Dataran Merah (Bahasa Rusia: Красная площадь, tr. Krásnaya plóshchaď,IPA: [ˈkrasnəjə ˈploɕːətʲ]) adalah sebuah dataran kota (plaza) yang terletak di Moscow, Rusia. Ia memisahkan Kremlin, bekas kubu kota diraja yang kini menjadi kediaman rasmi Presiden Rusia dengan bekas kawasan pedagang yang dikenali sebagai Kitai-gorod. Dataran Merah seringkali dianggap sebagai medan pusat bandar Moscow, di sebabkan jalan-jalan utama di Moscow yang menghubungkan dengan lebuh raya-lebuh raya utama bermula dari dataran ini.

Kremlin dan Dataran Merah, Moscow
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Pandangan Katedral St. Basil
Dataran Merah dilihat dari Katedral St. Basil
Maklumat am
Nama asliКрасная площадь
Sebahagian dari
Kremlin and Red Square Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1991 (sesi ke-14)
Maklumat lokasi
LokasiMoscow, Rusia Sunting ini di Wikidata
Koordinat55°45′15″N 37°37′12″E / 55.754166666667°N 37.62°E / 55.754166666667; 37.62
Dataran Merah yang terletak di Russia
Dataran Merah
Lokasi Dataran Merah
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Asal dan nama

sunting

Nama Dataran Merah bukan merujuk akan warna batu-bata dan juga hubungan warna merah dengan kepercayaan komunis. Akan tetapi, ia merujuk kepada perkataan Rusia красная (krasnaya) yang boleh bermaksud sama ada "merah" atau "cantik". Perkataan ini dengan maksud "cantik" pada asalnya merujuk kepada Katedral Saint Basil dan kemudian merujuk pada dataran berdekatan. Dataran ini dipercayai mendapat namanya sekarang (menggantikan bekas Pozhar, atau "tempat terbakar") pada kurun ke-17. Beberapa bandar-bandar lama Rusia seperti Suzdal, Yelets, dan Pereslavl-Zalessky, juga mempunyai dataran utama yang dinamakan Krasnaya ploshchad.

Senarai Warisan Dunia

sunting

Kremlin dan dataran merah telah bersama diiktiraf sebagai satu Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1990, kerana kaitan kuat mereka kepada sejarah Rusia sejak abad ke-13.

Lihat juga

sunting

Sumber

sunting
  • Юрий Федосюк. Москва в кольце Садовых. М., Московский рабочий, 1991. ISBN 5-239-01139-7
  • П.В.Сытин. Из истории московских улиц (очерки). М.. Московский рабочий, 1958

Koordinat: 55°45′15″N 37°37′12″E / 55.75417°N 37.62000°E / 55.75417; 37.62000

Pautan luar

sunting