Mohammad Daffa Wardhana (lahir 28 November 1998; umur 25 tahun) ialah pelakon, petarung seni bela diri jujutsu Brazil dan usahawan berkebangsaan Indonesia. Pada kerjayanya sebagai atlet, ia pernah memenangi pingat perak dalam BJJ Open Jakarta 2019. Pada tahun 2023, Wardhana berjaya mendapat pingat emas untuk kelas berat 76 Kg dalam kejohanan FBJJI Indonesia Open 2023.[1] Wardhana memulakan penampilan julung dalam berlakon pada tahun 2022 dengan membintangi siri orisinal Vidio (khidmat penstriman Indonesia), Married with Senior.[2] Pada 2024, dia berlakon dalam francais Dilan di ansuran ke-4 yang bertajuk Ancika: Dia yang Bersamaku 1995 sebagai Yadit.

Daffa Wardhana
Wardhana pada tahun 2021
Kelahiran
Mohammad Daffa Wardhana

(1998-11-28) 28 November 1998 (umur 25)
Jakarta, Indonesia
PendidikanUniversiti Melbourne
Pekerjaan
Tahun aktif2019—kini
IbuMarini Zumarnis

Kerjaya

sunting

Jujutsu Brazil (BJJ)

sunting

Sejak kecil, Wardhana telah mencuba banyak sekali sukan.[3] Kegemaran Daffa pada dunia sukan ditunjukkan saat berusia belia seperti menyertai sebuah kelab bola sepak junior pada 2012. Dia pandai dalam triathlon. Memasuki masa sekolah tinggi, Wardhana mulai fokus pada sukan yang paling ia kuasai Jujutsu Brazil — bela diri asal Brazil yang bertarung dan mengunci penentang di lantai.[4] Pada 15 Jun 2019, Wardhana mendapatkan anugerah untuk mendapatkan sabuk birunya sendiri. Beberapa prestasinya di bidang BJJ di antaranya ia berhasil membawa pulang pingat emas dalam perlawanan Australian Grappling Round Robin Champions sederum memenangi pingat profesional pertama dalam kerjayanya. Pada wawancara selepas kejohanan itu, ia berkata bahawa ingin mempopularkan sukan jujutsu Brazil dan gusti di Australia.[5]

Pada kejohanan BJJ Open Jakarta yang disertainya pada 7 Disember 2019, dia mara ke pentas akhir. Pada pertarungan terakhirnya Wardhana ditewaskan oleh penentang.[6] Pada tahun 2023, Daffa mewakili Alliance Jiu Jitsu Indonesia pada kelas berat 76 kilogram di Kejuaraan Federasi Brazili Jiu Jitsu Indonesia (FBJJI) Indonesia Open Championship 2023. Wardhana kembali mara sampai ke pentas akhir dan bersemuka dengan Adriano Pumba Spider, petarung Indonesia pemenang PON (kejohanan tingkat seluruh provinsi) dari Banten.

Pada minit awal, Wardhana hampir menewaskan penentangnya itu dengan kuncian mencekik guillotine (guillotine choke), tetapi Pumba dapat bertahan dan membalas serangannya. Sampai pengadil menghentikan perlawanan, Wardhana tetap berjaya di akhir pertarungan dengan skor tipis 10-9. Pada kategori nombor open, Wardhana memenangi pingat perunggu. Dia memenangi pingat berganda perdananya di BJJ.[7]

Lakonan filem

sunting

Setelah menamatkan pengajiannya pada tahun 2020, Wardhana bekerja sebagai kakitangan pejabat hingga tahun 2021. Dia membuka beberapa usaha dan akaun Youtube. Pada akhir tahun 2021, Wardhana memutuskan untuk belajar berlakon dengan mengikuti sekolah aktor peribadi. Sebelumnya Wardhana sudah pernah berulang kali dibujuk agar mau menerima tawaran filem, tetapi orang tuanya meminta Wardhana agar fokus pada kejohanan jujutsu dan peperiksaan di universiti.[8]

Rasmi mengikuti tapak sang ibu selepas mendapat izin, Wardhana mencuba kesempatannya di dunia hiburan dengan menyertai manajemen Kaca Kreatif.[9] Wardhana beberapa kali menyertai audisi bersama Screenplay Production untuk beberapa tajuk, sehingga ia mendapatkan peran pertamanya dalam filemografi di siri Married with Senior.[10] Wardhana melakonkan watak Firdan, seorang anak asli Bandung yang menyimpan perasaan cinta kepada sahabatnya, Raina yang dilakonkan Shenina Cinnamon. Salah satu cabaran besar dalam perannya itu ialah Wardhana harus fasih berbahasa Sunda.[11] Setelah siri itu ditayangkan pada 6 Februari 2022 di Vidio, dalam tempoh 3 hari tajuk itu telah mendapat 1.500.000 penstrim.[12]

Wardana tampil dalam sebuah kempen yang dipersembahkan oleh manajemennya, Kaca Kreatif melalui film moda yang bertajuk Capsule of the Fragmented Illusions. Kempen itu bertujuan untuk memperluas perkongsian dan memperkuat hubungan antara produk betsama kreator konten. Video itu menampilkan tujuh orang dengan talenta berbeda-beda, yaitu Aero Aswar, Aqsa Aswar, Daffa Wardhana, Nazla Alifa, Rachel Theresia, Ranggaz Laksmana, dan Shakilla Astari. Capsule of the Fragmented Illusions diterbitkan pada 22 Februari 2022 dengan durasi 4 minit di akaun YouTube Kaca Kreatif.[13][14]

Wardhana mendapatkan peran pertamanya sebagai watak utama dalam film Panduan Mempersiapkan Perpisahan. Film itu ialah adaptasi daripada buku terbitan Mojok, yang ditulis oleh Arman Dhani yang bertajuk Eminus Dolere. Wardhana berlakon sebagai Bara, yang menjalin hubungan dengan Demi, dilakonkan oleh Lutesha. Berbeza dari lakonan-lakonan sebelumnya, Wardhana sering muncul sebagai pemuda dengan cerita yang moden dan tampil jenaka. Pada film itu ia dituntut tampil sebagai laki-laki Jawa yang agak pendiam dan dewasa.[15][16]

Wardhana mendapatkan kepopularan antarabangsa pertamanya dalam filem yang bertajuk Ancika: Dia yang Bersamaku 1995. Pada filem yang terbit di Malaysia pada 25 Januari 2024, Wardhana melakonkan tokoh usahawan muda yang berjaya sebagai hartanah. Dia juga dekat dengan bibi dari Ancika, yang kemudian mengenalkan keduanya. Yadit sudah jatuh hati pada Ancika sejak pertama kali berjumpa. Meski terpaut usia yang agak jauh, Yadit berusaha untuk memikat hati remaja perempuan yang senang merajuk itu sederum antagonis utama Dilan.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Lakonan Nota Ruj.
2023 Panduan Mempersiapkan Perpisahan Bara
Bukannya Aku Tidak Mau Nikah Bossas [17]
Malam Para Jahanam Marzuki
2024 Ancika: Dia yang Bersamaku 1995 Yadit [18]
Pemukiman Setan Fitrah Fabiandi [19]
Menjelang Ajal Dani
Lembayung Dimas
Akan diumumkan Hantu Pamburu
Keterangan
  Belum diterbitkan

Film pendek

sunting
Tahun Tajuk Lakonan Nota Ruj.
2022 Capsule of the Fragmented Illusions Dirinya sendiri
2024 Home Garden Ravin

Siri web

sunting
Tahun Tajuk Lakonan Nota Ruj.
2022 Married with Senior Firdan Mochammad Penampilan julung [20]
2022—2023 Can You Hear Me? Dimas [21]
2023 YOLO! Amos Syamsuddin [22]
5 Detik & Rasa Rindu Lilo [23]

Video muzik

sunting

Kehidupan peribadi

sunting

Nama keluarganya ialah Wardhana, salah satu keluarga yang terkenal yang mempunyai banyak ahli di dalam pertubuhan ketenteraan TNI. Ayahnya ialah Denny Wardhana, seorang pegawai tinggi tentera dari Sragen, Jawa Tengah dan putera kepada Jeneral TNI. Ibunya Marini Zumarnis ialah pelakon terkenal dekad 80an yang berasal daripada Sulawesi Barat.

Pada tahun 2017, Daffa pernah tular kerana mengakui Chelsea Islan sebagai makwenya[25], tetapi hubungan itu harus berakhir pada 2018.[26] Wardhana menjadi fasih dalam bahasa Sunda selepas berlakon untuk siri original Vidio, Married with Senior pada awal 2022.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Daffa Wardhana Juara Jiu Jitsu Kelas 76kg FBJJI Indonesia Open 2023". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). 2023-09-24. Dicapai pada 2024-03-21.
  2. ^ "Daffa Wardhana Ikuti Jejak Marini Zumarnis Berkarier di Dunia Akting". Tribunbekasi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-02-23.
  3. ^ Sondang, Ester (2022-01-14). "Fakta Daffa Wardhana, Anak Marini Zumarnis yang Makin Bersinar". id.theasianparent.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-02-23.
  4. ^ "Daffa Wardhana, Atlet Brazilian Jiu-Jitsu yang Punya Project Menginspirasi". GADIS Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-06.
  5. ^ Liputan6.com (2019-07-04). "Daffa Wardhana, Putra Tampan Marini Zumarnis yang Hobi Olahraga". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-02-23.
  6. ^ "Daffa Wardhana Sabet Medali dari BJJ Open 2019, Marini Zumarnis Ungkap Pesan Haru". Tribunmanado.co.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-06-06.
  7. ^ Slyika (2023-09-24). "Membanggakan, Daffa Wardahana Juara Kelas 76 Kg FBJJI Indonesia Open 2023". Beritaind (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-03-21.
  8. ^ "Interview: Cerita Daffa Wardhana Sempat Ditentang Sang Mama Marini Zumarnis Terjun ke Dunia Akting". suara.com (dalam bahasa Indonesia). 2023-01-15. Dicapai pada 2023-02-23.
  9. ^ "Daffa". KACA KREATIF (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-06.
  10. ^ Liputan6.com (2022-02-24). "Darah Seni Marini Zumarnis Mengalir ke Daffa Wardhana, Ajarkan Etika dan Datang On Time Saat Syuting". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-02-23.
  11. ^ "Tantangan Daffa Wardhana di Series Married with Senior, Jadi Orang Sunda dan Tinggal di Gang Sempit - Wartakotalive.com". wartakota.tribunnews.com. Dicapai pada 2023-02-23.
  12. ^ Tangerang 05, Pedoman. "Pecah! Sekali Tayang, 'Married with Senior' Ditonton oleh Lebih dari 1 Juta Penonton". pedomantangerang.pikiran-rakyat.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-06-06.
  13. ^ Paramesti, Amira (2022-02-25). "KACA Kreatif Hadirkan Fashion Film "Capsule of the Fragmented Illusions," Wajah Baru Industri Talent Management". USS Feed (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-06.
  14. ^ "KACA Kreatif Hadirkan Tampilan Barunya lewat Fashion Movie Campaign, "Capsule of the Fragmented Illusions"". Hypebeast. 2022-03-07. Dicapai pada 2023-06-06.
  15. ^ "Mengenal Sosok Daffa Wardhana Pemeran Bara dalam Film 'Panduan Mempersiapkan Pernikahan'". Tribunjabar.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-02-23.
  16. ^ Fimela.com (2023-01-13). "Adu Akting dengan Lutesha, Daffa Wardhana Bocorkan Cerita Film Panduan Mempersiapkan Perpisahan". fimela.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-02-23.
  17. ^ "Main Film Bukan Aku Tidak Mau Nikah, Amanda Rawles Akan Menikah dengan Daffa Wardhana". depok.tribunnews.com. Dicapai pada 2023-02-23.
  18. ^ "7 Potret Daffa Wardhana dalam Film Ancika, Totalitas!". www.idntimes.com (dalam bahasa In). 2024-01-15. Dicapai pada 2024-03-21.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ antaranews.com (2023-12-15). "Daffa Wardhana rela cukur rambut botak untuk film "Pemukiman Setan"". Antara News (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-03-21.
  20. ^ Media, Kompas Cyber (2022-02-04). "Daffa Wardhana Deg-degan Serial Married with Senior Segera Dirilis". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-02-23.
  21. ^ Liputan6.com (2022-11-22). "Daffa Wardhana dan Salshabilla Adriani Dipasangkan dalam Series Terbaru Can You Hear Me, Angkat Kisah Trauma dan Bisnis Startup". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-02-23.
  22. ^ Media, Kompas Cyber (2023-06-02). "Tak Bisa Tahan Tawa Saat Syuting YOLO, Daffa Wardhana Minta Maaf ke Adhisty Zara Cs". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-06-06.
  23. ^ "Daffa Wardhana Tour Behind the Scene 5 Detik dan Rasa Rindu!" (dalam bahasa Indonesia). 2023-10-06. Dicapai pada 2024-03-21.
  24. ^ Media, Kompas Cyber (2023-07-14). "Tulus Rilis Video Musik "Interaksi", Libatkan Daffa Wardhana". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-03-21.
  25. ^ Juniman, Puput Tripeni. "Daffa Wardhana, Pacar Chelsea Islan yang Direstui Netizen". hiburan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-02-23.
  26. ^ "Mantan Pacar, Begini Kata Daffa Wardhana soal Pernikahan Chelsea Islan". suara.com (dalam bahasa Indonesia). 2022-12-08. Dicapai pada 2023-02-23.

Pautan luar

sunting