Aritmetik
Aritmetik (Tulisan Jawi: اريتميتيق; bahasa Greek: αριθμός arithmos, angka) merupakan cabangan paling lama dan paling asas matematik dan digunakan oleh hampir semua orang dalam kehidupan harian. Ia didefinisikan sebagai kajian yang merekod ciri asas pelbagai operasi melibatkan nombor. Aritmetik berhubung rapat dengan teori nombor matematik.
Operasi aritmetik
suntingPenambahan (+)
suntingOperasi ini mencampurkan dua nombor (atau lebih) kepada satu nombor baru iaitu jumlah.
Penolakan (-)
suntingPenolakan merupakan operasi songsang penambahan. Hasil penolakan, iaitu perbezaan merupakan hasil tolakan subtrahend dari minuend. Kalau nilai minuend lebih besar daripada subtrahend, perbezaan akan menjadi nombor positif, dan vice versa. Kalau minuend sama dengan subtrahend, perbezaan akan menjadi sifar.
Pendaraban (×)
suntingPendaraban merupakan penambahan berkali-kali. Pendaraban antara dua nombor, dipanggil faktor menghasilkan hasil darab. Indentiti pendaraban ialah nombor 1, kerana apa-apa nombor yang didarab dengan 1 akan menghasilkan nombor itu yang sama.
Pembahagian (÷)
suntingPembahagiab pula merupakan songsang operasi pendaraban. Pembahagian satu nombor oleh satu nombor yang lain menghasiklan hasil darab. Pembahagian sesuatu nombor oleh nombor sifar akan menghasilkan nombor tak tertakrif.
Lain
suntingOperasi aritmetik lain termasuk peratus, punca kuasa dua, pengeksponenan, dan fungsi logaritma.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- What is arithmetic?
- MathWorld article about arithmetic
- Interactive Arithmetic Lessons and Practice
- Talking Math Game for kids
- The New Student's Reference Work/Arithmetic (historical)
- Arithmetic Game Diarkibkan 2007-12-01 di Wayback Machine
- Math Games for kids and adults
- Maximus Planudes' the Great Calculationan early western work on arithmetic at