Chuari Selamat

(Dilencongkan daripada Chuari bin Selamat)

Chuari bin Selamat (juga dikenali sebagai Erna dan Rahmat Zaki) merupakan seorang Juruhebah Radio, Penerbit, Penulis dan Pelakon dari Malaysia.

Chuari Selamat
Juga dikenali sebagai
Erna, Rahmat Zaki
Kelahiran (1954-02-11) 11 Februari 1954 (umur 70)
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenrePop
PekerjaanJuruhebah Radio, Penerbit, Penulis, Pelakon
Tahun aktif1970an, 1980an–kini
Syarikat rakaman
EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kehidupan awal

sunting

Beliau menceburkan diri dalam dunia penyiaran sejak di bangku sekolah lagi. Bermula pada tahun 1965, ketika darjah lima,[perlu rujukan] beliau tepilih sebagai pelakon kanak-kanak sewaktu siaran radio ke sekolah-sekolah (kini dikenali sebagai Radio Pendidikan) mula diperkenalkan di Malaysia. Selain daripada berlakon, beliau juga menulis skrip untuk drama cerita kanak-kanak dan seterusnya untuk drama radio terbitan Rangkaian Nasional, Radio Malaysia sejak berada di Tingkatan 2.

Beliau mula memegang jawatan tetap sebagai penerbit rancangan dan juruhebah radio mulai tahun 1973. Beliau juga dianggap sebagai penggiat seni yang serba boleh yang terlibat dengan penerbitan rancangan bercorak hal ehwal awam, drama, rencana, hiburan dan berbalas pantun. Suaranya turut berkumandang di radio sebagai juruhebah, penyampai berita, pengulas siaran langsung, pelakon drama, mendeklamasi puisi juga selaku pengerusi pertandingan berbalas pantun, pengerusi kuiz sastera, sejarah dan pengguna dan pengerusi debat.

Beliau pernah menjadi penerbit di Bahagian Persembahan Radio, Bahagian Hal Ehwal Awam Radio, Bahagian Hal Ehwal Awam TV, Radio 1 dan Radio Muzik.

Mulai 1993, Chuari dilantik sebagai Pengawal stesen Radio 1, kemudian berpindah ke Radio Muzik pada tahun 2001 dan juga sebagai Pengawal stesen Klasik Nasional (dahulunya Radio Irama Melayu Asli -RiMA 93.9).

Sejak menjadi pengawal Klasik Nasional, beliau banyak membawa perubahan kepada stesyen radio tersebut seingga menjadi pilihan ramai.[1]

Kerjaya dalam bidang muzik

sunting

Pada tahun 1976, komposer Ahmad Nawab telah memberi peluang kepada beliau untuk menulis lirik.[perlu rujukan] Antara lagu yang dianggap malar segar termasuklah Semakin Hari Semakin Sayang (nyanyian Uji Rashid), Wajah Kesayangan Hamba (nyanyian Hail Amir), Setulus Cinta (nyanyian Broery Marantika), Perpisahan Tanpa Relamu (nyanyian Jamal Abdillah), Ku Sangka Siang Kiranya Malam (nyanyian Khatijah Ibrahim), Antara Mataku dan Matamu (nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir) dan banyak lagi.

Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 500 lirik lagu.

Pada tarikh 18 Mei 2015 Chuari Selamat wakilkan album 100 Lagu-lagu Popular untuk melancarkan dan telah bersetuju Universal Music Malaysia menerbitkan sebuah set kotak istimewa bersempena Sambutan Ulangtahun EMI yang ke-50 tahun. Kotak tersebut mengandungi album 100 lagu-lagu popular, buku nota dan pelekat yang eksklusif.

Album 100 lagu-lagu popular ini adalah sebuah album kompilasi lagu daripada tahun 1940 hingga kini. Lagu yang dipilih dan diterbitkan dalam format 24-bit mastering ini merupakan lagu-lagu popular yang sering berkumandang di corong radio. 100 lagu popular ini telah disusun oleh juruhebah radio, penulis lirik dan penerbit radio terkenal DJ Chuari Selamat.

Album ini menampilkan lagu-lagu daripada penyanyi-penyanyi lagenda dan terkenal seperti P. Ramlee, Saloma, Sharifah Aini, Sudirman, Siti Nurhaliza, M.Nasir, Alleycats, Flybaits, Carefree, DJ Dave dan ramai lagi. 100 lagu popular ini pasti akan menghiburkan halwa telinga dan mengembalikan nostalgia kepada pendengar dan peminat muzik tanah air.

Runut Penyenaraian

sunting

CD 1

01) Getaran Jiwa - P. Ramlee
02) Bila Larut Malam - Saloma
03) Gelora - P. Ramlee dan Saloma
04) Seri Dewi Malam - Normadiah
05) Bunga Tanjung - Rubiah
06) Puteri Remaja - Jasni
07) Bulan Ditutup Awan - Rokiah Wandah
08) Itulah Sayang - Normadiah dan P. Ramlee
09) Kerana Mata - R Azmi
10) Rose Rose I Love You - Zainal Alam
11) Penawar Rindu - Orkid Abdullah
12) Tak Mengapa - A. Rahman Hassan
13) Lembaran Terakhir - Ahmad Jais
14) Lagu Gembira - Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad
15) Si Manis 17 - Ahmad Daud
16) Budi Setahun Segunung Intan - Ahmad Jais & Kartina Dahari
17) Disebut Jangan Dikenang Jangan - Rafeah Buang

CD2

01) Hapuslah Airrmatamu - Sharifah Aini
02) Semakin Hari Semakin Sayang - Uji Rashid
03) Wajah Kesayangan Hamba - Hail Amir
04) Korban Percintaan - Julie Remie
05) Antara Mataku dan Matamu - Hail Amir & Uji Rashid
06) Ingin Bersua - DJ Dave
07) Mengenang Dikau Kembali - Latif Ibrahim
08) Kemesraan - Halil Chik
09) Ku Ingin Bahagia - Rina Rahman
10) Kisah Kisah Masa Lalu - Rosemaria
11) Epilog Cinta Dari Bromley - Sohaimi Meor Hassan
12) Siapa Dia Sebelum Daku - Roy & Fran
13) Umi - Dato Shake
14) Kau Lupa Janji - Jamal Abdillah
15) Merisik Khabar - Sudirman
16) Seiring Sejalan - Sharifah Aini & Broery
17) Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak

CD3

01) Hari Ini Dan Semalam - J Mizan
02) Jejaka Idaman - Raja Ema
03) Mengapa Dikenang Mengapa Difikir - Herman Tino
04) Rindu Bayangan - Carefree
05) Sampaikan Salam Cintaku - Alleycats
06) Hati Emas - Kembara
07) Semenjak Berjauhan - Sanisah Huri
08) Dulu dan Sekarang - Black Dog Bone
09) Ilham Pujangga - Ismail Haron
10) Bimbang Terluka Lagi - Noor Kumalasari & Sudirman
11) Bercanda Di Pasiran Pantai - Anita Sarawak & Sudirman
12) Sinaran - Sheila Majid
13) Dua Insan - M. Nasir & Yunizar Hussein
14) Suraya - Headwind
15) Kenangan Lalu - Flybaits
16) Nak Kahwin Duit Tak Ada - Sweet September
17) Kembara Di Tanah Gersang - Al Jawaher

CD 4

01) Suatu Masa - M. Nasir
02) Hanya Sekali - Ideal Sisters
03) Penantian - Harmoni
04) Kain Pelekat - Anuar Zain & Elina
05) Hanya Nyanyian Dalam Sepi - Chris Vadham
06) Saya Anak Malaysia - Dr. Sam
07) Satu Penantian - Dwen
08) Sekali Aku Jatuh Cinta - Nassier Wahab
09) Cik Mek Molek - Datuk M. Daud Kilau
10) Bila Rindu Ku Sebut Namamu - Siti Fairuz
11) Mulanya Disini - Freedom
12) Dangdut Reggae - Zaleha Hamid
13) Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu - Ramlah Ram
14) Fantasia Bulan Madu - Search
15) Srikandi Cintaku - Bloodshed
16) Di Alam Fana Cinta - Fotograf
17) Sendiri - May

CD 5

01) Kerana Pepatah Lukaku Berdarah - UK'S
02) Matahari - Amuk
03) Suratan Takdir - Gersang
04) Sentuhan Kecundang - Ekamatra
05) Gugurnya Bunga Cinta - Laksamana
06) Gerimis Mengundang - Slam
07) Masihkah Kau Ingat - Kopratasa
08) Takdir Dan Waktu - Mega
09) Untukmu Selamanya - Visa
10) Layar Impian - Ella
11) Untukmu Ibu - Exist
12) Yang Terindah Hanyalah Sementara - Erra Fazira
13) Memburu Rindu - Hattan
14) Siapa Di Hatimu - Rahmat
15) Cinta Kristal - Rahim Maarof
16) Lamunan Terhenti - Aris

CD6

01) Bunga Angkasa - Terra Rossa
02) Bila Cinta Di Dusta - Screen
03) Teratai Layu Di Tasik Madu - Fauziah Latif
04) Cinta Sakti - Def Gab C
05) Awas - KRU
06) Belaian Jiwa - Innuendo
07) Umpama Mimpi Dalam Mimpi - Damasutra
08) Dalam Diam Aku Mencintaimu - Stings
09) Alhamdulilah - Too Phat, Yasin & Daly Ahli Fiqir
10) Tipah Tertipu - RuffEdge
11) Kasih Kekasih - Inteam
12) Bila Aku Sudah Tiada - Hujan
13) Tinggal Kenangan - Saleem
14) Pergi - Aizat
15) Yang Sempurnakanku - 6ixth Sense
16) Jaga Dia Untukku - Dato' Siti Nurhaliza

[2]

Pencapaian

sunting
  • Anugerah Seri Angkasa - Penyampai Terbaik Radio 1984
  • Anugerah Seri Angkasa - DJ Terbaik Radio 1991
  • Anugerah Q Produk Radio Terbaik 2003
  • Anugerah MACP 2007
  • Anugerah Tinta GAFIM 2008
  • Anugerah Khas Ketua Pengarah sempena Hari RTM 2008
  • Anugerah Khidmat Cemerlang 2008
  • Anugerah Khas Angkasapuri 2005 oleh Menteri Penerangan 2011
  • Anugerah Seri Temasik Radio Klasik oleh Majlis Pusat Singapura [3]
  • Pingat Jasa Bakti (PJK) oleh DYMM Sultan Selangor 2002[perlu rujukan]
  • Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) oleh DYMM Yg Diertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 2006 [perlu rujukan]
  • Bintang Khidmat Terpuji (BKT) oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka tahun 2006.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ayahku Tuan Haji Chuari Selamat". 4 Mei 2011. Dicapai pada 9 Mei 2011. |first1= missing |last1= (bantuan)
  2. ^ Khadijah Ibrahim (24 Oktober 2007). "Hail Amir popular kerana rantai kuku harimau". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Mei 2011.
  3. ^ "Chuari tidak kenal erti bersara". Utusan Malaysia. 7 Mei 2011. Dicapai pada 19 Mei 2011.