Cirneco Etna

baka anjing dari Itali

Cirneco Etna[a] ialah satu baka anjing pemburu dari pulau Sicilia di Laut Tengah. Ia dinamai sempena Gunung Berapi Etna di Sicilia timur. Ia mempunyai deria bau tajam dan digunakan untuk memburu buruan kecil, khususnya arnab.[3][4] Seperti banyak anjing pekerja, pendaftaran bersyarat pada kejayaan penyelesaian ujian kerja.[5]

Cirneco Etna
Negara asalItali
Trait
Berat Jantan 10–13 kg (22–29 lb)[1]
Betina 8–10 kg (18–22 lb)[1]
Tinggi Jantan 46–50 cm (18–20 in)[1]
Betina 44–48 cm (17–19 in)[1]
Bulu pendek di kepala, pendek hingga separa panjang di tubuh
Warna kuning pasir muda, putih telur, sawo matang muda hingga tua
Jangka hayat 12–14 tahun[2]:33
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Baka ini dinamai sempena Gunung Berapi Etna di Sicilia, tempat asalnya. Perkataan cirneco diterbitkan daripada perkataan bahasa Latin Latin: cyrenaicus yang berkaitan dengan Cyrenaica di Afrika Utara, dan dalam bahasa Itali moden digunakan untuk semua anjing pemburu kecil dari pulau-pulau Laut Tengah, termasuk Sicilia, Malta, dan Kepulauan Balear.[3] Kajian-kajian genetik bagi hubungan antara cirneco dengan baka-baka lain telah mengeluarkan hasil-hasil bercanggah: salah satu mengesahkan kerapatannya dengan kelb tal-fenek dari Malta dan podenco Ibiza dari Kepulauan Balear, namuna juga menghubungkannya dengan anjing gunung Pyrénées;[6] satu lagi menemukan bukti bagi aliran gen daripada podenco Canaria dari Kepulauan Canaria;[7] satu kajian genomik pada tahun 2021 menemukan bahawa ia paling berkait rapat dengan kelb tal-fenek dan anjing pemburu Itali.[8] Kerap ada dakwaan berkontroversi bahawa cirneco Etna ialah baka purba.[3][4][9][5][10] Sebutan bersurat terawal bagi baka moden adalah daripada Maurizio Migneco, seorang doktor bedah veterinar dari Adrano di lereng Gunung Etna, yang menerbitkan pernyataan dalam Il Cacciatore Italiano pada tahun 1932. Ini dilihat oleh wanita bangsawan, Agata Paternó Castello, yang membeli sesetengah anjing berkenaan dan pada tahun 1934 mula membiakbakakan anjing-anjing itu.[9] Baka ini diiktiraf oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 1939, berdasarkan piawaian baka yang disusun oleh Giuseppe Solaro dari Torino.[9][11] Cirneco diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[12] Ia merupakan baka jarang; pada tempoh dari tahun 2010 hingga tahun 2018, pendaftaran baharu di Itali berangka sekitar antara 100 dengan 150 setiap tahun.[5] Pendaftaran baka bersyarat pada kejayaan penyelesaian ujian kerja, dalam hal ini, ujian lapangan spesifik.[5][13]

Bacaan lanjut

sunting
  • Perini, Francesco; Cardinali, Irene; Ceccobelli, Simone; Gruppetta, Anthony; San José, Carlos; Cosenza, Mario; Musso, Nicolò; Martìnez, Amparo; Abushady, Asmaa M.; Monteagudo, Luis V.; Liotta, Luigi; Lancioni, Hovirag; Attard, George; Lasagna, Emiliano (14 Januari 2023). "Phylogeographic and population genetic structure of hound-like native dogs of the Mediterranean Basin" [Struktur filogeografi dan genetik populasi bagi anjing asli mirip hound dari Lembangan Laut Tengah]. Research in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 155: 103–114. doi:10.1016/j.rvsc.2023.01.010. ISSN 1532-2661. PMID 36669378 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 255923883 Check |s2cid= value (bantuan).

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: چيرنيکو ايتنا; Itali: cirneco dell'Etna, sebutan bahasa Itali: [tʃirˈneːko delˈlɛtna]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d Cirneco dell'Etna (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  2. ^ Fogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9781465408440. OCLC 812257274.
  3. ^ a b c Cirnèco (dalam bahasa Itali). Vocabolario on line. Rom, Itali: Istituto dell'Enciclopedia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  4. ^ a b "FCI-Standard N° 199 CIRNECO DELL'ETNA" [Piawaian FCI No. 199 Cirneco Itali] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Moore, Jane. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 7 Februari 2017. Dicapai pada 1 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  5. ^ a b c d Cirneco dell'Etna (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  6. ^ Talenti, Andrea; Dreger, Dayna L.; Frattini, Stefano; Polli, Michele; Marelli, Stefano Paolo; Harris, Alexander C.; Liotta, Luigi; Cocco, Raffaella; Hogan, Andrew N.; Bigi, Daniele; Caniglia, Romolo; Parker, Heidi G.; Pagnacco, Giulio; Ostrander, Elaine Ann; Crepaldi, Paola (14 Februari 2018). "Studies of modern Italian dog populations reveal multiple patterns for domestic breed evolution" [Kajian-kajian populasi-populasi anjing Itali moden mendedahkan berbilang pola untuk evolusi baka bela jinak]. Ecology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 8 (5): 2911–2925. Bibcode:2018EcoEv...8.2911T. doi:10.1002/ece3.3842. ISSN 2045-7758. PMC 5838073. PMID 29531705. S2CID 3883023.
  7. ^ Lasagna, Emiliano; Ceccobelli, Simone; Martinez Martinez, Amparo; Lancioni, Hovirag; Landi, Vincenzo; Cosenza, Mario; Gruppetta, Anthony; Sarti, Francesca Maria; Chiofalo, Vincenzo; San José, Carlos; Ibanez, Luis Monteagudo; Liotta, Luigi; Attard, George (15 Ogos 2019). "Genetic variability assessment in different Mediterranean canine breeds using microsatellite markers" [Taksiran kebolehubahan genetik pada baka anjing Laut Tengah berlainan dengan menggunakan penanda mikrosatelit]. Italian Journal of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 18 (sup1): 108. doi:10.1080/1828051X.2019.1622269. ISSN 1828-051X. S2CID 202011307.
  8. ^ Cortellari, Matteo; Bionda, Arianna; Talenti, Andrea; Ceccobelli, Simone; Attard, George; Lasagna, Emiliano; Crepaldi, Paola; Liotta, Luigi (12 Februari 2021). "Genomic variability of Cirneco dell'Etna and the genetic distance with other dog breeds" [Kebolehubahan genomik bagi cirneco Etna dan jarak genetik dengan baka anjing lain]. Italian Journal of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 20 (1): 304–314. doi:10.1080/1828051X.2021.1873076. ISSN 1828-051X. S2CID 233893661.
  9. ^ a b c Felice Modica (18 Februari 2018). La vera storia del cirneco, la razza più antica: Riscoperta da una nobildonna straordinaria (dalam bahasa Itali). Il Giornale. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  10. ^ Cirneco dell'Etna (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Diarkibkan pada 7 Julai 2014.
  11. ^ Coile, D. Caroline (Ogos 2015). Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9781438067926. OCLC 1083205443.
  12. ^ "FCI breeds nomenclature: CIRNECO DELL'ETNA (199)" [Tatanama baka FCI: CIRNECO ITALI (199)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  13. ^ "Sport" [Sukan] (dalam bahasa Inggeris). Cirneco Dell'Etna Club of America. Dicapai pada 1 Januari 2024.