Dara & The Gang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Zul Huzaimy, dibintangi oleh Shasha Abedul, Erysha Emyra, Arena Wan dan Chubb-E. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Sakura, TV3 bermula 4 Oktober 2023 menggantikan Cik PA Tuan Ash. Drama ini juga disiarkan di Tonton pada 15 Julai 2024.

Dara & The Gang
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Dara Gangster And The Gangs karya Amarilis Rahim
Ditulis olehDr. Mohd Shahremy Ikmal
PengarahZul Huzaimy
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanCari-cari Cinta - Puteri Khareeza & Wanie Ooi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlin Rahim
PenerbitSaiful Bahri Alias
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Wiranusa Corporation
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Sakura)
Tonton (2024-kini)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal4 Oktober 2023 – 8 November 2023
Kronologi
MengikutiCik PA Tuan Ash
Diikuti olehPerempuan Itu

Sinopsis

sunting

Kenakalan Dara (Shasha Abedul), Busu (Erysha Emyra) dan Bedah (Arena Wan) ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung. Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung!

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan. Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

Pelakon

sunting