Kerepek kentang

(Dilencongkan daripada Cip kentang)

Kerepek kentang merupakan kepingan kentang yang digoreng atau dibakar sehingga garing. Ia biasa dimakan sebagai pembuka selera atau snek.

Saratoga chips

Asal kerepek kentang

sunting

Secara tradisional, kerepek kentang dipercayai dicipta dengan tidak sengaja oleh George Crum, yang merupakan seorang tukang masak di sebuah restoran rumah persinggahan di Saratoga Springs, New York, A.S. Restoran tersebut sangat popular dengan jejari kentang goreng. Suatu hari, terdapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan jejari kentang itu terlalu tebal. Lalu, Crum menipiskan kentang tersebut tetapi pelanggan masih tidak puas hati. Oleh itu, Crum telah memotong kentang itu dengan paling nipis seperti kerepek dan menggorengnya. Crum meletakkan garpu untuk menyakitkan hati pelanggannya. Sesuatu luar dugaan telah berlaku. Pelanggan Crum amat menyukainya.[1]

Kerepek kentang goreng Crum diberi nama "Saratoga Chips".[2] Kerepek ini telah dibungkuskan dan dijual di New York. Kerepek kentang ini mendapat permintaan tinggi di pasaran. Selepas itu, Crum telah membuka restorannya sendiri dan menu utamanya ialah kerepek kentang goreng.

Penjelasan lain asal-usul kerepek kentang ialah daripada resipi Shilling Cookery for the People oleh Alexis Soyer (1845) atau The Virginia House-Wife oleh Mary Randolph (1824)[3] selain dua lagi buku masak sezaman.

Rujukan

sunting
  1. ^ "How potato chip is made - used, processing, product, machine, Raw Materials, The Manufacturing Process, Quality Control, Byproducts/Waste, The Future". Madehow.com. 1915-01-06. Dicapai pada 2011-08-03.
  2. ^ "Civil War Recipes and Food History - The Potato During the Civil War". Civilwarinteractive.com. Dicapai pada 2013-05-11.
  3. ^ The Story Behind the Dish: Classic American Foods By Mark McWilliams; 2012; m/s. 186