Dasar sungai
Dasar sungai ialah dasar bagi sungai atau saliran lain atau batas fizikal aliran air biasa. Di tepi-tepi sungai terdapat batasan sungai yang dikenali sebagai tebing sungai, kecuali sungai dalam peringkat banjir atau air pasang. Dalam keadaan tertentu, sungai boleh bercabang dari satu dasar sungai ke beberapa dasar sungai. Banjir boleh berlaku apabila aliran air dalam sungai melimpahi atau melepasinya tebingnya dan mengalir ke dataran banjir.[1]
Dasar sungai berfungi sebagai fungsi dinamik aliran dan bahan geologi tempatan, yang dipengaruhi oleh aliran itu. Dengan aliran kecil di kawasan mesofit, sifat dasar sungai semula jadi sangat responsif kepada keadaan air larian semasa pembentukan kerpasan. Apabila keadaan penghasilan paras air larian yang tidak semulajadi berlaku, seperti berlaku di bawah jalan raya, lekukan keduk di dasar sungai akan berlaku yang selalunya turun ke batuan dasar, lalu menyebabkan tebing sungai akan terjejas. Proses ini memicu kepada hakisan terhadap di tebing sungai, mengakibatkan tanah menjadi lebih nipis, dan pembentukan cerun dari dasar sungai. Sedimen akan diangkut, dihakiskan dan dimendapkan di dasar sungai.[2] Majoriti sedimen yang dihanyutkan dalam banjir merupakan sedimen "berhampiran ambang" yang telah dimendapkan semasa aliran biasa dan hanya memerlukan aliran yang tinggi sedikit untuk menjadi mudah alih semula. Ia menunjukkan bahawa dasar sungai yang telah dibiarkan, kebanyakannya tidak berubah dari segi saiz dan bentuk sungai tersebut.[3]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Jerolmack, Douglas J.; Mohrig, David (2007). "Conditions for branching in depositional rivers". Geology. 35 (5): 463–466. Bibcode:2007Geo....35..463J. doi:10.1130/G23308A.1.
- ^ Garcia, Marcelo; Parker, Gary (1991). "Entrainment of Bed Sediment into Suspension". Journal of Hydraulic Engineering (dalam bahasa Inggeris). 117 (4): 414–435. doi:10.1061/(asce)0733-9429(1991)117:4(414).
- ^ Phillips, Colin B.; Jerolmack, Douglas J. (2016). "Self-organization of river channels as a critical filter on climate signals". Science. 352 (6286): 694–697. Bibcode:2016Sci...352..694P. doi:10.1126/science.aad3348. PMID 27151865.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Dasar sungai di Wikimedia Commons