Oja (penyanyi)
Daninas Huza Daud (lahir 4 Julai 1979) atau lebih dikenali sebagai Oja merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu, penulis lirik, pengarah muzik, pengaturcara muzik, penata bunyi dan pelakon Malaysia yang popular sekitar 1990-an ketika beliau masih remaja. Beliau popular dengan lagu-lagu berentak balada seperti Dasira dan Maafkanku Ibu. Selepas itu, beliau lebih dikenali sebagai pemuzik di kelab malam dan juga pemuzik undangan untuk pelbagai acara.
Oja | |
---|---|
Kelahiran | Daninas Huza bin Daud 4 Julai 1979 Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik, penggubah lagu, penulis lirik, pengarah muzik, pengaturcara muzik, penata bunyi, pelakon |
Ibu bapa | Nasmalehan Ismail (Nas Atea) - ibu |
Saudara | Khairool Idlan - bapa saudara Afzainizam Ismail - bapa saudara Ikhtiman Ismail - bapa saudara Allahyarham Mastura Ismail - ibu saudara Linda Ismail - ibu saudara |
Kerjaya muzik | |
Juga dikenali sebagai | Oja GV7 |
Genre | Balada, slow rock |
Instrumen | Vokal, gitar, gitar bass, dram, papan nada |
Tahun aktif | 1989–kini |
Syarikat rakaman | Tunable Record Sdn. Bhd. |
Pengkarya berkait | Tunable Band |
Pada tahun 2016, beliau bergelar penyanyi untuk Tunable Band yang turut dianggotai oleh Botak (pemain gitar bass) dan dua orang bekas anggota kumpulan Spoon iaitu Boy atau Saifulnizam Mohamed Jelani (pemain gitar) dan Mohd Shahnaz Shaharudin (pemain dram). Penyertaan beliau dalam rancangan hiburan realiti Gegar Vaganza musim yang ketujuh pada tahun 2020 telah menaikkan semula nama beliau di persada seni tanah air.
Kehidupan awal
suntingOja membesar dalam sebuah keluarga seni. Ibu beliau, Nas Atea, merupakan seorang penyanyi era 1980-an. Oja juga merupakan anak saudara kepada Khairool Idlan (seorang lagi penyanyi terkenal era 1980-an), Allahyarham Mastura Ismail (yang lebih dikenali sebagai Allahyarhamah Mastura Ismail) yang terkenal dengan lagu-lagu loghat Negeri Sembilan seperti lagu Apo Kono Eh Jang dan Linda Ismail (pernah menghasilkan album Solid Gold bersama Khairool Idlan). Dua orang lagi bapa saudara beliau iaitu Afzainizam Ismail dan Ikhtiman Ismail lebih terkenal sebagai komposer dan penerbit rakaman.
Kehidupan peribadi
suntingOja pernah melangsungkan perkahwinan sebanyak tiga kali. Beliau berkahwin buat kali pertama pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Walau bagaimanapun, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama lima tahun.
Beliau berkahwin buat kali kedua pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun, perkahwinan tersebut juga berakhir dengan perceraian pada tahun 2010.
Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada tahun 2016. Perkahwinan tersebut kekal sehingga ke hari ini.[1]
Kerjaya
suntingMemulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 10 tahun. Drama pertamanya adalah Alahai Anak Omak pada tahun 1989[2].
Beliau bekerjasama dengan ibu saudaranya, Mastura Ali menghasilkan dua album, Ceneke (1994) dan Apo Salah Eh (1995).
Selepas tamat tingkatan 5, Oja terus aktif sebagai pemuzik. Beliau membuat persembahan di kelab, hotel dan pelbagai acara di seluruh Malaysia dan telah bersama membuat persembahan bersama lebih 50 band muzik[3]
Oja mahu mencipta lagu untuk kumpulan Spoon lalu menubuhkan syarikat rakaman Tunable Record Sdn Bhd. Namun pelbagai masalah timbul terutama isu penyanyi menyebabkan Oja terpaksa menjadi bidan terjun. Susunan muzik asalnya untuk kesesuaian Azlong, adik kepada Along tetapi susunan tersebut tidak sesuai dengan key suara Oja menyebabkan nyanyian Oja kedengaran pelik. Akibatnya Oja dikritik hebat oleh peminat Spoon. Oja membuat keputusan untuk keluar daripada Spoon dan menubuhkan kumpulan baru iaitu Tunable Band bersama dengan dua bekas anggota kumpulan Spoon, Boy atau Saifulnizam Mohamed Jelani, 37, (gitaris) dan Mohd Shahnaz Shaharudin, 37, (dram). Oja berpendapat Spoon adalah satu nama besar dan mempunyai peminat yang sangat fanatik.
Pada tahun 2020, Oja telah menyertai program realiti Gegar Vaganza.
Gegar Vaganza 2020
suntingOja merupakan salah seorang bintang yang menyertai program Gegar Vaganza untuk musim ketujuh (GV7) terbitan Astro bagi tahun 2020. Berikut merupakan jadual lagu tugasan yang diberikan pada setiap minggu.
Minggu | Tema | Lagu Tugasan | Penyanyi Asal | Kedudukan | Markah | Anugerah |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Grand Konsert | Dasira | Oja | 11 | 61.50% | |
2 | Sama Naik | Sepenuh Hati | Kumpulan Spoon | 5 | 67.90% | Anugerah Digi Next Level |
3 | Cuba Try Test | Satu Peluang | Andi Bernadee | 7 | 63.00% | Bintang Cuckoo Healthy Home |
4 | Lagu Berhantu | Kebahagian Dalam Perpisahan | Shahir AF8 | 7 | 62.60% | |
5 | Tahu Tahu Sampai | Ketulusan Hati | Anuar Zain | 9 | 62.60% | |
6 | Double Special | Sembilu (duet bersama Black Hanifah) | Ella | 5 | 67.30% | |
7 | Take Over | Amalina | Santesh | 1 | 73.7% | Bintang Paling Power Meow |
8 (Suku Akhir) | GV Throwback | Memori Cinta Luka | Nassier Wahab | 5 | 59.60% | |
9 (Separuh Akhir) | Outstation | Biso Bonar
Fantasia Musim Cinta |
Hattan | 1 | 69.90% | Bintang Paling Power Meow |
10 (Final) | Konsert Akhir | Di sini Cinta Di sana Rindu (duet bersama Siti Nordiana)
Jujur |
Tajul dan Wany Hasrita | 6 | 61.70% | Anugerah Digi Next Level |
Diskografi
suntingTahun | Judul | Penerbit | Edaran | Lagu Popular |
---|---|---|---|---|
1992 | Anak Jalanan | Khairool Idlan | Life Records | Dasira |
1993 | Cepat-cepat | Khairool Idlan | Life Records | Maafkan Aku Ibu |
1996 | Kerangka | Ikhtiman Ismail | Polygram | Persis Wajahmu |
Tahun | Judul | Penerbit | Edaran | Lagu Popular |
---|---|---|---|---|
1994 | Ceneke | Ikhtiman ismail | Suria Records | Apo Kono Eh Jang |
1995 | Apo Salah Eh | Ikhtiman Ismail | Suria Records | Apo Salah Eh |