Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Ogos 2017) |
Rencana ini memerlukan rujukan yang muncul di dalam penerbit pihak ketiga yang boleh dipercayai. Sumber-sumber primer atau sumber-sumber yang dihubungkan dengan perkara ini secara umumnya tidak cukup bagi sebuah rencana Wikipedia. Sila tambah petikan yang lebih sesuai bagi sumber-sumber yang boleh dipercayai. (Ogos 2017) |
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor ini dizahirkan dalam tahun 1961. Ahli kehormat Darjat Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor biasanya terdiri daripada Putera-Puteri Diraja, Pemerintah-Pemerintah dan Ketua-ketua Negara Asing. Bilangan kuota bagi Ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama ini ialah 2 orang pada satu-satu masa dan bilangan maksima keseluruhannya ialah 40 orang.[2]
Darjah Kebesaran Mahkota Selangor Yang Amat Mulia | |
---|---|
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor | |
Dianugerahkan oleh Sultan Selangor | |
Jenis | Dinastik |
Dizahirkan | 1961 |
Negara | Malaysia |
Status | Pada masa ini diwujudkan |
Pengasas | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
Berdaulat | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Kelas | Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor |
Singkatan darjah | SPMS |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 28 Mac 1963 |
Pelantikan terakhir | 11 Disember 2023 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati |
Lebih rendah | Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (tidak aktif) |
Bar reben[1] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Gelaran penerima
suntingAhli-ahli yang menerima kurniaan ini berhak menggunakan gelaran "Dato' Seri" pada pangkal namanya bagi Ahli Lelaki,"Datin Paduka Seri" kepada Ahli Wanita. Isteri Ahli-ahli lelaki menggunakan gelaran "Datin Seri" pada pangkal namanya, manakala suami kepada Ahli Wanita tidak berhak menggunakan apa-apa gelaran. Gelaran "Dato' Seri" ini adalah gelaran baru yang telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 23 Disember 1998 atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sebelum ini gelaran bagi penerima kurniaan tersebut ialah "Dato' " bagi Ahli Lelaki dan "Datin Paduka" bagi Ahli Wanita serta "Datin Paduka Seri bagi isteri Ahli-ahli Lelaki.
Kelayakan
suntingDarjah Kebesaran ini dikurniakan kepada kaum kerabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta orang-orang perseorangan yang berjawatan tinggi dan telah menyumbangkan bakti cemerlang kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta Kerajaan Baginda. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga berhak mengurniakan Darjah Kebesaran ini kepada sesiapa sahaja yang Baginda anggap layak dan sesuai untuk menerima penghargaan dan rasa kemesraan yang paling tinggi daripada Baginda.
Kalung
suntingKalungnya diperbuat daripada logam yang bersadurkan perak dan enamel, sepanjang 100.6 sm dan dipakai sama labuhnya di bahagian hadapan dan belakang. Kalung ini mempunyai 14 karangan mata rantai yang bersambungan. Dua mata rantai tengah mengandungi dua rangka Bendera Negeri Selangor yang dicantumkan dengan bulan sabit dan bintang dihiasi di sebelah kiri kanannya dengan dua rangkai daun getah. Kesemua gubahan ini daripada enamel.
Manakala 12 mata rantai, berbentuk bulat dan dihiasi dengan jambangan daun kelapa di sekelilingnya. Karangan-karangan ini diatur ke dalam empat pasang, setiap pasang mengandungi tiga jenis karangan rantai yang berlainan gubahannya iaitu satu mengandungi perkataan Selangor dalam huruf jawi, yang keduanya mengandungi dua pelepah daun kelapa yang bersilang, dan yang ketiganya mengandungi bulan sabit dan bintang. Tiap-tiap satu gubahan ini beralaskan logam enamel merah nipis yang berbayang.
Bintang
suntingBintang Darjahnya diperbuat daripada logam yang bersadurkan perak, ukuran garisan mukanya ialah 6.985 sm dan mempunyai lima pecahan yang timbul, lengkap dengan bulatan-bulatan di hujung setiap pecahan ini, dan diperbuat daripada logam enamel merah. Di tengah-tengah Bintang ini terdapat pula satu bulatan berukuran garisan muka 3.175 sm yang mengandungi Lambang Negeri Selangor dengan bertalarbelakangkan enamel kuning.
Lencana
suntingLencananya diperbuat daripada logam yang bersadurkan perak, berpecah lima dan dihiaskan sama seperti Bintang Darjah. Di antara pecahan-pecahannya juga dihiaskan dengan ukiran Lambang Negeri Selangor di atas tanah enamel merah. Lencana ini diperbuat supaya dapat digantung pada Kalung atau Selepang.
Selempang
suntingSelepangnya diperbuat daripada kain sutera merah selebar 10.16 sm dengan satu jalur berwarna kuning selebar 2.54 sm di tengah-tengahnya. Ianya dipakai dari atas bahu sebelah kanan melintang ke bawah ke sebelah pinggang kiri.
Bagi Ahli Wanita pula alat-alat Darjah Kebesaran ini adalah sama kecuali Kalungnya ialah 78.74 sm panjang tanpa dua karangan mata rantai di tengah-tengahnya kalung Ahli Lelaki. Tujuan perbezaan ini ialah agar ianya dapat dipakai dengan digantungkan di leher, manakala selepangnya selebar 5.715 sm sahaja.[3]
Penerima terkenal
sunting- Abdul Razak Hussein (SPMS, 1965)[4]
- Omar Ong Yoke Lin (SPMS, 1973)[5]
- Mahathir Mohamad (SPMS, 1978,[6]dibatalkan 8 Disember 2017[7])
- Tengku Razaleigh Hamzah (SPMS, 1982)[8]
- Musa Hitam (SPMS, 1982)[8]
- Tan Siew Sin (SPMS, 1985)[9]
- Hamzah Abu Samah (SPMS, 1987)[10]
- Endon Mahmood (SPMS, 10 April 2003)[6]
- Ahmad Fairuz Abdul Halim (SPMS, 2 Disember 2004)[6]
- Rosmah Mansor (SPMS, 2005,[6]digantung 6 Mei 2019[11])
- Tengku Amir Shah (SPMS, 2005)[6]
- Najib Razak (SPMS, 16 Mac 2006,[6]digantung 6 Mei 2019[11])
- Musa Hassan (SPMS, 11 Januari 2007)[6]
- Khir Toyo (SPMS, 22 November 2007,[6] ditarik balik 19 November 2015[6])
- Jeanne Abdullah (SPMS, 20 Disember 2007)[6]
- Abdullah Ahmad Badawi (SPMS, 27 April 2000)[6]
- Arifin Zakaria (SPMS, 11 Disember 2012)[12]
- Ali Hamsa (SPMS, 11 Disember 2013)[13]
- Azmin Ali (SPMS, 11 Disember 2015)[6]
- Noor Hisham Abdullah (SPMS, 11 Disember 2020)[14][15]
- Mohd Zuki Ali (SPMS, 11 Disember 2021)
- Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz (SPMS, 11 Disember 2022)
- Mohammad Ab Rahman (SPMS, 11 Disember 2023)
- Razarudin Husain (SPMS, 11 Disember 2023)
Rujukan
sunting- ^ Lukasz Gaszewski. "Decorations and Medals of the Federation of Malaysia - State Awards". medals.pl. Dicapai pada 6 March 2018.
- ^ Maklumat darjah kebesaran
- ^ "SPMS". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-16. Dicapai pada 2016-12-13.
- ^ "SPMS 1965". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-10. Dicapai pada 26 December 2020.
- ^ "SPMS 1973". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 26 December 2020.[pautan mati kekal]
- ^ a b c d e f g h i j k l "Senarai Penerima SPMS". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-16. Dicapai pada 16 March 2018.
- ^ "Dr Mahathir returns both Selangor royal awards". Rahmah Ghazali. The Star (Malaysia). 11 December 2017. Dicapai pada 26 December 2020.
- ^ a b "SPMS 1982". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-15. Dicapai pada 26 December 2020.
- ^ "SPMS 1985". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 26 December 2020.[pautan mati kekal]
- ^ "SPMS 1987". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-15. Dicapai pada 26 December 2020.
- ^ a b "Selangor ruler suspends titles bestowed on Najib, Rosmah pending court cases". Malaysiakini. 10 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2019. Dicapai pada 26 December 2020.
- ^ "Chief Justice Heads Selangor Honours List". Bernama. Malaysian Times. 11 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-16. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ "Ali Hamsa heads list of 102 Selangor awards". Bernama. Malay Mail. 11 December 2013. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "King heads Selangor Sultan's 75th birthday honours list". Bernama. 11 December 2020. Dicapai pada 26 December 2020.
- ^ "Agong terima Darjah Kerabat Selangor". Berita Harian. 11 December 2020. Dicapai pada 26 December 2020.