Cicakman 2: Planet Hitam

Filem aksi komedi adiwira Malaysia 2008 arahan Yusry Abdul Halim
(Dilencongkan daripada Cicakman 2 - Planet Hitam)

Cicakman 2: Planet Hitam, atau Cicakman 2 ialah filem aksi cereka sains komedi adiwira Malaysia 2008 arahan Yusry Abdul Halim dengan skrip oleh Yusry dan Meor Shariman terbitan KRU Studios dengan kerjasama Grand Brilliance.[2] Ia merupakan kesinambungan daripada filem Cicak-Man dan filem kedua dalam trilogi Cicak-Man.[3][4][5] Filem ini mengisahkan tentang kekecohan di Metrofulus apabila bandar itu dilanda pencemaran air yang teruk, yang dikatakan berpunca daripada sistem kawalan air mentah yang dicipta oleh Profesor Klon. Kemunculan Rrama telah menimbulkan masalah apabila dia bertindak menghapuskan semua musuh Profesor Klon termasuk Cicak-Man. Pada masa yang sama, Ginger Ghosts pula kembali untuk membalas dendam terhadap Cicak-Man atas kematian mereka.[6][7] Saiful Apek, Yusry, Fasha Sandha, Aznil Nawawi, AC Mizal, Adlin Aman Ramlie dan Jalaluddin Hassan kembali menjayakan watak masing-masing.[8][9]

Cicakman 2: Planet Hitam
Poster keluaran tayangan, direka bentuk oleh Isma Yusoof.
PengarahYusry Abdul Halim
Penulis
Lakon layarYusry Abdul Halim
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiMohd Filus Ghazali
Disunting olehMohd Elmy Khalim
Muzik olehEdry Abdul Halim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios (Malaysia dan Brunei)
Cathay Karis Films (Singapura)
Tarikh tayangan
  • 11 Disember 2008 (2008-12-11) (Malaysia)
[1]
Masa tayangan
107 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2.5 juta
Pecah panggungRM 2.7 juta

Penggambaran dijalankan pada Oktober 2007 di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan dimuktamadkan pada Disember 2007. Filem ini ditayangkan pada 11 Disember 2008 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.[10] Ia menjadi kegagalan komersial apabila hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM2.7 juta berbanding filem pertama yang memperoleh kutipan RM6.7 juta.[11][12] Di Indonesia, filem ini ditayangkan pada Januari 2009. Filem ini telah menerima 2 anugerah dari 9 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-22. Kesinambungannya dengan menampilkan pelakon baharu, Cicakman 3, dikeluarkan pada Mac 2015.

Professor Klon (Aznil Nawawi) telah kembali. Kali ini bukan sahaja untuk menjadi Presiden Bandar Metrofulus, malah untuk menguasai bekalan air dunia melalui rancangan "Planet Hitam". Apabila planet biru kita hanya tinggal 72 jam sebelum menjadi hitam, Cicakman (Saiful Apek) datang menyelamat.

Namun Cicakman harus berhadapan dengan musuh-musuh lama; Ginger Boys, yang kembali menjadi lebih berkuasa dalam bentuk spiritual sebagai Ginger Ghosts (Adlin Aman Ramlie & AC Mizal). Tambahan lagi, Profesor Klon telah mengupah seorang pembunuh; Rrama (Tamara Bleszynski), seorang pembunuh rahsia yang mencapai kepuasan dengan membunuh seolah ia sebuah persembahan seni yang tulen. Apabila keadaan menjadi semakin buruk, seorang adiwira juga memerlukan pertolongan. Tetapi pertolongan muncul dalam bentuk yang tidak diduga, termasuk Danny (Yusry Abd Halim), kawan baiknya, seorang pakar feng shui hebat (Louisa Chong), dan pihak yang tidak terduga.

Selain tanggungjawabnya menyelamatkan bumi, Cicakman mempunyai dilema peribadi untuk membezakan Hairi dan Cicakman. Dia perlu menyelesaikan perasaan peribadinya terhadap Tania (Fasha Sandha), yang sedang mencari identiti sebenar Cicakman dan dia juga perlu memilih untuk mengorbankan nyawa sendiri atau menyelamatkan Iman (Sharifah Amani), adik perempuan Danny yang buta.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Turut dibintangi

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Penerbitan

sunting

Cicakman 2: Planet Hitam ialah filem ketiga terbitan KRU Studios selepas Cicak-Man dan Duyung.[15] Ia diarahkan oleh Yusry Abdul Halim yang turut kembali menulis skrip bersama Meor Shariman.[16][17][18] Menurut Yusry, dalam kesinambungan Cicak-Man, peminat boleh menjangkakan lebih banyak adegan aksi berbanding filem pertama, yang lebih ditujukan kepada pengenalan watak.[19] Ditanya mengenai pengurangan unsur komedi dalam filem ini, Yusry berkata: "Saya akui dalam Cicakman 2 sememangnya dikurangkan elemen komedi dan disuntik dengan elemen emosi dengan penekanan diberi terhadap penjiwaan watak-watak, terutama watak utamanya, Hairi/Cicakman yang digali dalaman jiwanya,".[20] Menurutnya, pengurangan elemen komedi dalam Cicakman 2 tidak dibuat secara begitu sahaja tetapi ia sebenarnya diimbangi dengan penambahan lebih banyak elemen aksi.[20]

Saiful Apek kembali melakonkan watak sebagai Hairi/Cicakman. Mengulas mengenai kelainan wataknya dalam Cicakman 2, Apek dalam nada serius mengakui: "Saya merasakan kelainannya kali ini dan ia menunjukkan sisi sebenar watak Hairi di sebalik perangainya yang gila-gila itu. Ini cabaran baru buat saya, kerana perlu mengawal lakonan saya supaya tidak kelakar seperti lazimnya".[20] Aznil Nawawi sekali lagi diberi tanggungjawab menghidupkan watak antagonis utama, Profesor Klon. Aznil dinyatakan berkata: "Saya puas melakonkan watak itu, cuma saya khuatir penonton pula yang tidak puas tengok Profesor Klon kali ini berbanding Profesor Klon yang lebih banyak berdandan glamor dalam Cicakman".[20]

Watak Rrama pada awalnya ditawarkan kepada Erra Fazira, bekas isteri pengarah filem ini, Yusry Abdul Halim. Namun begitu, beliau terpaksa menolak kerana kesibukan. Watak Rrama kemudiannya diberikan kepada pelakon Indonesia, Tamara Bleszynski untuk menarik perhatian penonton dari negara itu.[21][22] Menurut Yusry, beliau tertarik dengan kredibiliti Tamara bagi melakonkan watak Rrama, sambil berkata: "Daripada raut wajah dan susuk tubuhnya saya dapati dia amat sesuai untuk melakonkan watak Rrama. Penampilan Tamara sebagai salah satu strategi untuk menarik perhatian para penonton di Indonesia. Ini kerana kami merancang untuk menayangkan Cicak-Man 2 di Indonesia".[21][23] Tamara pula mengakui berlakon dalam Cicakman 2 benar-benar menguji kesabarannya.[24][25] Barisan pelakon baharu diperkenalkan dalam filem ini termasuk Sharifah Amani yang melakonkan watak Iman, adik Danny lakonan Yusry.[26] Amani berkata, peluang berlakon bersama KRU tidak wajar dilepaskannya kerana beliau juga ialah peminat KRU. Beliau berkata mengenai wataknya: "Saya suka menjadi Iman yang buta tapi dalam masa yang sama dia sangat berdikari. Tidak kira apa juga dia cuba lakukan sendiri,".[22][27] Mamat Khalid, Julia Ziegler, Linda Onn, Fahrin Ahmad, Aziz M. Osman, Nadia Mustafar, Ridzuan Hashim, Julie Dahlan, Azwan Ali dan Dee ialah antara pelakon yang membuat penampilan kameo.[28]

Penggambaran telah dijalankan pada 27 Oktober 2007 di Pulau Pinang, Gua Tempurung, Kampar, Universiti Teknologi Petronas, dan Kuala Lumpur dan berakhir pada 3 Disember 2007. Kos pembikinan menelan belanja sebanyak RM2.5 juta. Kostum yang digunakan dalam sekuel ini lebih berkualiti berbanding filem sebelumnya iaitu berharga RM50 ribu setiap set manakala dalam filem pertama, kostum yang digunakan hanya berharga RM20 ribu setiap set.[22] Filem ini menjalani pembikinan 'A Print' di Bangkok, Thailand.[3] Imej janaan komputer (CGI) dilakukan sendiri oleh Yusry dengan jangka masa yang diambil untuk menyiapkan CGI sahaja mengambil tempoh yang panjang iaitu selama tujuh bulan. Yusry dinyatakan berkata: "Kalau nak dikira semua kerja-kerja CGI dan komputer grafik yang digunakan untuk filem ini, kosnya akan menjadi satu angka yang tidak masuk akal. Tapi semuanya dibayar dengan titik peluh saya sendiri kerana kerja-kerja itu dibuat secara dalaman,".[29] Poster filem ini direka bentuk oleh pelakon, Isma Yusoof.[30]

Cicak-Man 2: Planet Hitam - Original Motion Picture Soundtrack
Runut bunyi oleh
Pelbagai
Dilancarkan pada1 September 2008
TempatMalaysia  
GenrePop, rock, R&B, balada
Panjang999:00  
BahasaBahasa Melayu  
SyarikatKRU Records
PengarahYusry bin Abdul Halim  
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Album runut bunyi Cicakman 2: Planet Hitam dikeluarkan pada 1 September 2008 dan memuatkan sebanyak 10 lagu. Tiga lagu dalam album runut bunyi ini, iaitu "Planet Hitam" oleh Tyco, "Di Bius Cinta" oleh Yusry dan Melly Goeslaw,[31][32] dan "Mau Yang Besar" oleh Pianka dikeluarkan sebagai single utama yang mana ketiga-tiganya diterbitkan khas untuk filem ini.[19] Menurut Yusry ketika ditanya mengenai lagu "Di Bius Cinta": "Lagu "Di Bius Cinta" ini ciptaan Melly Goeslaw dan dinyanyikan oleh saya dan dia. Kami juga berterima kasih dengannya kerana sudi terlibat sama dalam filem ini meskipun sekadar satu lagu. Dia (Melly) bersetuju terlibat kerana anaknya cukup suka dengan filem Cicakman sewaktu ditayangkan di sana (Indonesia) dulu,".[16]

Senarai runut
No.TajukArtisMasa
1."Planet Hitam"Tyco3:49
2."Di Bius Cinta"Yusry KRU & Melly Goeslaw4:20
3."Sumpah Takkan Cari Yang Lain"Edry KRU3:44
4."Mau Yang Besar"Pianka4:01
5."Sayang Giler"Boy3:56
6."Seperti Kemarin"Syuga3:34
7."Berhenti Mencinta"Flava3:12
8."Lemah"Dafi3:08
9."Jika Tak Kena Kamu"Adam3:57
10."Ular"Anita Sarawak3:31


Keluaran

sunting

Pemasaran

sunting

Cicakman 2: Planet Hitam mendapat tajaan syarikat telekomunikasi Celcom. Dengan itu, Celcom akan menawarkan kandungan mudah alih seperti nada dering monofonik, polifonik, logo operator dan trailer bagi membantu promosi filem ini.[16] Ini menjadi filem kedua tajaan Celcom selepas Cuci.[19]

Selain itu, filem ini juga turut ditaja oleh rangkaian restoran makanan segera, 1901. Rangkaian restoran itu telah menambah makanan baru dalam menu iaitu hot dog Cicakman yang turut memainkan peranan membantu promosi filem ini.[33]

Tayangan

sunting

Filem ini telah ditayangkan buat pertama kalinya di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-13[34][35] pada 5 Oktober 2008 sebagai tayangan perdana dunia bagi segmen adiwira di rantau Asia.[36][37] Dua lagi sesi tayangan diadakan pada 7 Oktober di festival berkenaan.[36] Di Malaysia, Singapura, dan Brunei, filem ini ditayangkan di 70 pawagam pada 11 Disember 2008 dengan sasaran sejuta penonton oleh penerbit berbanding 670 ribu penonton untuk filem Cicak-Man.[38][36][39] Filem ini ditayangkan di Indonesia pada Januari 2009.[38]

Sambutan

sunting

Kutipan pecah panggung

sunting

Filem ini berjaya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM1.3 juta dalam tempoh 4 hari tayangan perdana rasmi.[40] KRU mensasarkan bahawa Cicakman 2 mampu meraih kutipan sebanyak RM3 juta.[41] Bagaimanapun, kutipan filem ini gagal menyaingi kutipan filem pertama apabila hanya berjaya mencapai kutipan pecah panggung sebanyak RM 2.7 juta.[42][43]

Ulasan kritis

sunting

Filem ini menerima ulasan yang rata-ratanya positif daripada pengkritik filem. Menulis untuk Berita Harian, Farihad Shalla Mahmud memberikan ulasan positif untuk filem ini sambil berpendapat ia "sarat aksi".[44] Suzan Ahmad dari Berita Minggu memuji filem ini dan menulis "...Kalau dikatakan kemunculan siri kedua filem superhero Cicakman tidak mengundang perbandingan di kalangan pengkritik dan pencinta filem semasa mereka yang kaki wayang terutama remaja dan kanak-kanak. Tidak kurang juga harapan untuk melihat hasilnya kali ini tampil lebih berbeza dan menghiburkan cukup tinggi...".[45] Nurul Ain Mohd Hussain, menulis untuk mStar Online menghuraikan filem ini sebagai "karya terbaik KRU".[46] Hafidah Samat dari New Straits Times juga memuji filem ini dan memberi ulasan yang baik.[47] Sharmila Billot, juga menulis untuk akhbar sama berpendapat filem ini "penuh aksi dengan kesan khas yang lebih baik".[48] Wahiduzzaman, menulis untuk Cinema Online memberikan penarafan 3 daripada 5 bintang untuk filem ini, dan menulis: "Tidak kira apa yang dikatakan oleh sesiapa tentang Cicak-Man, komedi aksi itu tetap menjadi pesaing terbesar untuk filem blokbuster tempatan 2008. Jika anda meminati Cicak-Man, yang ini pastinya merupakan persembahan yang tidak boleh dilepaskan!".[49]

Anugerah

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2009 Festival Filem Malaysia ke-22
Penataan Bunyi Terbaik Mohd Mohsin Othman Menang
Pereka Kostum/Busana Sheen Imagineering Menang
Sinematografi Terbaik Mohd Filus Ghazali Tercalon
Penyunting Terbaik Mohd Elmy Khalim Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Edry Abdul Halim Tercalon
Penataan Seni Terbaik Yusry Abdul Halim & John Lucas Tercalon
Poster Terbaik Isma Yusoof Tercalon
Filem Komedi Terbaik Cicak-Man 2: Planet Hitam Tercalon

Kesinambungan

sunting

Kesinambungan ketiga untuk Cicak-Man telah diumumkan pada Ogos 2012 dengan Yusry kembali sebagai pengarah dengan Ghaz Abu Bakar sebagai pengarah bersama.[50] Beliau turut kembali sebagai penulis skrip, kali ini bersama Ghaz dan Nizam Zakaria. Norman Abdul Halim menggalas peranan sebagai penerbit bersama-sama dengan Tengku Iesta Tengku Alaudin dan Gayatri Su-Lin Pillai.

Berbanding dua filem sebelum ini, filem ketiga Cicak-Man tidak menampilkan barisan pelakon asal yang terdiri daripada Saiful, Fasha, Aznil, Yusry, AC dan Adlin, sebaliknya menampilkan Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz sebagai teraju utama. Filem ini telah kembali kepada format asal filem Cicakman iaitu komedi dengan penambahan tema keluargaan.[51] Walau bagaimanapun, watak serta jalan cerita yang diketengahkan amat berbeza secara keseluruhan daripada dua filem terdahulu.[52]

Cicakman 3 ditayangkan pada 12 Mac 2015, tujuh tahun selepas filem Cicakman 2 - Planet Hitam dikeluarkan.[53] Filem ini mengisahkan tentang Man, yang telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu.

Rujukan

sunting
  1. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (29 November 2008). "4 filem isi slot Disember". Berita Harian. Dicapai pada 8 Februari 2021.
  2. ^ Zul Husni Abdul Hamid (21 April 2008). "KRU yakin Cicakman 2 lebih menghiburkan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-23. Dicapai pada 8 Februari 2013.
  3. ^ a b Farihad Shalla Mahmud (8 September 2008). "Cicak-Man 2 banyak aksi, komedi". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2009. Dicapai pada 14 September 2008.
  4. ^ Nur Aqidah Azizi (30 Ogos 2007). "Cicak-Man returns!" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  5. ^ Sharifah Arfah (4 September 2007). "More lizard adventures" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  6. ^ Rudy Syareme Sheriffudin (3 Januari 2008). "Misi Prof Klon bunuh Cicak-Man". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  7. ^ "The Return Of Professor Klon" (dalam bahasa Inggeris). KRU Music Group. 26 Ogos 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-17. Dicapai pada 2008-02-26.
  8. ^ Suzan Ahmad (20 April 2008). "KRU yakin Cicak Man 2 lebih bagus, hebat". Berita Minggu. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  9. ^ Lai Swee Wei (16 September 2008). "Exclusive "Cicakman 2" poster sneak" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 7 Februari 2011.
  10. ^ "Kelemahan watak Cicak-Man". Utusan Malaysia. 1 Januari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2012. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  11. ^ Mohd Nasif Badruddin (28 Ogos 2008). "Yusry taruh harapan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2011. Dicapai pada 14 September 2008.
  12. ^ Wahiduzzaman (14 November 2008). "Cicak-Man returns!" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 7 Februari 2011.
  13. ^ a b Zaidi Mohamad (10 Disember 2008). "Komited gapai impian". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  14. ^ Budiey (29 Ogos 2008). "Fasha Sandha Tidak Hadir di Sidang Media Cicakman 2 Planet Hitam". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  15. ^ "Tunggu Cicak-Man". Berita Harian. 10 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2012. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  16. ^ a b c Nor Fadzilah Baharudin (2 September 2008). "Cicak-Man 2 janji kelainan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2008. Dicapai pada 8 Februari 2015.
  17. ^ Farihad Shalla Mahmud (18 November 2008). "Cicak-Man 2 cabar kreativiti Yusry". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  18. ^ Zubir Mohd Yunus (23 November 2008). "'Kami cuma kawan rapat'". Berita Minggu. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  19. ^ a b c Lai Swee Wei (28 Ogos 2008). ""Cicakman 2" set for 11 Dec" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 7 Februari 2011.
  20. ^ a b c d Yusman Awang (8 November 2008). "Risiko emosi Cicakman 2". Kosmo!. Dicapai pada 7 Februari 2015.
  21. ^ a b Abd. Aziz Itar (28 Ogos 2007). "Cicak-Man 2 import watak jahat dari Indonesia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Februari 2013.
  22. ^ a b c Nurul Ain Mohd Hussain (5 November 2008). "Cicakman 2 libatkan Tamara untuk tembus pasaran Indonesia". mStar Online. Dicapai pada 8 Februari 2013.
  23. ^ Zul Husni Abdul Hamid (2 September 2007). "Yusry yakin tarikan Tamara". Berita Minggu. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  24. ^ Zaidi Mohamad (16 Disember 2008). "Cicak-Man buka laluan". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  25. ^ Wahiduzzaman (28 November 2008). "Tamara or 'Rrama'" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  26. ^ Nur Aqidah Azizi (24 Ogos 2007). "Cicakman 2 boasts new faces" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  27. ^ Norhayati Nordin (7 September 2007). "Tak sabar jadi gadis buta". Harian Metro. Dicapai pada 8 Februari 2021.
  28. ^ Shazryn Mohd Faizal (14 November 2008). "Pendekatan baru Cicak-Man 2". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  29. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (3 September 2008). "Tidur baring di studio gara-gara Cicakman". Kosmo!. Dicapai pada 7 Februari 2015.
  30. ^ Budiey (24 September 2008). "Final Poster Cicakman 2: Planet Hitam". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  31. ^ Zaidi Mohamad (1 Disember 2008). "Cicak-Man pikat Melly Goeslaw". Berita Harian. Dicapai pada 8 Februari 2021.
  32. ^ Budiey (13 September 2008). "Lirik Lagu Dibius Cinta Dari Melly Goeslow dan Yusri KRU Cicakman 2". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  33. ^ "1901 signs on for KRU's "Cicakman 2 – Planet Hitam"" (dalam bahasa Inggeris). MSN Movies. 12 Mei 2008. Dicapai pada 8 Februari 2010.
  34. ^ "Cicakman 2 di Busan". Kosmo!. 21 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2011. Dicapai pada 11 Oktober 2008.
  35. ^ "Filem Cicakman 2 jadi bualan". Berita Minggu. 2 November 2008. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  36. ^ a b c Nurulhisham Abdul Latiff (9 Oktober 2008). "Sasaran sejuta penonton". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2008-10-11.
  37. ^ Hafidah Samat (22 Oktober 2008). "Another accolade for KRU" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  38. ^ a b Norhayati Nordin (10 Disember 2008). "Sasar satu juta penonton". Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  39. ^ Ramlah Zainal (12 November 2008). "Cicak-Man 2 pasti lebih baik". Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  40. ^ Budiey (16 Disember 2008). "Filem Cicakman 2: Planet Hitam Kutip 1.5 juta Dalam Masa 3 Hari". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  41. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (17 Disember 2008). "Cicak-Man 2 boleh dapat lebih RM3 juta". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  42. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (25 Disember 2008). "Kutipan Cicakman 2 tersasar". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  43. ^ Haryati Karim (25 Disember 2008). "Cicak Man 2 gagal?". Kosmo!. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  44. ^ Farihad Shalla Mahmud (13 Disember 2008). "Sekuel Cicak-Man sarat aksi". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  45. ^ Suzan Ahmad (14 Disember 2008). "Cicakman 2 menghiburkan". Berita Minggu. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  46. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (13 November 2008). "Cicakman 2: Planet Hitam karya terbaik KRU". mStar Online. Dicapai pada 8 Februari 2013.
  47. ^ Hafidah Samat (12 Disember 2008). "Return of the lizard-man" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  48. ^ Sharmila Billot (20 Oktober 2008). "Cicakman's back" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  49. ^ Wahiduzzaman (24 Oktober 2008). "Cicak-Man 2: Planet Hitam" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  50. ^ Normah Becok (28 Ogos 2012). "Penggambaran Cicak-Man 3 Oktober depan". Berita Harian. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  51. ^ "Elemen komedi masih gah". Harian Metro. 26 Mac 2015. Dicapai pada 29 November 2015.
  52. ^ Akmaliah Razak (7 Februari 2015). "Cicakman 3 janji lebih mantap". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2018. Dicapai pada 6 Februari 2016.
  53. ^ Haryati Karim (22 Februari 2014). "Cicakman 3 penuh konflik". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2015. Dicapai pada 29 November 2015.

Pautan luar

sunting