan Sabatang) merupakan gelaran seorang tokoh lagenda penyusun adat Minangkabau[1]. Sistem adat yang disusun oleh Datuak Parpatiah Nan Sabatang ini dikenali juga dengan nama kelarasan Bodi Caniago.

Nama kecil

sunting

Pelbagai pendapat mengenai nama kecil beliau. Ada yang mengatakan bahawa nama kecilnya adalah Balun yang kemudian disebut sebagai Sutan Balun, berdasarkan Tambo Minangkabau. Terdapat juga yang mengatakan nama kecilnya adalah Jatang atau Cumatang. Untuk hal ini diperlukan penelitian lebih lanjut oleh para pakar sejarah.

Keluarga

sunting

Datuk Perpatih Nan Sebatang lahir daripada pasangan Cati Bilang Pandai dan Puti Indo Jelita. Dia bersaudara dengan Datuk Ketumanggungan yang seibu tetapi berlainan bapa. Gelaran Datuk Perpatih Nan Sebatang diabadikan menjadi nama sebuah jalan di Kota Solok sekarang kerana kononnya tokoh ini sangat berjasa bagi masyarakat Solok dalam bidang pertanian. Gelaran ini juga diturunkan oleh anak buah yang beraliran Bodi Caniago.

Di Negeri Sembilan, Malaysia, orang Minang disana mengamalkan adat Perpatih yang merupakan hasil pemikiran dan gagasan dari Datuk Perpatih Nan Sebatang.

Di dalam tulisan Amogapasya juga disebutkan nama beliau sebagai Parpatiah. Kadangkala ia dikenal pasti sebagai Patih Sewatang. Sesuai dengan gelarannya, ia menduduki jabatan sebagai patih kerajaan bersama Tumenggung yang juga dikenali sebagai Datuk Ketumanggungan.

Pengasas Sistem Adat Demokrasi di Minangkabau

sunting

Jasa Datuk Perpatih tidak pernah dilupakan dalam ingatan orang Minang yang dituturkan secara turun temurun. Aliran Bodi Caniago yang dibentuknya menentang sistem pemerintahan yang berwibawa dan aristokrasi yang dibangunkan oleh saudaranya, Datuk Ketumanggungan.

Rujukan

sunting
  1. ^ Batuah, A. Dt. (1959). Tambo Minangkabau dan Adatnya. Jakarta: Balai Pustaka. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan Luar

sunting