Kumbang daun

(Dilencongkan daripada Chrysomelidae)

Kumbang daun adalah sejenis kumbang dalam keluarga Chrysomelidae. Keluarga kumbang ini mempunyai lebih daripada 35,000 spesies dalam lebih daripada 2,500 genus, salah satu daripada keluarga kumbang terbesar dan paling biasa dijumpai.

Kumbang daun
Kumbang lili merah, Lilioceris lilii
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Chrysomelidae

Latreille, 1802 [1]
Subfamili

Lihat teks.

Kumbang daun biasanya dikenali dengan formula tarsusnya, iaitu kelihatan seperti 4-4-4, tapi sebenarnya ialah 5-5-5.[2] Ia dibezakan dengan kesukaran daripada kumbang sesungut panjang (keluarga Cerambycidae) dengan sesungutnya tidak timbul dari tuberkel hadapan. Kumbang daun dewasa dan larvanya makan semua jenis tisu tumbuhan. Kebanyakannya menjadi serangga perosak kepada pertanian ekonomi yang penting, contohnya kumbang kentang Colorado (Leptinotarsa decemlineata), kumbang asparagus (Crioceris asparagi), kumbang daun bijirin (Oulema melanopus), dan pelbagai kumbang pinjal.

Pengelasan

sunting

Satu daripada subfamili sekarang (Bruchinae), sehingga baru-baru ini, dianggap famili berasingan, sementara dua bekas subfamili sekarang ini dianggap famili (Orsodacnidae dan Megalopodidae). Subfamili lain yang biasanya dikenali, baru-baru ini telah dikelaskan dengan subfamili lain, biasanya mengurangkannya kepada pangkat puak (e.g., dahulunya Cassidinae, Alticinae, Chlamisinae, dan Clytrinae).

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Chrysomelidae". Integrated Taxonomic Information System.
  2. ^ "Family Identification - Chrysomeloidea". University of Florida. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-13. Dicapai pada 2006-11-29.

Pautan luar

sunting

on the UF / IFAS Featured Creatures Web site

Gambar Pautan Luar

sunting