Cyber-shot merupakan barisan produk kamera digital oleh Sony. Rangkaian produk Cyber-shot sangat dikenali kerana menggunakan bateri InfoLithium, kanta buatan Carl Zeiss serta reka bentuk keseluruhannya. Kesemua model kamera Cyber-shot menerima kad ingatan kilat Memory Stick atau Memory Stick PRO Duo. Sesetengah model peringkat tinggi turut menyokong penggunaan kad CompactFlash. Semua model Cyber-shot mempunyai imbuhan DSC pada nama modelnya, yang merupakan akronim bagi "Digital Still Camera" (Kamera Pegun Digital).

Sony Cyber-shot DSC-N2

Telefon bimbit Sony Ericsson Cyber-shot

sunting

Pada tahun 2006, Sony Ericsson (syarikat usaha sama antara Sony dan Ericsson) melancarkan model telefon bimbit yang mengunakan jenama Cyber-shot untuk model Sony Ericsson K800, menampilkan kamera digital Cyber-shot 3.2 megapiksel serta flash xenon.

Pada 6 Februari 2007, Sony Ericsson mengumumkan pelancaran telefon Cyber-shot K810. Dibina hasil kejayaan model K800, model K810 menambah beberapa ciri untuk menjadikan kamera penumpuan automatiknya lebih menyerupai sebuah kamera. Sony Ericsson turut memperluaskan penggunaan jenama Cyber-shot pada telefon bimbit model pertengahan, Sony Ericsson K550, yang mempunyai kamera 2.0 megapiksel yang disertakan fungsi penumpuan automatik serta flash LED.

Sony Ericsson mengumumkan model utamanya, K850 pada 14 Jun 2007; diikuti model K770 pada 3 February 2008[1].

Di Jepun, Sony Ericsson menggunakan jenama Cyber-shot pada model SO905iCS, di mana 'CS' adalah kependekan bagi Cyber-shot. Telefon bimbit ini menampilkan penderia 'Exmor' yang tirit digunakan pada kamera Sony A700 DSLR, di samping Skrin BRAVIA serta mekanisma zum optikal 3x.

Sebagai pengganti kepada siri K yang popular, Sony Ericsson memperkenalkan Siri 'C'. Model telefon bimbit di bawah kategori ini adalah C902 5 megapiksel, diikuti dengan model C905. Model C905 menandakan kemasukan Sony Ericsson dalam perlawanan 8 megapiksel, dan dengan persepsi kamera yang kuat, model C905 dijangka dapat menawarkan pengguna dengan pengalaman pengimejan yang baik.

Setakat ini, dua telefon bimbit Cyber-shot digunakan dalam filem-filem James Bond. Model-model tersebut adalah Sony Ericsson K800i dan seterusnya di dalam filem Quantum of Solace, 007 menggunakan model edisi khas C902 Titanium.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting

  Media berkenaan Category:Sony Cyber-shot di Wikimedia Commons

Rujukan

sunting