Takau rakit

(Dilencongkan daripada Cymbirhynchus)

Takau rakit atau terajan (Cymbirhynchus macrorhynchus) ialah spesies burung takau dalam keluarga Eurylaimidae. Ia spesies tunggal genus Cymbirhynchus.[2] Burung ini didapati di hutan-hutan tebing sungai Brunei, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, dan Vietnam; ia juga boleh beradaptasi di kawasan yang telah diterokai manusia.

Takau rakit
Black-and-red broadbill perching on a branch looking left
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Cymbirhynchus

Vigors, 1830
Spesies:
C. macrorhynchos
Nama binomial
Cymbirhynchus macrorhynchos
(Gmelin, 1788)
Sinonim
  • Todus macrorhynchos (Gmelin, 1788)
  • Todus nasutus (Latham, 1790)
  • Cymbirhynchus nasutus (Latham, 1790)

Burung ini merupakan salah satu spesies haiwan yang digambarkan oleh William Farquhar semasa beliau mengkaji hidupan liar yang terdapat di Tanah Melayu dan Singapura.[3] Ia tidak ditemukan lagi di pulau tersebut dari tahun 1940-an sehingga tahun 2004[4] dan tahun 2020.[5]

Peristilahan

sunting

Nama terajan (Jawi: تراجن) digunakan di Kelantan.[6]

Taksonomi

sunting

Nama genus Cymbirhynchus dijejak daripada kata-kata bahasa Yunani Purba κύμβη kymbē yang bermaksud "sampan" atau "kepala" dan ῥύγχος rhynkhos yang bermaksud "paruh".[7]

Ciri-ciri

sunting

Badan dewasa burung ini berukuran 21–24 sentimeter panjang dengan sayap 9.7–10.8 sm panjang dan berat 51–65 gram. Burung betina lebih kecil saiznya.[4][8]

Kepala burung dewasa berwarna hitam dengan jalur, paruh atasnya berwarna biru firus manakala paruh bawahnya jingga kekuningan dengan tepi berwarna biru. Matanya berwarna hijau zamrud. Bahagian atas berwarna hijau kehitaman. Tengkuk bawah, pinggul dan bulu-bulu ekor dan kepaknya berwarna merah tua.[4]

Tabiat

sunting

Pemakanan

sunting

Makanan utamanya adalah serangga kecil. Ia juga makan mahkluk yang ada di sungai seperti siput, krustasea dan ikan kecil.[9]

Pembiakan

sunting

Sangkak telur burung ini sebanyak 2–3 biji, kadang-kadang ditambah sebiji telur yang komeng. Setiap biji telur berwarna keputihan atau kemerahan berukuran 25.0–29.3 × 18.2–20.7 mm.[9] Sebiji telur dikeluarkan burung betina selang 24 jam, telur-telur tersebut dieramkan burung betina dan pasangannya[8] selama 21 hari.

Anak-anak burung menetas dari telur dijaga selama kira-kira 17 hari.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ BirdLife International. (2016). "Cymbirhynchus macrorhynchos". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T103656920A95026449. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T103656920A95026449.en. Dicapai pada 28 Februari 2022.
  2. ^ "ITIS Report: Cymbirhynchus Vigors, 1830". Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Dicapai pada 22 November 2022.
  3. ^ Farquhar, William (2010). Dozier, Laura (penyunting). Natural History Drawings: The Complete William Farquhar Collection : Malay Peninsula, 1803-1818. Singapura: Editions Didier Millet. m/s. 227. ISBN 9789814217699.
  4. ^ a b c Kirwan, Guy M.; del Hoyo, Josep; Bruce, Murray D.; Collar, Nigel (2021). Billerman, Shawn M.; Keeney, Brooke K.; Rodewald, Paul G.; Schulenberg, Thomas S. (penyunting). "Black-and-red Broadbill (Cymbirhynchus macrorhynchos)". Birds of the World. Cornell Lab of Ornithology. doi:10.2173/bow.barbro1.02. S2CID 243292828 Check |s2cid= value (bantuan). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2021. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  5. ^ Muhammad Fadhli bin Ahmad; Muhammad Ghufran bin Tahir; Ramakrishnan s/o R Kolandavelu; Mishak bin Shunari; David Li (31 Ogos 2020). "Second Singapore record of the black-and-red broadbill in the last 50 years" (PDF). Singapore Biodiversity Records. 2020: 108–109. Dicapai pada 23 November 2022.
  6. ^ Berwick, E. J. H. (1953). "Some Kelantan bird names". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 26 (1): 140–144. JSTOR 41502910.
  7. ^ Jobling, James A. (2010). "Psarisomus" (PDF). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, United Kingdom: Christopher Helm. m/s. 128. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  8. ^ a b Wells, David R. (2010). The Birds of the Thai-Malay Peninsula (dalam bahasa Inggeris). 2: Passerines. London: Bloomsbury Publishing. m/s. 50–55. ISBN 978-1-4081-3313-2. OCLC 659739244.
  9. ^ a b Sheldon, Frederick; Moyle, Robert (2001). "Ornithology of Sabah: History, gazetteer, annotated checklist, and bibliography". Ornithological Monographs. 52 (52): 171–172. doi:10.2307/40166890. JSTOR 40166890. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2022. Dicapai pada 13 Julai 2021.

Pautan luar

sunting