Dungun
Dungun merupakan sebuah daerah yang terletak di selatan negeri Terengganu, Malaysia. Daerah ini berpusat di Kuala Dungun dan mempunyai keluasan sebanyak 2,735 kilometer persegi, kedua terbesar di negeri Terengganu.
Daerah Dungun | |
---|---|
Koordinat: 4°45′N 103°25′E / 4.750°N 103.417°EKoordinat: 4°45′N 103°25′E / 4.750°N 103.417°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Terengganu |
Pusat | Kuala Dungun |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Dungun |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,735.03 km2 (1,056.00 batu persegi) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Jumlah | 158,130 |
• Kepadatan | 58/km2 (150/batu persegi) |
Poskod | 23+++ |
Daerah Dungun bersempadan dengan daerah Kemaman di selatan, daerah Marang dan Hulu Terengganu di utara, daerah Jerantut, Pahang di barat dan Laut China Selatan di timur.
Sejarah
suntingMerujuk kepada "Tai Ping Yu Lan" [1], 2000 keluarga dari Daerah Zhu Wu, dinasti Han telah membina Negara di Dungun pada 3 Masihi.[3]
Etimologi
suntingNama Dungun dikatakan berasal dari nama sejenis pokok, iaitu pokok Dungun (Heritiera littoralis Dryand).[4]
Pentadbiran
suntingDaerah Dungun ditadbir oleh satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Dungun. Majlis ini telah dinaik taraf ke peringkat perbandaran pada 20 Ogos 2008.[4]
Daerah Dungun juga dibahagikan kepada 11 buah mukim;
- Mukim Kuala Jengai (78,311.6 hektar)
- Mukim Besol (14,252.2 hektar)
- Mukim Kuala Paka (14,385.7 hektar)
- Mukim Jerangau (41,632.5 hektar)
- Mukim Sura (2,897.5 hektar)
- Mukim Kuala Dungun (6,345.5 hektar)
- Mukim Kuala Abang (3,315.2 hektar)
- Mukim Rasau (19,568.2 hektar)
- Mukim Pasir Raja (49,164.3 hektar)
- Mukim Kumpal (10,764.6 hektar)
- Mukim Hulu Paka (32,817.9 hektar)
Perwakilan rakyat
suntingDaerah Dungun meliputi satu kawasan persekutuan iaitu Dungun yang merangkumi empat kawasan negeri; Bukit Besi, Rantau Abang, Sura dan Paka.
Demografi
suntingTahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1991 | 102,897 | — |
2000 | 128,709 | +25.1% |
2010 | 149,851 | +16.4% |
2020 | 158,130 | +5.5% |
Sumber: [2] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Dungun ialah seramai 158,130 orang dengan kepadatan penduduk 58 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah Dungun berbangsa Melayu, seramai 151,114 orang.[5][6]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 151,114 |
Bumiputera lain | 267 | |
Cina | 3,337 | |
India | 131 | |
Lain-lain | 309 | |
Bukan warganegara | - | 2,972 |
Jumlah | 158,130 |
Agama
suntingDi daerah Dungun, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 97 peratus diikuti agama Buddha sebanyak dua peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[6]
Kemudahan
suntingTerdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Dungun. Terdapat sebanyak 72 buah sekolah di daerah ini;[7]
Jenis sekolah | Bilangan |
---|---|
Sekolah Kebangsaan | 45 |
Sekolah Jenis Kebangsaan | 3 |
Sekolah Menengah Kebangsaan | 19 |
Sekolah Menengah Agama | 2 |
Sek. Men. Kebangsaan Agama | 1 |
Sekolah Berasrama Penuh | 1 |
Kolej Vokasional | 1 |
Daerah Dungun juga mempunyai 11 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, tujuh klinik kesihatan dan 14 klinik desa di sekitar daerah.
Pelancongan
sunting- Kubu Mat Kilau
- Makam Raja Siak
- Hutan Lipur Chemerong[8]
Rujukan
sunting- ^ Administrator. "Pengenalan Daerah Dungun". pdtdungun.terengganu.gov.my.
- ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ "太平御覽 : 四夷部十一·南蠻六 : 屈都乾國 - 叛居其中 - 中國哲學書電子化計劃". ctext.org (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2024-12-24.
- ^ a b penjaga. "Info Dungun". mpd.terengganu.gov.my. Dicapai pada 2023-12-21.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
- ^ "Sekolah di PPD Dungun-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ Terengganu Molek Doh. Buku khas sempena Ekspo Terengganu 2018.CS1 maint: location (link)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dungun |