Cyathea latebrosa
Cyathea latebrosa ialah satu spesies paku gajah dalam famili Cyatheaceae yang berasal dari Indochina. Taburannya termasuk Kemboja, Thailand, Semenanjung Malaysia, Borneo, dan Sumatera.
Cyathea latebrosa | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Subgenus: | |
Seksyen: | |
Spesies: | C. latebrosa
|
Nama binomial | |
Cyathea latebrosa (Wallich ex W. J. Hooker) Copeland, 1909
| |
Sinonim | |
|
Tumbuhan-tumbuhan yang dilaporkan dari India dan Sri Lanka mempunyai indusium (membran yang melitupi struktur-struktur yang menghasilkan spora) yang lebih halus, dan mungkin merupakan satu spesies berasingan yang masih belum diberikan nama. C. latebrosa tumbuh di dalam habitat-habitat yang amat berbeza, termasuk hutan, hutan sekunder, serta ladang-ladang, dan dari aras laut sehingga 1,500 meter tinggi.
Ciri-ciri fizikal
suntingBatang pokok Cyathea latebrosa tegak, dan biasanya tumbuh sehingga 3-4 meter (10 - 13 kaki tinggi. Pelepah-pelepahnya berbentuk bipinat atau tripinat, dengan panjang sehingga 2 meter. Warnanya lebih muda pada permukaan bawah. Pelepah-pelepah ini membentuk silara yang jarang serta lembut dan ringan. Tangkai pelepah berwarna perang-kemerah-merahan, berduri, dan mempunyai sisik-sisik pada pangkalnya. Sisik-sisik ini mempunyai warna tua yang berkilat, serta tepi yang mudah rosak. Tangkai-tangkai pelepah dalam pokok yang lebih muda membentuk satu tabir yang tidak kemas di sekeliling batang pokok. Sorus, iaitu struktur yang menghasilkan spora-spora, terdapat berhampiran dengan vena pertengahan pinul yang subur. Sorus-sorus ini dilindungi oleh indusia dwilobus yang kecil dan berbentuk bak sisik.
C. latebrosa ialah sejenis paku gajah yang berubah-ubah. Braggins dan Large (2004) memerhatikan bahawa pokok ini merupakan sebahagian daripada sekumpulan spesies yang belum difahami sepenuhnya. Pokok ini kelihatan amat berkait dengan Cyathea incisoserrata, tetapi berbeza dari segi morfologi pinul serta kerana pokok ini tidak mempunyai sisik-sisik pada sepanjang tangkai pelepahnya.
Jika ditanam, spesies ini tumbuh dengan paling baik dalam iklim-iklim yang lebih panas. Pokok ini yang tidak boleh tahan fros harus ditumbuh dalam tanah humus yang cukup dituskan, dan dibekalkan dengan amat banyak lembapan.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Braggins, John E. & Large, Mark F. 2004. Tree Ferns. Timber Press, Inc., m.s. 151. ISBN 0881926302
- Indeks Nama Tumbuhan Antarabangsa: Cyathea latebrosa