Daerah Mukah
Mukah merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Mukah. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Bandar Mukah.
Mukah موكه | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Mukah |
Pusat pentadbiran | Mukah |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Dalat dan Mukah |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,536 km2 (979 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 42,275 |
• Kepadatan | 17/km2 (43/batu persegi) |
Poskod | 96xxx |
Daerah ini dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 2,536 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai 42,275 orang pada tahun 2020. Daerah ini mempunyai bilangan penduduk paling ramai di Bahagian Mukah. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat Bumiputera Sarawak, yang majoritinya berbangsa Melanau dan Iban.
Sejarah
suntingPentadbiran daerah Mukah telah bermula seawal tahun 1911, dengan Pegawai Daerah pertamanya bernama Henry Herbert Kortright. Pentadbiran daerah Mukah pada waktu tersebut terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Ketiga.
Pada 1 Mac 2002, daerah Mukah telah diletakkan di bawah pentadbiran satu bahagian yang baharu iaitu Bahagian Mukah. Sebahagian daripada kawasan selatan daerah Mukah dan daerah kecil Balingian telah diberikan kepada daerah baharu, Selangau. Kawasan asal daerah Mukah ialah seluas 5,020 km persegi manakala keluasan baru selepas persempadanan semula seluas 2,536 km persegi. Daerah kecil Balingian pula dikurangkan saiz dari 3,032 km persegi kepada 1,170 km persegi.[2]
Pentadbiran
suntingDaerah Mukah terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Mukah yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Mukah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Dalat dan Mukah. Terdapat sebuah daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah ini, iaitu Balingian.
Politik
suntingDaerah Mukah diletakkan di bawah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tellian (N57) dan Balingian (N58) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Mukah (P213) serta Kakus (N60) yang terletak di bawah Parlimen Selangau (P214).
Geografi
suntingDaerah Mukah terletak di tengah negeri Sarawak, iaitu di timur bahagian Mukah. Daerah Mukah bersempadan dengan daerah Tatau di timur, daerah Selangau di selatan, daerah Dalat di barat dan Laut China Selatan di utara.
Daerah Mukah mempunyai keluasan kira-kira 2,536 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 67 meter. Bentuk muka bumi daerah ini keseluruhannya merupakan kawasan rata dan mendatar kerana kedudukannya di kawasan pinggir laut. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Mukah, yang mengalir di barat daerah ini dan Batang Balingian yang mengalir di timur daerah.
Demografi
suntingTahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1970 | 47,425 | — |
1980 | 33,205 | −30.0% |
1991 | 41,831 | +26.0% |
2000 | 44,837 | +7.2% |
2010 | 41,481 | −7.5% |
2020 | 42,275 | +1.9% |
Sumber: [1] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Mukah ialah seramai 42,275 orang dengan kepadatan penduduk 17 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 11,938 isi rumah dengan 14,573 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Mukah merupakan Bumiputera Sarawak, dengan majoriti antara mereka berbangsa Melanau dan Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan warganegara bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 4,538 orang.[3][4]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 3,180 |
Bumiputera lain | 31,306 | |
Cina | 3,140 | |
India | 28 | |
Lain-lain | 83 | |
Bukan warganegara | - | 4,538 |
Jumlah | 42,275 |
Agama
suntingDi daerah Mukah, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 47 peratus diikuti agama Kristian sebanyak lebih 41 peratus. Sebanyak lebih empat peratus penduduk tidak beragama, sama dengan peratusan penduduk beragama Buddha. Penduduk beragama Hindu dan lain-lain membentuk kumpulan minoriti.
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 19,930 |
Kristian | 17,566 |
Tidak beragama | 1,797 |
Buddha | 1,708 |
Lain-lain | 1,216 |
Hindu | 58 |
Jumlah | 42,275 |
Rujukan
sunting- ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ "Sejarah Pentadbiran Daerah Mukah - Portal Web Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah". mukah.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-18.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.