Dassault Mystère
Dassault MD.452 Mystère merupakan sebuah pesawat pejuang-pengebom buatan Perancis pada tahun 1950-an.
MD.452 Mystère | |
---|---|
Peranan | Pejuang-pengebom |
Pengeluar | Dassault Aviation |
Penerbangan sulung | 1951 |
Diperkenalkan | 1954 |
Dihentikan | 1963 (Perancis) |
Pengguna utama | Tentera Udara Perancis |
Dikeluarkan | 1951-1957 |
Jumlah dibina | 166 |
Pembangunan
suntingSelepas kejayaan Ouragan, Dassault telah membangunan sebuah pesawat yang lebih canggih berdasarkan pesawat ini, yang mana melakukan penerbangan sulung pada awal 1951 sebagai MD.452 Mystère I.
Prototaip pertama Mystere I asalnya merupakan pesawat Ouragan dengan 30-darjah sayap sapu dan permukaan ekor yang telah diubahsuai. Dua buah prototaip lagi dibina, dikuasai dengan turbin jet aliran emparan Rolls-Royce Tay 250, sebuah versi Rolls-Royce Nene yang ditingkatkan, dibina secara berlesen oleh Hispano-Suiza, dan di kadar pada 28.0 kN (2,850 kp / 6,280 lbf) tujahan.
Tiga buah prototaip Mystere I diikuti dengan dua buah prototaip Mystere IIA, dikuasai oleh Tay dan dipersenjatai dengan empat buah meriam Hispano 20 mm; dan kemudian empat prototaip Mystere IIB, yang mana menukar empat buah meriam 20 milimeter dengan dua meriam jenis-revolver 30 millimeter DEFA. Mystere IIA merupakan pesawat pertama buatan Perancis yang berjaya melepasi Mach 1 di dalam penerbangan terkawal (semasa menjunam), pada 28 Oktober 1951.
Sebelas buah pesawat pra-pengeluaran yang dikeluarkan didesignasi sebagai Mystere IIC, sembilan darinya dipasang dengan turbin jet aliran sepaksi SNECMA Atar 101C , rated at 24.5 kN (2,500 kp / 5,510 lbf) tujahan, sementara dua buah lagi diuji dengan pembakaran lepas Atar 101F, dengan tujahan pembakaran lepas sebanyak 37.3 kN (3,800 kp / 8,380 lbf).
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
sunting- Donald, David (1996). Encyclopedia of world military aircraft. AIRtime Publishing. ISBN 1-8805-8824-2. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Kopenhagen, Wilfried (editor) (1987). Das große Flugzeug-Typenbuch. Transpress. ISBN 3-3440-0162-0.CS1 maint: extra text: authors list (link)