Chin Jepun

baka anjing dari Jepun

Chin Jepun,[a] hanya chin,[b] atau spaniel Jepun[c][1] ialah satu baka anjing mainan yang merupakan anjing riba dan anjing teman dengan warisan distingtif.

Chin Jepun
Seekor chin Jepun jantan dewasa. Lapis bulu chin sepenuhnya matang adalah panjang dan penuh.
Nama lainChin
Spaniel Jepun
Negara asalJepun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting
 
Alexandra dari Denmark dengan chin Jepun baginda, bernama Punch, karya asli dilukis pada 1893.

Walaupun kebanyakan orang percaya bahawa baka sumber untuk chin Jepun berasal dari China, laluan yang digunakan oleh chin untuk tiba di Jepun ialah topik yang diperdebatkan secara meluas. Salah satu cerita mendakwa bahawa anjing ini diberikan kepada kerabat diraja Jepun pada tahun 732 Masihi sebagai hadiah yang dibawa oleh Kim Jangson (金長孫), seorang utusan dari kerajaan Silla di semenanjung Korea.[2] Yang lain pula berpendapat bahawa anjing ini diberikan sebagai hadiah kepada Maharani Jepun seawal pertengahan abad keenam atau menjelang abad ketujuh. Masih ada pula yang lain yang mendakwa bahawa chin pertama kali tiba di Jepun pada sekitar tahun 1000 Masihi.[3]

Pada tahun 1613, chin Jepun dibawa ke England. Pada tahun 1853, seekor anjing diperoleh oleh pegawai tentera laut Amerika, Matthew Calbraith Perry. Sejak tahun 1868, ia telah menjadi anjing riba kepada para wanita kelas atasan dan kini merupakan anjing pendamping.[4]

Penampilan

sunting

Chin Jepun berdiri hampir-hampir setinggi 25 cm (10 in) pada paras kelasa untuk jantan dengan betina yang lebih tinggi sedikit. Persekutuan Kinologi Antarabangsa tidak memberikan syarat berat untuk chin. Ekspresi distingtifnya bercirikan kepala lebar bulat besar, mata gelap besar renggang, muncung lebar sangat pendek, jumbai telinga, dan tanda-tanda muka bercorak sekata.[4]

Bulu dan warna

sunting

Chin Jepun adalah sangat mirip kucing dari segi penampilan dan trait. Kebanyakan anjing mempunyai dua jenis bulu pada lapis bulunya: lapis bulu bawah dan lapis bulu atas. Walau bagaimanapun, chin Jepun hanya mempunyai lapis bulu atas. Lapis bulu dewasa dapat mengambil masa sehingga dua tahun untuk tumbuh sepenuhnya dan dapat sama ada berwarna hitam dan putih, merah dan putih (termasuk semua cahaya warna sabel, lemon, atau jingga), atau triwarna (hitam dan putih dengan titik-titik sawo matang kemerah-merahan). Setakat 11 November 2011, warna yang tidak tersenarai dalam piawaian baka[5] merupakan syarat penyingkiran dalam pertandingan.

Anjing ini mempunyai titik atau garis pada dahinya yang dipercayai dalam sejarah Jepun sebagai sentuhan Buddha.[perlu rujukan]

Perangai

sunting

Sikap baka ini telah dibandingkan dengan sikap kucing dengan lebih kerap berbanding dengan baka lain: ia berwaspada, cerdas, dan berdikari dan ia menggunakan kakinya untuk mencuci dan mengelap mukanya. Trait lain mirip kucing termasuk keutamaannya untuk berehat di permukaan tinggi, deria imbangan baik, dan kecenderungan untuk bersembunyi di tempat yang tidak dijangka. Chin Jepun setia kepada pemiliknya dan biasanya merupakan baka ramah. Walaupun chin Jepun lebih menyukai persekitaran terbiasa, ia juga berjaya dalam situasi baharu. Ini, di samping sikap mesra, menjadikannya anjing terapi bagus. Sosialisasi awal anak chin Jepun membawa kepada chin yang lebih seimbang dari segi emosi yang lebih menerima situasi dan orang berlainan.

Chin Jepun ialah haiwan defensif dan oleh itu walaupun ia biasanya pendiam, ia akan menyalak untuk memaklumkan ketibaan pelawat atau menarik perhatian kepada tentang sesuatu yang luar biasa.

Chin Jepun juga dibiakbakakan untuk tujuan hiburan pemiliknya. Walaupun biasanya tenang, ia cukup terkenal kerana melakukan banyak trik seperti "putaran chin", iaitu apabila ia berputar dalam bulatan pantas; menari di atas tungkai belakang sambil mengais kaki hadapan mereka, bersebelahan, di udara; dan sesetengah anjing juga "menyanyi", dengan bunyi yang berkisar antara tril rendah dengan bunyi lebih tinggi hampir bagai opera.

Kesihatan

sunting

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.5 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[6]

Isu kesihatan lazim pada chin Jepun termasuk tempurung lutut terkehel, katarak, dan desir jantung permulaan awal.[7]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: چين; Jepun: , rumi: chin; bahasa Inggeris: chin
  2. ^ Jawi: چين جڤون; Jepun: ジャパニーズ・チン, rumi: Japanīzu chin; bahasa Inggeris: Japanese chin
  3. ^ Jawi: سڤانيئل جڤون; Jepun: ジャパニーズ・スパニエル, rumi: Japanīzu supanieru; bahasa Inggeris: Japanese spaniel

Rujukan

sunting
  1. ^ Tietjen, Sari Brewster. "History of the Japanese Chin" [Sejarah Chin Jepun] (dalam bahasa Inggeris). Japanese Chin Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2014. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  2. ^ Shoku Nihongi jilid 11 Tenpyō 4 Mei ke-19 (qamari)
  3. ^ Morris, Desmond (1 September 2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 9781570764103. OCLC 213449602.
  4. ^ a b "FCI-Standard N° 206 CHIN (Japanese Chin)" [Piawaian FCI No. 206 Chin (Chin Jepun)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Disemak oleh Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 3 Jun 2016. Dicapai pada 7 Februari 2024.CS1 maint: others (link)
  5. ^ "Breed standard" [Piawaian baka] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  6. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  7. ^ "Chin Health" [Kesihatan Chin] (dalam bahasa Inggeris). Japanese Chin Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2014. Dicapai pada 7 Februari 2024.