Clemens Fritz
Clemens Fritz (lahir 7 Disember 1980) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Werder Bremen di posisi bek kanan.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Clemens Fritz | ||
Tarikh lahir | 7 Disember 1980 | ||
Tempat lahir | Erfurt, Jerman Timur | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Bek kanan / Bek sayap kanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Werder Bremen | ||
Nombor | 8 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1999–2001 | Rot-Weiß Erfurt | 32 | (10) |
2001–2003 | Karlsruher SC | 61 | (7) |
2003–2006 | Bayer Leverkusen | 43 | (2) |
2006– | Werder Bremen | 241 | (4) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2001 | Jerman B21 | 1 | (0) |
2002 | Jerman 2006 | 1 | (0) |
2006–2008 | Jerman | 22 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Mei 2015 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2008 (UTC) |
Kerjaya kelab
suntingKerjaya awal
suntingBeliau telah dilahirkan di Erfurt, Jerman Timur. Beliau memulakan kerjaya bola sepaknya bersama pasukan kampung halamannya, Rot-Weiß Erfurt di Regionalliga.
Pada musim panas 2001, beliau sertai kelab 2. Bundesliga, Karlsruher SC dan menjaringkan lima gol dalam 32 perlawanan. Selepas beliau diikat oleh Bayer Leverkusen pada 2003, beliau dipinjam semula ke kelab Karlsruher.
Bayer Leverkusen
suntingBeliau memasuki pasukan pertama Leverkusen pada musim 2003-04 selepas menampilkan aksi konsisten bersama pasukan reserve. Fritz bermain 14 lagi perlawanan untuk pasukan pertama Leverkusen pada musim itu dan berjaya menempah tiket ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan. Pada 2004, beliau mengalami keretakan kaki pada perlawanan pramusim menentang Rot-Weiss Essen dan menyebabkan beliau terpaksa berehat dengan jangka masa lama.
Kerjaya antarabangsa
suntingSelepas bermain untuk pasukan bawah-21 Jerman, Fritz membuat debut untuk pasukan senior Jerman pada 7 Oktober 2006 pada perlawanan persahabatan menentang Georgia pada perlawanan persahabatan, Jerman menang 2-0.
Pada 2 Jun 2007, beliau menjaringkan gol antarabnagsa pertamanya untuk Jerman pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 2008 menentang San Marino, 6-0. Beliau menjaringkan gol keduanya pada 17 November dengan menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan menentang Cyprus pada perlawanan kelayakan Euro di Hannover.
Fritz telah terpilih dalam skuad UEFA Euro 2008 di Austria dan Switzerland. Beliau telah bermain empat daripada enam perlawanan Euro sehingga pasukan Jerman melangkah ke perlawanan akhir sebelum tewas 1-0 kepada Sepanyol.
Statistik
suntingJerman | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2006 | 3 | 0 |
2007 | 8 | 2 |
2008 | 11 | 0 |
Jumlah | 22 | 2 |
Gol antarabangsa
sunting# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 2 Jun 2007 | Nuremberg, Jerman | San Marino | 6–0 | 6–0 | Kelayakan Euro 2008 |
2. | 17 November 2007 | Hannover, Jerman | Cyprus | 1–0 | 4–0 | Kelayakan Euro 2008 |
Penghargaan
suntingKelab
sunting- Werder Bremen
Antarabangsa
sunting- Jerman
- Kejohanan Bola Sepak Eropah: 2008 (Naib juara)
Pautan luar
sunting- Leverkusen who's who
- Clemens Fritz di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)
Kedudukan sukan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Per Mertesacker |
Kapten Werder Bremen 2011-kini |
Pemegang jawatan kini |