Chulabhorn Walailak

Puteri Thailand

Puteri Chulabhorn Walailak dari Thailand (Bahasa Thai: จุฬาภรณวลัยลักษณ์; Sebutan bahasa Thai: [tɕù.lāː.pʰɔːn.wá.lāj.lák]; RTGSChulaphon Walailak; lahir 4 Julai 1957, Bangkok) atau Chulabhorn Mahidol ialah puteri bongsu Raja Bhumibol Adulyadej dan Ratu Sirikit.

Chulabhorn Walailak
Puteri dari Thailand
Keputeraan (1957-07-04) 4 Julai 1957 (umur 67)
Bangkok, Thailand
PasanganVirayudh Tishyasarin
(k. 1982; c. 1996)
AnakandaPuteri Siribha Chudabhorn
Puteri Aditayadorn Kitikhun
KerabatWangsa Mahidol
Dinasti Chakri
AyahandaRaja Bhumibol Adulyadej (Rama IX)
BondaRatu Sirikit
AgamaBuddhisme

Pendidikan

sunting

Chulabhorn telah menuntut dalam bidang kimia dan menamatkan pengajiannya pada 1979 di Universiti Kasetsart dengan ijazah sarjana muda. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di peringkat kedoktoran dalam bidang sains di Universiti Mahidol pada 1985.

Chulabhorn merupakan seorang pensyarah tamu dalam bidang kimia di Universiti Mahidol dan juga memegang jawatan presiden di Institut Penyelidikan Chulabhorn. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Pingat Einstein UNESCO [1] sebagai penghargaan atas usaha mempelopori kerjasama saintifik pada 1986. Chulabhorn juga merupakan orang Asia pertama yang dijemput untuk menganggotai Royal Society of Chemistry di United Kingdom sebagai Anggota Kehormat. [2]

Perkahwinan

sunting

Chulabhorn berumahtangga dengan Virayudh Tishyasarin (Bahasa Thai: วีระยุทธ ดิษยะศริน; RTGSWirayut Dityasarin), seorang rakyat biasa yang berkhidmat sebagai Naib Marsyal Udara dalam Angkatan Tentera Udara Diraja Thai pada 1981. Menurut adat diraja, gelaran diraja Chulabhorn sepatutnya digugurkan kerana telah berkahwin dengan seorang lelaki yang berkedudukan rendah daripadanya. Namun, beliau mendapat izin daripada ayahandanya untuk mengekalkan pangkat Chao Fa. Chulabhorn dan suaminya sudah bercerai.

Pasangan ini mempunyai dua orang anak perempuan:

Ijazah kehormat

sunting
Tahun Bidang Institusi
1984 Kerja Sosial Universiti Thammasat
1987 Kimia Universiti Khon Kaen
1998 Kimia Universiti Teknologi Suranaree
1999 Sains Universiti Wollongong
2000 Sains Kesihatan Universiti Thammasat
2001 Pendidikan Muzik Universiti Kasetsart
2003 Kimia Universiti Thaksin
2005 Sains Biologi Universiti Kasetsart
2005 Sains Bioperubatan Universiti Prince of Songkla
2005 Sains Perubatan Universiti Walailak
2005 Kimia Universiti Burapha
2005 Kimia Gunaan Institut Teknologi Ladkrabang Raja Mongkut
2005 Kimia Institut Teknologi Bangkok Utara Raja Mongkut
2005 Biologi Persekitaran Universiti Teknologi Suranareey
2005 Bioteknologi Universiti Mae Fah Luang
2006 Biokimia Universiti Khon Kaen
2006 Bioteknologi Universiti Silpakorn University

Anugerah

sunting
 
Panji-panji diraja Puteri Chulabhorn Walailak
Tahun Anugerah Dianugerahkan oleh
1986 Pingat Einstein Medal UNESCO
2002 EMS-Hollaender International Fellow Award Environment Mutagen Society
2006 Special Recognition Award Intergovernmental Forum on Chemical Safety
2006 Nagoya Medal Special Award Nagoya Medal Organizing Committee
2009 Adolf Windaus Medal Universiti Göttingen, Jerman

Anugerah dan Darjah Kebesaran

sunting
  •   The Most Illustrious Order of the Royal House of Chakri
  •   The Ancient and Auspicious of Order of the Nine Gems
  •   Dame Grand Cross (Kelas Pertama) of The Most Illustrious Order of Chula Chom Klao
  •   Dame Grand Cordon (Kelas Istimewa) of The Most Exalted Order of the White Elephant
  •   Dame Grand Cordon (Kelas Istimewa) of The Most Noble Order of the Crown of Thailand
  •   Dame Grand Cross (Kelas Pertama) of The Most Admirable Order of the Direkgunabhorn
  •   The Order of Symbolic Propitiousness Ramkeerati (Kelas Istimewa) - Pingat Penghargaan Boy Scout
  •   Pingat King Rama IX Royal Cypher Medal (Kelas Pertama)
  •   Pingat Freeman Safeguarding (Kelas Pertama)
  •   Pingat Chakrabarti Mala
  •   Pingat Penghargaan Boy Scout (Kelas Pertama)
  •   Pingat Penghargaan Palang Merah (Kelas Pertama)

Luar negara

sunting

Salasilah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Chulabhorn Research Institute". Cri.or.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 30 Mac 2016.
  2. ^ "Membership and professional community". Rsc.org. Dicapai pada 30 Mac 2016.
  3. ^ "Dutch State Visit to Thailand: January 19-23, 2004 - Page 3". The Royal Forums. Dicapai pada 30 Mac 2016.
  4. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 April 2014. Dicapai pada 20 Julai 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ "Photographic image" (JPG). Cdn.c.photoshelter.com. Dicapai pada 31 Mac 2016.

Pautan luar

sunting