Chonburi
Keluasan: | 4,363.0 km² |
Jumlah penduduk | 1,040,865 (tahun 2000) |
Kepadatan: | 239 inh./km² |
Wilayah Chonburi (bahasa Thai ชลบุรี) ialah sebuah wilayah (changwat) di Thailand. Wilayah-wilayah berjiran termasuk (arah ikut jam dari utara) Chachoengsao, Chanthaburi dan Rayong. Teluk Thailand terletak di barat.
Geografi
suntingWilayah Chonburi terletak di Teluk Bangkok di hujung utara Teluk Thailand. Sebuah banjaran gunung terbentang dari barat laut ke tenggara wilayah ini, manakala dataran subur di utara telah lama digunakan untuk pertanian. Laem Chabang di bahagian selatan wilayah ini ialah salah satu pelabuhan yang dalam di Thailand.
Pelbagai
suntingSehingga dekad 1960-an, Pattaya adalah sebuah kampung perikanan tetapi semasa perang Vietnam, askar-askar Amerika Syarikat mengasaskan sebuah pangkalan yang terletak berhampirannya, dan Pattaya tumbuh dengan pantas dan menjadi sebuah lokasi pelancongan yang utama di Thailand.
Jambori Pengakap Dunia Ke-20 yang diadakan oleh Gerakan Pengakap Pertubuhan Dunia menarik 30,000 orang pengakap remaja ke pangkalan tentera laut yang berhampiran dengan kampung Sattahip. Kegiatan-kegiatan jambori ini termasuk kesedaran terhadap persoalan dunia, wadah sains & teknologi Thailand, pertandingan-pertandingan gaya balapan berhalang antara negara, serta permainan agung kriket, "Ashes" (dimenangi oleh Australia).
Lambang
suntingMohor wilayah menunjukkan bukit Kao Sam Muk, tempat kuil suci. Orang-orang tempatan mempercayai bahawa makhluk halus gunung ini melindungi nelayan-nelayan daripada bahaya.
Pokok dan bunga wilayah ialah Padouk (Plerocapus indicus). |
Bahagian-bahagian pentadbiran
suntingWilayah Chonburi dibahagikan kepada 10 daerah (Amphoe) dan satu daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah itu dibahagikan lagi menjadi 92 buah komun (tambon) dan 691 buah kampung (muban).
Amphoe | King Amphoe | |
---|---|---|
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting