Daniel "Dan" Wilding (lahir 22 Januari, 1989, Kettering, England) adalah seorang pemain dram dari Chichester, England.

Daniel Wilding
Nama lahirDaniel Wilding
Kelahiran (1989-01-22) 22 Januari 1989 (umur 35)
Kettering, England
GenreDeath metal, teknikal death metal, grindcore
PekerjaanPemain dram
InstrumenDram
Tahun aktif2005–sekarang
Pengkarya berkait
Trigger the Bloodshed, Heaven Shall Burn, Carcass, The Soulless, Aborted
Alat muzik terkenal
Meinl cymbals[1]

Beliau mula bermain dram pada usia 10[2] dan pada usia 16 tahun, beliau menyertai kugiran pertamanya yang dikenali sebagai Killing Mode. Selepas Killing Mode dibubarkan, beliau menubuhkan sebuah kugiran black metal dipanggil Misery. Pada tahun 2007 Wilding menyertai sebuah kugiran death metal dari Belgium iaitu Aborted. Dengan mereka beliau telah merakamkan album Strychnine.213, yang dikeluarkan pada tahun 2008. Pada tahun 2009 beliau meninggalkan Aborted dan menyertai kugiran teknikal death metal iaitu Trigger the Bloodshed. Beliau juga memainkan dram untuk kumpulan melodic death metal, The Soulless dan kugiran blackened death metal The Order of Apollyon. Pada tahun 2011 beliau telah mula berkhidmat sebagai pemain dram secara langsing untuk kugiran metalcore dari Jerman iaitu Heaven Shall Burn. Pada tahun 2012, Wilding telah menjadi pemain dram untuk kugiran grindcore/death metal Carcass dan merekodkan album terbaru mereka berjudul Surgical Steel.

Rujukan

sunting

Templat:Heaven Shall Burn Templat:Aborted