Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan
Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan (NRHP) merupakan senarai rasmi pemerintah persekutuan Amerika Syarikat bagi tapak, bangunan, struktur, daerah dan objek yang dianggap layak untuk dipulihara kerana kepentingan sejarahnya atau dengan "nilai seni yang hebat".
National Register of Historic Places (en-us) | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | NRHP |
Jenis/bentuk sah | Daftar warisan, program kerajaan |
Bidang | Pemeliharaan |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1966 |
Pengurusan | |
Pertubuhan induk | Perkhidmatan Taman Negara |
Lokasi | |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Penggubalan Akta Pemuliharaan Sejarah Kebangsaan (NHPA) pada tahun 1966 telah menubuhkan Daftar Kebangsaan dan proses untuk menambah harta tanah kepadanya. Daripada lebih satu setengah juta harta tanah dalam Daftar Kebangsaan, 95 ribu disenaraikan secara individu. Bakinya merupakan sumber sumbangan di dalam daerah bersejarah.
Untuk sebahagian besar sejarahnya, Daftar Kebangsaan telah ditadbir oleh Perkhidmatan Taman Negara (NPS), sebuah badan di dalam Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat. Matlamatnya adalah untuk membantu pemilik harta tanah dan kumpulan berkepentingan serta menyelaras, mengenal pasti dan melindungi tapak bersejarah di Amerika Syarikat. Walaupun penyenaraian Daftar Kebangsaan kebanyakannya simbolik, pengiktirafan kepentingannya memberikan sedikit insentif kewangan kepada pemilik harta tanah yang tersenarai. Perlindungan harta tanah tidak dijamin. Semasa proses pencalonan, harta tanah tersebut dinilai dari segi empat kriteria untuk dimasukkan ke dalam NRHP; penggunaan kriteria tersebut telah menjadi subjek kritikan oleh ahli akademik sejarah dan pemuliharaan, serta orang ramai dan ahli siasah. Harta tanah yang disenaraikan dalam Daftar Kebangsaan, atau terletak di dalam Daerah Bersejarah Daftar Kebangsaan, mungkin layak untuk insentif cukai yang diperoleh daripada jumlah nilai perbelanjaan yang ditanggung untuk memulihara harta tanah itu.
Proses pencalonan
suntingMana-mana individu boleh menyediakan pencalonan Daftar Kebangsaan, walaupun sejarawan dan perunding pemuliharaan sejarah sering digajikan untuk kerja ini. Pencalonan terdiri daripada borang pendaftaran piawai (NPS 10-900) dan mengandungi maklumat asas tentang rupa fizikal harta tanah dan jenis kepentingan yang terkandung dalam bangunan, struktur, objek, tapak atau daerah.[1]
Pejabat Pemuliharaan Sejarah Negeri (SHPO) menerima pencalonan Daftar Kebangsaan dan memberikan maklum balas kepada individu atau kumpulan yang mencalonkannya. Selepas semakan awal, SHPO menghantar setiap pencalonan kepada suruhanjaya semakan sejarah negeri, yang kemudiannya mengesyorkan sama ada Pegawai Pemuliharaan Sejarah Negeri perlu menghantar pencalonan kepada Penyimpan Daftar Kebangsaan. Bagi mana-mana harta tanah bukan milik Persekutuan, hanya Pegawai Pemuliharaan Sejarah Negeri secara rasminya boleh mencalonkan harta tanah untuk dimasukkan ke dalam Daftar Kebangsaan. Selepas pencalonan disyorkan untuk disenaraikan dalam Daftar Kebangsaan oleh SHPO, pencalonan tersebut dihantar kepada Perkhidmatan Taman Negara untuk diluluskan atau ditolak.
Jika diluluskan, harta tanah tu dimasukkan secara rasmi oleh Penyimpan Daftar Kebangsaan ke dalam Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan.[1] Pemilik harta tanah akan dimaklumkan mengenai pencalonan ketika semakan oleh SHPO dan suruhanjaya semakan sejarah negeri. Jika pemilik membantah pencalonan harta tanah persendirian, atau dalam kes daerah bersejarah, majoriti pemilik, maka harta tanah itu tidak boleh disenaraikan.[1]
Kriteria
suntingUntuk suatu harta tanah itu layak untuk disenaraikan di dalam Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan, sekurang-kurangnya satu daripada empat kriteria utamanya hendaklah dipenuhi.[2] Maklumat mengenai gaya seni bina, perkaitan dengan pelbagai aspek sejarah sosial dan perdagangan serta pemilikan merupakan kesemua bahagian penting dalam pencalonan. Setiap pencalonan mengandungi bahagian naratif yang menyediakan penerangan fizikal harta tanah yang terperinci dan mewajarkan mengapa ia penting dari segi sejarah, sama ada sejarah tempatan, negeri atau negara. Empat kriteria Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan adalah seperti berikut:[1]
- Kriteria A: "Peristiwa" – harta tanah itu mesti memberi sumbangan kepada corak utama dalam sejarah Amerika Syarikat.
- Kriteria B: "Orang" – dikaitkan dengan orang penting pada masa lalu Amerika.
- Kriteria C: "Reka Bentuk/Pembinaan" – melibatkan ciri-ciri tersendiri bangunan berdasarkan seni bina dan pembinaannya, termasuklah mempunyai nilai seni yang hebat atau menjadi hasil kerja seorang pakar.
- Kriteria D: "Potensi maklumat" – adalah memuaskan jika harta tanah itu telah menghasilkan atau mungkin menghasilkan maklumat penting kepada prasejarah atau sejarah.
Kriteria-kriteria digunakan secara berbeza untuk jenis harta tanah yang berbeza; contohnya, harta tanah kelautan mempunyai garis panduan penggunaan yang berbeza daripada bangunan.[2]
Rujukan
sunting- ^ a b c d "National Register Bulletin 16: How to Complete the National Register Form" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Sumber Budaya, Perkhidmatan Taman Negara, Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat. 1997. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 16 Julai 2020. Dicapai pada 23 Februari 2022.
- ^ a b "National Register Bulletin 15: How to Apply the National Register Criteria for Evaluation" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Sumber Budaya, Perkhidmatan Taman Negara, Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat. 1995. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 28 Mac 2020. Dicapai pada 23 Februari 2022.
Bacaan lanjut
sunting- "Title 36--Parks, Forests, and Public Property" [Tajuk 36--Taman, Hutan dan Harta Tanah Awam]. Pentadbiran Arkib dan Rekod Negara (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2007. Dicapai pada 11 April 2007.
- Sprinkle, John H. Jr. (2014). Crafting Preservation Criteria: The National Register of Historic Places and American Historic Preservation [Memahiri Kriteria Pemuliharaan: Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan dan Pemuliharaan Sejarah Amerika] (dalam bahasa Inggeris). New York: Routledge. ISBN 978-1-136-16984-7. OCLC 864709653. OL 39241453M.
- Wiley, John (1994). National Register of Historic Places 1966 to 1994 (National Register of Historic Places) [Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan 1966 ke 1994 (Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan)]. Perkhidmatan Taman Negara. ISBN 0-471-14403-7. OCLC 231725131. OL 7612472M.