Colleen Renee LaRose (lahir 5 Jun 1963, di Michigan) yang juga menggunakan nama samaran JihadJane dan Fatimah LaRose, adalah seorang wanita dari Pennsburg di Montgomery County, Pennsylvania, pinggir Philadelphia.

Colleen Renee LaRose
StatusDalam penjara di Philadelphia, Pennsylvania (menanti perbicaraan 3 Mei 2010)
WarganegaraAmerika Syarikat
Nama lainJihadJane; Fatima LaRose
Ibu bapaCecil Wilkinson (bapa angkat)
MotifJihad
Pertuduhan jenayah1) konspirasi memberi sokongan bahan kepda pengganas; 2) konspirasi membunuh seseorang di negara asing; 3) membuat penyataan palsu kepada FBI; and 4) mencuba mencuri identiti (dibuka 9 Mac 2010)[1][2]

Pada 9 Mac 2010, dia didakwa merekrut pengganas Islam secara dalam talian, upah jihad dan merancang komplot pembunuhan kartunis Sweden, Lars Vilks.[3]

Latar belakang

sunting

Di laman sosial milik beliau di MySpace, banyak gambar-gambar pertumpahan darah dan keganasan di Timur Tengah. Ada mesej seperti "Palestine We Are With You", dan "Bersimpati dengan Gaza". Ada juga beberapa gambar dia dalam pakaian hitam burqa.[3] Dia baru sahaja memeluk Islam.

Pada 20 Jun 2008, dalam YouTube dia menggunakan nama 'JihadJane'. Dia sangat ingin membantu penderitaan umat Islam.[1] Pada Disember 2008, dia menyebut ingin menjadi syahid atas nama Allah dan Islam.[2][3] Rakan Internet menyarankan beliau pergi ke Sweden dan membunuh Lars Vilks.[2]

Pada 23 Ogos 2009, LaRose mencuri pasport teman lelakinya Kurt Gorman dan terbang ke Eropah Barat untuk tinggal dan berlatih dengan para pelaku jihad serta membunuh Vilks.[2] Dia dilaporkan berada di Belanda dan berada di Ireland selama 2 minggu.[4][5]

Tangkapan dan dakwaan

sunting

Pada 16 Oktober 2009, LaRose ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia ketika dia kembali dari Eropah. Lokasi penjara dirahsiakan sehingga tarikh dakwaan pada 9 Mac 2010.[4]

Turut ditangkap ialah empat lelaki dan tiga wanita berusia 20-an dan 40-an di Waterford dan Cork, Ireland. Mereka ialah tiga orang Algeria, seorang Croatia, Palestin, seorang Libya, dan warga AS - Jamie Paulin-Ramirez, berasal dari Kansas City, Missouri. Jamie bekas pembantu perubatan daripada Leadville, Colorado, yang telah masuk Islam.[2]

Sebelum ini pada Februari 2010, seorang perempuan lain - Aafia Siddiqui, seorang Muslim Pakistan didakwa disyaki ahli Al-Qaeda. Dia tinggal di Houston dan Boston. Belajar di MIT dan Universiti Brandeis - didakwa di New York City berhubung usaha membunuh tentera AS.[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Michael Hinkelman (10 Mac 2010). "Feds: Montco woman led Net death plot". Philadelphia Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-14. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  2. ^ a b c d e "Indictment, U.S. v. LaRose" (PDF). U.S. District Court for the Eastern District of Pennsylvania. 4 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-10-26. Dicapai pada 10 Mac 2010.
  3. ^ a b c Charlie Savage (9 Mac 2010). "Pennsylvania Woman Tied to Plot on Cartoonist". New York Times. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  4. ^ a b Derrick Nunally (18 Mac 2010). ""JihadJane" said to have confessed". The Philadelphia Inquirer. Dicapai pada 18 Mac 2010. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ ""'Jihad Jane was in Ireland for a fact-finding trip'", Belfast Telegraph, 11 Mac 2010, dicapai 13 Mac 2010". Belfasttelegraph.co.uk. 11 Mac 2010. Dicapai pada 18 Mac 2010.
  6. ^ "Pennsylvania Woman Charged in Plot to Recruit Jihadists", The Wall Street Journal, 10 Mac 2010, dicapai 13 Mac 2010