Cik Bunga dan Encik Sombong (drama)

(Dilencongkan daripada Cik Bunga Encik Sombong)

Cik Bunga dan Encik Sombong ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Keoi Hj. Khalid dibintangi oleh Amar Baharin dan Amyra Rosli. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Prima dan Astro Maya HD bermula 15 Jun 2015.

Cik Bunga dan Encik Sombong
GenreKeluarga
Cinta
Konflik
Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Cik Bunga Encik Sombong Karya Airisz
PengarahKeoi Hj. Khalid
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanMarry Me - Mark Adam
Lagu penutupMarry Me - Mark Adam
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Tempoh siaran24 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 Jun 2015 – 22 Julai 2015

Sinopsis

sunting

Drama ini mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar (Amyra Rosli) yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar (Amar Baharin). Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan tempat Erny Humairah (Sasqia Dahuri) yang telah menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta. Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora (Jasmin Hamid) memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Rujukan

sunting