Kebab döner (döner kebab dalam Bahasa Turki atau biasanya dipanggil kebab, döner, doner, donner, donair) yang secara harfiah bermakna "panggang berpusing" adalah nama digunakan pada sebuah hidangan dibuat dengan isi daging biri-biri (atau kambing), lembu atau ayam. Sesetengah orang telah membandingkan kebab doner dengan shawarma dan gyros, mungkin kerana daging serupa dapat digunakan, tetapi ia sangat berlainan dalam segi kepadatan dan/atau bentuk. Kebab doner biasanya dibalut dalam roti leper jenis tortilla, dan shawarma biasanya dalam pita atau bentuk sandwich. Gyros sentiasa dibalut dalam pita. Perbezaan pada kepadatannya juga amat besar. Gyros hampir selalu mengandungi ramuan sedikit yang sama. Kebab doner dan shawarma pula, boleh diletakkan ramuan salad seperti lobak atau kobis merah dan pudina segar dan juga beberapa sos berkrim ataupun sos panas.

Kebab döner

Sejarah

sunting

Bentuk asal kebab döner hari ini adalah kebab Oltu. Oltu adalah sebuah pekan dekat Erzurum, Turki. Bentuk asalnya adalah dengan memanggang secara mendatar dan potongannya tebal, setelah memasuki sebuah L bentuk khas shish Oltu bersamaan dengan permukaannya. Pada abad ke-19, bentuk moden telah direka di Bursa. Bentuk asalnya masih dihidangkan di banyak bandaraya di Turki.

Hari ini, kebab döner biasanya dihidangkan sebagai sejenis sandwic dalam pita (roti leper). Kebab döner dengan salad dan sos dihidangkan dalam pita, yang mana cara ini popular di Jerman dan di merata-rata dunia, telah direka di Berlin-Kreuzberg pada 1971, kerana cara persediaan asalnya tidak menarik ke citarasa Jerman. Döner telah menjadi makanan segera yang termasyhur di Jerman sejak 1980-an.