Daging merah merupakan istilah masakan yang merujuk kepada daging yang berwarna kemerahan. Ia menjelaskan bahawa daging merah umumnya ialah daging lembu, daging biri-biri, daging kambing, dan daging kuda. Manakala daging ayam, daging arnab, dan daging babi, serta daging mamalia muda seperti daging lembu muda dan daging biri-biri muda dikategorikan bukan daging merah (daging putih).[1] Secara kimia, daging merah berwarna kemerahan kerana kandungan myoglobin yang relatif lebih tinggi berbanding daging putih. Daging ayam hanya mengandung 0.05 peratus mioglobin, daging babi mengandung 0.1-0.3 peratus, dan daging lembu muda 0.4-1 peratus. Manakala daging lembu tua mempunyai 1.5 sehingga 2 peratus mioglobin.[2]

Daging lembu mentah
Daging lembu yang telah dipanggang

Dalam ilmu pemakanan, daging merah didefinisikan sebagai daging yang mempunyai lebih banyak protein mioglobin berbanding daging putih. Beberapa daging, seperti babi, diklasifikasikan sebagai daging putih di bawah takrifan umum atau gastronomi, tetapi sebagai daging merah di bawah takrifan pemakanan.

Takrifan

sunting
Nama Mioglobin Kategori USDA
Dada ayam 0,005%[3] Daging putih[4]
Paha ayam 0,18 - 0,20% Daging gelap
Paha belanda 0,25 - 0,30% Daging gelap
Babi 0,10 - 0,30% Daging merah
Daging lembu muda 0,10 - 0,30% Daging merah
Daging lembu 0,40 - 1,00% Daging merah
Daging lembu tua 1,50 - 2,00% Daging merah

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), semua daging yang diperoleh dari mamalia (terlepas dari potongan atau umur) ialah daging merah kerana mengandung lebih banyak mioglobin berbanding ikan atau daging putih dari ayam.[5][6]

Di bawah definisi kuliner, daging mamalia dewasa atau "gamey" (misalnya, daging lembu, daging kuda, daging kambing, daging rusa, babi hutan, arnab) adalah daging merah, sedangkan daging mamalia muda (anak arnab, anak lembu, anak kambing) berwarna putih. Kebanyakan unggas ialah daging putih, tetapi itik dan angsa berwarna merah. Sebahagian besar potongan daging babi berwarna merah, yang lain dikelaskan sebagai putih. Beberapa daging (kambing babi) diklasifikasikan secara berbeza oleh penulis yang berbeza.

Beberapa potong daging babi dianggap putih di bawah takrifan kuliner, tetapi semua daging babi berwarna merah dalam pengajian pemakanan. Dewan Daging Babi Kebangsaan AS telah memposisikannya sebagai "daging putih lainnya", mengambil keuntungan dari kekaburan itu untuk menyarankan bahawa daging babi mempunyai sifat pemakanan daging putih, yang dianggap lebih sihat.[7][8]

Nutrien

sunting

Daging merah mengandungi sejumlah besar zat besi, kreatin, mineral seperti zink dan fosforus, dan vitamin B: (niasin, vitamin B12, tiamin, dan riboflavin).[9]

Daging merah mengandung sedikit vitamin D[10]. Hati mengandung jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding bahagian haiwan lainnya.

Pada tahun 2011, USDA melancarkan MyPlate, yang tidak membezakan antara jenis daging, tetapi merekomendasikan makan sekurang-kurangnya 8 auns (227 gram) ikan setiap minggu.[11][12] Pada tahun 2011, Sekolah Kesihatan Masyarakat Harvard melancarkan Healthy Eating Plate sebahagian kerana cadangan USDA yang tidak begitu dirasakan oleh masyarakat. Healthy Eating Plate menggalakkan masyarakat untuk mengelak daging olahan dan menyekat pengambilan daging merah sehingga dua kali seminggu kerana berkait dengan penyakit jantung, kencing, dan barah usus besar.

Lihat pula

sunting
  • Daging putih

Rujukan

sunting
  1. ^ Oxford English Dictionary, Second Edition, 1989
  2. ^ "Iowa State Animal Science". Dicapai pada 2009-09-16.
  3. ^ "Iowa State Animal Science". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-24. Dicapai pada 2009-09-16.
  4. ^ "USDA-Safety of Fresh Pork...from Farm to Table". Fsis.usda.gov. 2008-05-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-18. Dicapai pada 2009-09-16.
  5. ^ "Iowa State Animal Science". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-24. Dicapai pada 2009-09-16.
  6. ^ "USDA-Safety of Fresh Pork...from Farm to Table". Fsis.usda.gov. 2008-05-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-18. Dicapai pada 2009-09-16.
  7. ^ Dougherty, Philip H. "ADVERTISING; Dressing Pork for Success" Diarsipkan, The New York Times, January 15, 1987. Accessed April 22, 2009.
  8. ^ Hall, Trish. "And This Little Piggy Is Now on the Menu" Diarsipkan, The New York Times, November 13, 1991. Accessed April 22, 2009.
  9. ^ Kansas State University Agricultural Experiment Station and Cooperative Extension Service, Red Meats: Nutrient Contributions to the Diet, September 20 BC, Diarsipkan
  10. ^ Nutritional composition of red meat Diarsipkan
  11. ^ Harvard School of Public Health, 2012. Food Pyramids: What Should You Really Eat Diarsipkan
  12. ^ USDA MyPlate Protein foods Diarsipkan Page accessed February 27, 2015