Cindai merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Azman Yahya lakonan Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose dan Fatin Afeefa.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 23 Disember 2019 hingga 15 Januari 2020 menggantikan Dia Yang Ku Cinta'.[2] Tajuk drama ini diambil daripada lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza yang bertajuk sama.

Cindai
GenreDrama, cinta, konflik, keluarga
PenciptaSeri Hermawati
Ditulis olehPGRS Team
Janjira
PengarahAzman Hj Yahya (Jinggo)
Dibintangi oleh
Ayda Jebat
Syazuwan Hassan
Lagu pembukaan"Better Than You" oleh Ayda Jebat
Lagu penutup"Better Than You" oleh Ayda Jebat
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifUzair Haqimy
Luth Mikhail
PenerbitPn Hjh Sheila Rusly
PenyuntingKhairul Zaman Abu Bakar
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal23 Disember 2019 – 15 Januari 2020
Kronologi
MengikutiDia Yang Ku Cinta
Diikuti olehCamelia

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis

sunting

Kisah tentang kehidupan seorang gadis yang menghidapi gangguan bipolar bernama Cindai, dia juga seorang gelandangan kerana tidak mempunyai saudara yang boleh di tumpang. Namun disisinya sentiasa ditemani dan dijaga oleh seorang insan bernama Amir. Amir setia bersama Cindai dan sentiasa berada di sisi Cindai di saat susah dan senang.

Cindai Reihana membesar di rumah anak yatim setelah kematian kedua ibu bapanya. Dia juga mempunyai kecacatan di mata yang menyebabkan dirinya sering disisihkan dan dibuli oleh rakan-rakan. Cindai membesar menjadi seorang pemberontak. Sehinggalah dia berjumpa dengan Iskandar, satu-satunya insan yang melayannya dengan baik. Dia mula jatuh hati. Namun, Cindai kecewa apabila mendapat tahu Iskandar sudah berkahwin. Dia kemudiannya tekad hendak memisahkan Iskandar dan Yasmin agar dia dapat memiliki cinta Iskandar.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Pelakon undangan

sunting

Penerbitan

sunting

Menurut Ayda Jebat yang memegang watak tajuk, beliau dihujani pelbagai mesej peribadi di Instagram mengenai watak yang dibawakannya: "Saya paparkan realiti kehidupan sebenar. Orang luar harus tahu ramai golongan gangguan bipolar yang menderita di sebalik kegembiraan. Ada yang gelar saya persis watak Chucky dalam filem Child’s Play dan Joker. Ada juga yang menghantar komen bukan-bukan dengan mengatakan saya wanita psiko dan gila. Saya juga menerima mesej daripada pesakit bipolar disorder yang mengakui terganggu dengan watak yang saya bawakan itu. Niat saya hanya satu iaitu nak memberi pendedahan mengenai penyakit ini."[4][5]

Rujukan

sunting
  1. ^ Drama Cindai (TV3) My Info Taip (23 Disember 2019). Dicapai pada 8 Januari 2020.
  2. ^ Drama Cindai temui penonton malam ini Diarkibkan 2020-11-25 di Wayback Machine Kool FM (23 Disember 2019). Dicapai pada 8 Januari 2020.
  3. ^ Cindai (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  4. ^ a b Najiy Jefri (3 Januari 2020). Kerana Cindai, Ayda Jebat tak disenangi Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  5. ^ Drama Ayda Jebat dedah ciri-ciri watak dalam drama Cindai Diarkibkan 2020-09-23 di Wayback Machine Hot FM (2 Januari 2020). Dicapai pada 8 Januari 2020.