Daily Prophet adalah surat khabar ahli sihir dalam siri Harry Potter yang bertempat di London. Ia merupakan sumber berita utama ahli sihir British. Penyunting semasa adalah Barnabas Cuffe, yang bekerja di pejabat utama di Diagon Alley. Disebabkan keupayaannya bagi mempengaruhi pendapat ramai ahli sihir dalam masyarakat ahli sihir British, akhbar ini diketahui mengandungi kandungan yang cenderung dengan sengaja pada Kementerian Sihir (yang ia memiliki kaitan yang kuat) dengan mencetak versi disenangi kementerian.


Akhbar ini dihantar pada pelanggan oleh burung hantu, dan kadar langgangan adalah 1 Knut. Akhbar ini dihantar pada profesor dan beberapa pelajar di Hogwarts pada waktu pagi, dan apabila burung hantu pos tiba. Akhbar ini bercirikan edisi pagi dan petang, yang berikutnya dipanggil Evening Prophet. Edisi hujung minggu dikenali sebagai Sunday Prophet. Buletin berita tambahan boleh dihantar dengan pantas apabila berita penting atau menarik berlaku. Apabila berita berubah, sesuatu edisi boleh bertukar secara sihir, sepanjang tempoh satu hari, kemungkinannya melalui Protean Charm.

The Daily Prophet kekal sebagai jualan terbaik. Pada sesuatu tempoh pada Ogos 1992, autobiografi Gilderoy Lockhart "Magical Me" mengatasinya pada minggu ke-27.