Dataran Komune Paris (Saigon)

Dataran Komune Paris ( Công trường Công xã Paris ) ialah sebuah dataran kecil yang terletak di Daerah 1, pusat bandar Ho Chi Minh City, Vietnam . Ia terletak di antara Lê Duẩn Boulevard dan Jalan Nguyễn Du dan mengelilingi Basilika Katedral Notre-Dame Saigon . Dataran ini juga merupakan titik permulaan bagi Jalan Đồng Khởi yang terkenal. Dikelilingi oleh dua mercu tanda seni bina utama—Katedral Notre-Dame dan Pejabat Pos Pusat—dataran ini berfungsi sebagai kilometer sifar bandar.

Paris Commune Square
Công trường Công xã Paris
City square
Nama sebelumnya: Place Pigneau de Béhaine,
Hòa Bình Square, John F. Kennedy Square
Paris Commune Square in 2014
Paris Commune Square in 2014
Didedikasikan bagi:Paris Commune (1789–1795)
Pemilik:Ho Chi Minh City
Lokasi:Bến Nghé, District 1, Ho Chi Minh City
Map

Sejarah

sunting
 
Air pancut yang kecil pada mulanya menduduki tapak patung tersebut yang akan dibina pada masa depan di tengah taman
 
Patung gangsa Pigneau de Behaine dan Putera Cảnh di dataran, sekitar tahun 1900-an

Pada asalnya, dataran ini dinamakan Place de la Cathédrale (secara kasarnya diterjehmahkan sebagai "Dataran Katedral") bermula sejak zaman penjajahan Perancis . [1] Pada tahun 1903, kerajaan kolonial Perancis mendirikan sebuah patung gangsa yang mengambarkan paderi Katolik Perancis Pigneau de Behaine bersama patung remaja Putera Nguyễn Phúc Cảnh [2] di tengah-tengah taman di hadapan katedral, dataran ini dikenali sebagai place Pigneau de Béhaine . Patung tersebut telah diturunkan pada Oktober 1945 [3] meninggalkan hanya alasnya yang kosong. Hampir tiada pun apa-apa patung yang didirikan atas alas tersebut sehinggalah tahun 1959 di bawah kepimpinan Republik Pertama Vietnam, apabila patung baru, Our Lady of Peace ( Tượng Đức Bà Hòa Bình ) telah didirikan bagi menghormati Perawan Maria yang Diberkati. [4] Dataran tersebut memang dipanggil Hòa Bình Square ( Công trường Hòa Bình , secara harfiahnya, bermaksud "Dataran Kedamaian"). Pada Mei 1964, kerajaan Vietnam Selatan telah menamakan dataran tersebut sebagai Presiden John F. Kennedy Square ( Công trường Tổng thống John F. Kennedy ) bagi menghormati Presiden AS yang telah dibunuh itu . [5] Selepas Kejatuhan Saigon, dataran itu dinamakan semula sebagai Công trường Công xã Paris (secara harfiahnya, bermaksud "Dataran Komune Paris") oleh Kerajaan Revolusi Sementara .

Rujukan

sunting
  1. ^ The Directory & Chronicle for China, Japan, Corea, Indo-China, Straits Settlements, Malay States, Sian, Netherlands India, Borneo, the Philippines, &c: With which are Incorporated "The China Directory" and "The Hong Kong List for the Far East". Hong Kong Daily Press Office. 1909. m/s. 1151.
  2. ^ Vietnam Business Magazine. 8. Ministry of Commerce (Vietnam). 1998. m/s. 24.
  3. ^ Edwards, Anastasia (2003). Saigon: Mistress of the Mekong : an Anthology. Oxford University Press. m/s. 166. ISBN 9780195906028.
  4. ^ Hỏi đáp về Sài Gòn Thành phố Hồ Chí Minh [Questions and Answers About Saigon - Ho Chi Minh City] (dalam bahasa Vietnamese). 6. Nhà xuất bản Trẻ. 2006. m/s. 121.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Saigon Honors Kennedy, Square Named For Him". The New York Times. 31 May 1964. Dicapai pada 30 July 2019.