Awang Suffian bin Awang Hussein memulakan karier penyampai radionya bersama RTM. Berasal dari Kapit, Sarawak pada awalnya beliau bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris sebelum beralih angin ke bidang hebahan.

Penyampai radio

sunting

Untuk kategori Penyampai Radio Popular ABPBH 35 DJ Sonic (Nasional FM) berjaya melakar kejutan dengan tembus ke pencalonan akhir. Tatkala deejay radio swasta lebih mendapat publisiti meluas, Sonic Hussein yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam dunia penyiaran dan penyampaian berjaya menaikkan prestij penyampai radio dari stesen radio kerajaan.

DJ Sonic bersama program pagi segmen 3 Suara Nasional FM mendapat pujian kerana lebih menumpukan penyampaian maklumat ilmiah dan berinformasi sambil berhibur. Ini sejajar dengan kritikan pendengar radio tempatan yang muak dengan tingkah laku segelintir penyampai radio yang semberono tertawa dan membuat lawak jenaka tanpa usul periksa serta menganggap pendengar mereka tidak berfikiran kritis.

Kisah Sedih

sunting

DJ Sonic meskipun berpengalaman dalam bidang penyampaian dan pengacaraan, beliau juga tak lepas dari dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

Pernah pada satu majlis, beliau sudah hadir ke lokasi seperti dijanjikan. Tetapi pihak penganjur memaklumkan mereka tidak jadi mendapatkan khidmat pengacara majlis dari beliau dan lambat memberitahu mengenai pembatalan itu. Sonic berasa kecewa hanya kerana populariti beliau tidak seluas seperti yang lain dan program kendaliannya tidak viral.

Rujukan

sunting