Jewel in the Palace

(Dilencongkan daripada Dae Jang Geum)

Dae Jang Geum (hangul: 대장금), dikenali juga sebagai The Great Jang Geum, atau Jewel In The Palace, adalah sebuah siri televisyen yang dikeluarkan oleh stesen TV Korea Selatan, MBC pada tahun 2003.

Dae Jang Geum 大長今 대장금
PengarahByoung-hoon Lee
PenulisYeong-hyeon Kim
Dihasilkan olehMBC
DibintangiLee Young Ae (이영애)
Ji Jin-hee (지진희)
Im Ho (임호)
Hong Ri-na (홍리나)
Diedarkan olehMBC
Negara Korea Selatan
BahasaBahasa Korea

Berdasarkan kisah sejarah yang terdapat dalam Babad Dinasti Joseon, ia memaparkan kisah seorang wanita yang dipanggil Jang-geum (dilakonkan oleh Lee Young Ae), yang berjaya menjadi wanita perubatan peribadi pertama kepada raja Korea di masa Dinasti Joseon. Tema utama dalam siri ini adalah kecekalannya dalam menghadapi sebarang masalah dan ketekunan dan kebijaksanaannya hingga dia berjaya mencapai sesuatu yang wanita pada masa itu tidak mungkin berjaya mendapat. Drama ini juga memaparkan makanan tradisional Korea termasuk makanan yang dimakan oleh keluarga diraja dan juga ubat-ubatan tradisional.

Sinopsis

sunting

Templat:Spoiler Kisah ini berlatarbelakangkan Dinasti Joseon semasa pemerintahan Raja Seongjong, Raja Yeonsan-gun (1494-1506) dan Raja Jungjong (1506-1544). Kisah ini bermula dengan ibu putera mahkota Yeonsan-gun diracuni oleh para pengawal istana atas perintah raja pada masa itu.

Selepas kejadian itu, Seo Cheon-su, seorang pengawal yang terlibat dalam pembunuhan itu, pulang ke rumah tetapi dalam perjalanannya mengalami suatu kemalangan. Dia diselamatkan oleh seorang pertapa Tao yang memberitahu dia bahawa hidupnya berputar di keliling tiga wanita: dia akan membunuh wanita yang pertama; dia akan menyelamatkan nyawa wanita yang kedua, dan wanita ketiga akan mengakibatkan kematiannya tetapi akan menjadi penyelamat kepada yang lain. (Wanita-wanita yang dimaksudkan adalah pertama, ibu putera Yeonsang-gun yang dibunuhinya, wanita kedua adalah isteri lelaki tersebut dan ketiga adalah anaknya, Jang Geum). Tekanan jiwa yang dialaminya membuat dia meletak jawatan dari istana.

Di dapur istana pula, Park, seorang dayang pelatih dapur, telah menyaksikan sebuah komplot untuk membunuh ibu kepada raja oleh Choi, dan kemudiannya dituduh membuat kesalahan yang tidak pernah dilakukannya dan diberi hukuman menurut cara mereka sendiri. Park diselamatkan oleh dayang pelatih Han (Sanggung Han), kawan baiknya di istana dan kemudian diselamatkan sekali lagi oleh Seo, pengawal istana yang telah meletak jawatan. Kedua-dua Seo dan Park memutuskan untuk tinggal di sebuah kampung yang terpencil dan hidup sebagai petani. Mereka kemudiannya berumahtangga dan melahirkan dan membesarkan seorang anak cilik yang diberikan nama, Seo Jang-geum.

Pada tahun 1504, Raja Yeonsang-gun memerintahkan penyiasatan atas kematian bondanya. Dia memerintahkan supaya semua pihak yang terlibat dalam pembunuhan bondanya dijatuhkan hukuman mati. Disebabkan oleh kesilapan tidak sengaja yang dilakukan oleh si anak kecil Jang Geum semasa di pekan,Jang Geum secara tidak sengaja memberitahu orang di situ bahawa ayahnya adalah seorang pengawal diraja. Disebabkan gambar Seo telah diedar diseluruh kota, pengawal diraja mudah mengecam Seo. Seo diberkas dan dihukum mati. Jang Geum dan ibunya melarikan diri ke kota dalam usaha menyelamatkan ayahnya. Park Meongyi (ibu Jang Geum) telah berjaya mendapatkan bantuan sahabat lamanya Sanggung Han. Namun kehadiran Park Meong Yi telah diketahui oleh Sanggung Choi yang terlibat menghapuskan Park sebelum ini. Mengetahui Park masih hidup, keluarga Choi berusaha untuk membunuhnya, mereka berjaya menculik Park dan anaknya Jang Geum. Sanggung Han telah meminta bantuan daripada seorang Sida, namum dalam usaha menyelamatkan mereka, Park telah tercedera akibat dipanah oleh orang suruhan keluarga Park. Sebelum ibunya meninggal dunia dia memesan kepada Jang Geum untuk menjadi seorang ketua dapur istana supaya dia dapat menulis ketidakadilan yang dilaluinya dalam catatan buku sejarah Ketua Dapur istana diraja. Buku catatan tersebut diwarisi oleh wanita yang menjawat jawatan Ketua Dapur Istana Raja.

Jang Geum melalui beberapa peristiwa sebelum dia dapat masuk ke istana. Dia menumpang hidup dengan sebuah keluarga pembuat arak beras dan tukang masak lelaki diraja. (Keluarga ini akhirnya dianggap seperti seperti keluarga sendiri oleh Jang Geum. Selama 3 tahun bersama keluarga tersebut. Disebabkan keinginan untuk merealisasikan amanat ibunya, didalam satu kejadian dimana Jang Geum telah disuruh untuk menghantar arak kepada Putera Raja yang tinggal diluar istana pada masa itu ( Raja Jung Jong) sehari sebelum pemberontakan kedati berlaku. Pada masa itu, Jang Geum telah memohon untuk menjadi dayang istana kepada seorang Sanggung yang kebetulan berada bersama putera tersebut. Jang Geum akhirnya diterima masuk menjadi dayang kecil istana. Disebabkan ketabahan, bakat, keinginan untuk tahu, dan kerja yang keras, dia telah membantu Puan Han (kawan baik ibunya) untuk menjadi tukang masak utama dalam dapur istana. Dalam istana, Jang Geum telah melalui bermacam-macam cabaran dan sering dijauhkan diri oleh rakan setugas kerana dia lebih bijak dari perantis-perantis yang lain. Walaupun begitu, Jang-geum tidak berputus asa dan dia tekad untuk menjadi seorang yang mahir dalam bidangnya kerana dia percaya bahawa tujuan memasak adalah untuk membawa kebahagiaan dan kesihatan kepada orang yang akan memakan masakan tersebut. Malangnya, bermula daripada perebutan jawatan Ketua Dapur antara Sanggung Choi dan Sanggung Han, sehinggalah terbongkarnya rahsia identiti Seo Jang Geum adalah anak kepada Dayang Park Meong Yi (musuh Sanggung Choi) sebuah konspirasi yang diketuai oleh Sanggung Choi dan anak saudara perempuannya,Choi Geum-yeong, telah mengakibatkan Jang Geum dan Puan Han dibuang negeri ke pulau Jeju. Semasa di pulau Jeju, Jang Geum bertemu dengan seorang tabb wanita bernama Jang-deok. Kemahiran Jang-deok dalam bidang perubatan amat terserlah, dan dia sering dipanggil ke istana untuk berkhidmat tetapi Jang-deok menolak setiap tawaran yang dibuat oleh istana.

Jang Geum sedar hanya dengan mempelajari ilmu perubatan saja dapat dia pulang ke istana dan menuntut bela untuk ibunya dan Puan Han. Di bawah bimbingan Jang-deok, dia mempelajari ilmu perubatan dan akhirnya berjaya menjadi pelatih tabib wanita di istana setelah bermacam dugaan dihadapinya. Kecekalan, kecerdikan dan ketabahan Seo Jang Geum amat dikagumi oleh rakan-rakan beliau dan juga gurunya.

Kehadiran Jang Geum semula ke istana setelah dibuang negeri amat mengejutkan Sanggung Park, yang pada masa itu telah menjawat jawatan Ketua Dayang Istana (beliau telah menyingkirkan Ketua Dayang Istana sebelum dengan hanya satu fitnah). Manakala anak saudaranya Choi Geum Young pula telah menjawat jawatan Ketua Dapur Istana.

Kaitan sejarah

sunting

Dae Jang-Geum adalah seorang wanita yang pernah wujud dan kisahnya tercatat dalam Babad Dinasti Joseon, serta dalam dokumen perubatan pada masa itu. Namun catatan dan rujukan mengenai Jang Geum adalah sedikit dan selalunya singkat. Terdapat dua pendapat mengenai Jang Geum. Ada yang percaya bahawa Jang Geum memang sebenarnya wanita perubatan pertama kepada raja. Pendapat yang lain menyatakan yang Jang Geum hanya watak rekaan berdasarkan beberapa rujukan mengenai wanita perubatan yang terdapat di babad tersebut.

Kejayaan komersial

sunting

Siri drama Dae Jang-geum ini telah mendapat sambutan yang hebat di Jepun, China, Taiwan, Canada, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand dan Chicago, meningkat lagi "demam drama" Korea yang melanda Asia sejak awal tahun 2000. Set pementasan yang dibina oleh MBC untuk merakam drama ini telah dibeli oleh kerajaan Korea Selatan dan diubah menjadi tempat tarikan pelancong.

Lagu tema

sunting

Lagu tema untuk drama ini adalah Onara (오나라) [1], yang bermaksud, "Datanglah". Lagu dan lirik digubah oleh Im Se-Yeon.

Penyanyi terkenal Hong Kong, Kelly Chen telah menyanyikan lagu ini dalam bahasa Kantonis dan Mandarin yang bertajuk "希望 (Xī Wàng atau, Harapan). Di Filipina, lagu temanya adalah "Pangarap na Bituin" (Bintang Impianku) yang dinyanyikan oleh Faith Cuneta dalam bahasa Tagalog. Di China, lagu tema yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin, dinyanyikan oleh berbagai artis di negara itu.

Pelakon

sunting

Watak utama

sunting
 
Pelakon utama Lee Young Ae yang memainkan watak Jang Geum

1) Seo Jang Geum (서장금)

dilakonkan oleh Lee Young-ae (이영애)
  • Seo na-in (서나인, 徐內人, Wanita dapur Seo)
  • Jururawat Seo (徐醫女)
  • Seo sang-goong (서상궁, 徐尚宮, Puan Seo, sebagai Puan Terutama)
  • Dae Jang Geum (대장금, 大長今, Jang Geum Agung)

2) Min Jeong-ho (민정호)

dilakonkan oleh Ji Jin-hee (지진희)

3) Jung-jong (중종)

dilakonkan oleh Im Ho (임호)
  • Putera Jin-sung (진숭대군, 晉城大君)
  • Raja Jung-jong (중종왕, 中宗王)

4) Choi Geum-young (최금영)

dilakonkan oleh Hong Ri-na (홍리나)
  • Choi na-in (최나인, 崔內人, Wanita dapur Choi)
  • Choi sang-goong (최상궁, 崔尚宮, Puan Choi, sebagai Puan Terutama, kemanakan Choi Seong-geum)

Watak-watak penting yang lain

sunting
  • Han sang-goong (한상궁, 韓尚宮, Puan Han, dilakonkan oleh Yang Mi-gyeong (양미경)
  • Choi Seong-geum (최성금, 崔成琴, Puan Choi, dilakonkan oleh Gyeon Mi-ri (견미리)
  • Lee Yeon-saeng (이연생, 李連生, kawan baik Jang Geum, dari orang dapur menjadi isteri kedua raja, dilakonkan oleh Park Eun-hye (박은혜)

Pautan luar

sunting