Daeng Kemboja
Almarhum Yamtuan Muda Riau III Opu Daeng Kemboja Ibni Almarhum Opu Daeng Parani (mangkat 1777) merupakan putera Opu Daeng Parani yang menjadi Yang Dipertuan Muda Riau III. Baginda dilantik memegang jawatan tersebut pada tahun 1745-1777 menggantikan bapa saudaranya, Yamtuan Muda Riau III Opu Daeng Chelak Ibni Almarhum La Tenri Borong Opu Daeng RilEkke' / Rilakka. Ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Muda, berlaku fitnah di Riau ke atas orang-orang Bugis sehingga baginda bertindak keluar dari Riau dan menetap di Linggi. Pada zaman baginda, berlaku peperangan dengan Belanda di Melaka akibat fitnah dari Sultan Mansur I, Terengganu. Baginda juga mengasaskan jawatan Engku Kelana Timbalan Yang di-Pertuan Muda Riau, atau Timbalan Yamtuan Muda Riau, dan melantik Raja Haji sebagai Engku Kelana yang pertama.
Baginda berkhidmat di bawah 4 orang Sultan iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722 - 1760), Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah (1760 - 1761), Sultan Ahmad Riayat Shah (1761) dan Sultan Mahmud Shah III (1761 - 1812).
Kemangkatannya
suntingBaginda mangkat pada tahun 1777 di Riau dan digelar Marhum Janggut. Baginda dimakamkan di Batangan, Riau
Rujukan
sunting- Virginia Matheson Hooker (1998). Tuhfat Al-Nafis. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9839510029.
- R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
- Abu Hassan Mohamad Sham (1993). Puisi-puisi Raja Ali Haji. Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9836239715.
Lihat juga
sunting
Penyandang Terdahulu | Yang Dipertuan Muda ke-3 1745 – 1777 |
Penyandang Kemudian |
Daeng Chelak | Raja Haji |