Cinta Jannah
Cinta Jannah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azmi Hatta dibintangi oleh Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, dan Fattah Amin. Siri ditayangkan di TV3 menerusi Slot Akasia mulai 14 Ogos 2013 dan tamat pada 24 September 2013 menggantikan Demi Dia.[1][2][3]
Cinta Jannah | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | Nurul Hidayah Mohd Yusoff (idea asal) |
Ditulis oleh | Eja Lorena |
Pengarah | Azmi Hatta |
Dibintangi oleh | Nelydia Senrose Aeril Zafrel |
Lagu pembukaan | Angin Syurga oleh Misha Omar |
Lagu penutup | Angin Syurga oleh Misha Omar |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Jaspal S. Korotana |
Penyunting |
|
Lokasi |
|
Tempoh siaran | 40–42 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 14 Ogos 2013 – 24 September 2013 |
Kronologi | |
Mengikuti | Demi Dia |
Diikuti oleh | Love You Mr. Arrogant |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Sinopsis
suntingJannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim).
Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.
Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.
Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Aeril Zafrel sebagai Izaryl
- Nelydia Senrose[5] sebagai Jannah
Pelakon pembantu
sunting- Ramona Zamzam sebagai Damia
- Reen Rahim sebagai Balqis
- Fattah Amin sebagai Hakim
- Shaharuddin Thamby sebagai Abdullah
- Ezany Nizariff sebagai Suffian
- Dian P. Ramlee sebagai Tengku Zareena
- Fadilah Mansor sebagai Sumaiyyah
- Kartina Aziz sebagai Bonda
- Rahim Jailani sebagai Dato’ Khalid
- Watie Sadali sebagai Tini
- Aleza Shadan sebagai Datin Marina
- Nizen Ayob sebagai Ustaz Talha
- Qazem Nor sebagai Razlan
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Amina
- Mimi Lana sebagai Wanda
Muzik dan runut bunyi
sunting- "Angin Syurga" - Misha Omar
- "Tidak Tidak" - Erry Putra
Rujukan
sunting- ^ "Sinopsis Cinta Jannah di Slot Akasia TV3". www.budiey.com. August 16, 2013.
- ^ "Drama Cinta Jannah gantikan Demi Dia". mStar Online. 13 Ogos 2013. Dicapai pada 11 Februari 2014.
- ^ (Hiburan) Slot drama terbaru di Akasia ‘Cinta Jannah’ Galaksi Media (13 Ogos 2013). Dicapai pada 12 Februari 2014.
- ^ Cinta Jannah (2013): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 30 September 2019.
- ^ "Actress Nelydia Senrose brushes off recent stumble and sashays confidently forward". New Straits Times. 19 September 2016. Dicapai pada 11 Februari 2017.
Pautan luar
suntingTV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Cinta Jannah | Berikutnya |
Demi Dia | Love You Mr. Arrogant |