Cogito ergo sum
Cogito ergo sum ("aku berfikir, maka aku ada" dalam bahasa Latin) adalah ungkapan falsafah dicetuskan René Descartes, seorang filsuf Perancis pada abad ke-17, yang merangkumkan keadaan diri seseorang yang boleh dibuktikan wujud tidak dengan pancaindera mengesan sekeliling yang boleh memesongkan pendapat, tetapi dengan kebolehan berfikiran sendiri.[1] Buah fikiran ini mula disebutkan dalam Discours de la Méthode (1637) melalui frasa asal dalam Perancis: Je pense, donc je suis ; ia dilanjutkan dalam Principia Philosophiae tahun 1644 dengan ungkapan diterjemahkan kepada bahasa Latin yang dikenali sehingga hari ini.
Pendekatan ini pernah diutarakan oleh beberapa pemikir Yunani Purba: Plato ada menyebutkan mengenai suatu "pengetahuan perkara yang diketahui" (νόησις νοήσεως , nóesis noéseos); begitu juga dengan Aristoteles yang menyebutkan mengenai kesedaran terhadap apa yang dirasai dan dideriakan. Ibnu Sina turut seiringan dalam pendekatan itu melalui suatu andaian: seseorang yang tercipta penuh sempurna tetapi tidak dapat merasakan apa yang dialami terhadap alam luar mahupun dalam badan namun tetap wujud kerana jiwa atau rohnya sangat menyedari keadaannya sendiri.[2]
Rujukan
sunting- ^ Mat Luthfi (2017). Kisah 25 Filsuf Barat. Puteh Press. m/s. 89. ISBN 9789673693559.
- ^ Seyyed Hossein Nasr; Leaman, Oliver (1996). History of Islamic Philosophy. Routledge. m/s. 40, 315. ISBN 0-415-13159-6.