Christian Reiher
Christian Reiher (lahir 19 April 1984 di Starnberg ) merupakan seorang ahli matematik Jerman. Beliau adalah peserta kelima paling berjaya dalam sejarah Olimpiad Matematik Antarabangsa, setelah memenangi empat pingat emas pada tahun 2000 hingga 2003 dan pingat gangsa pada tahun 1999.
Hanya selepas menamatkan Abiturnya, beliau membuktikan sangkaan Kemnitz, masalah penting dalam teori jumlah sifar. Beliau kemudiannya memperoleh Diplom dalam matematik dari Universiti Ludwig Maximilian Munich .
Reiher menerima rer Dr. nat. dari Universiti Rostock di bawah seliaan Hans-Dietrich Gronau pada Februari 2010 (Tesis: A proof of the theorem according to which every prime number possesses property B) dan kini bekerja di Universiti Hamburg .
Penerbitan terpilih
sunting- ——— (2007), "On Kemnitz' conjecture concerning lattice-points in the plane", The Ramanujan Journal, 13 (1–3): 333–337, arXiv:1603.06161, doi:10.1007/s11139-006-0256-y.
Pautan luar
sunting- Christian Reiher di Mathematics Genealogy Project
- Christian Reiher's results at International Mathematical Olympiad