Charizard
Charizard (/ˈtʃɑːrᵻzɑːrd/), dikenali di Jepun sebagai Lizardon (リザードン , Rizādon) adalah Pokémon dalam Nintendo dan francais Pokémon Game Freak yang dicipta oleh Atsuko Nishida.[1] Charizard pertama kali muncul dalam permainan video Pokémon Red dan Blue (Pokémon Red dan Green di Jepun) dan sekuel seterusnya. Ia kemudiannya muncul dalam pelbagai barang dagangan, judul terbitan turunan, dan adaptasi francais animasi dan bercetak. Charizard merupakan sebuah Pokémon jenis Api/Terbang yang diperkenalkan dalam Generasi 1 dan dikenali sebagai Pokémon Nyala (Api). Charizard adalah bentuk yang berkembang daripada Charmeleon dan evolusi terakhir Charmander. Charizard juga mempunyai dua Mega evolusi yang tersedia dari Pokemon versi X & Y dan seterusnya. Mega evolusi tersebut adalah tidak kekal dan kembali semula ke bentuk Charizard biasa setelah pertempuran selesai. Ia turut memiliki bentuk Gigantamax dalam Pokémon versi Sword and Shield, yang mengubah penampilan dan ukurannya selama 3 putaran, hingga tersingkir, hingga dikembalikan, atau hingga pertempuran berakhir. Shin-ichiro Miki pelakon yang menyuarakan James dalam animasi Pokémon versi Jepun yang asli turut menyuarakan Charizard dalam versi animasi berbahasa Jepun dan Inggeris.
National Pokédex Charmeleon - Charizard (#006) - Squirtle | |
Siri | Pokemon siri |
---|---|
Permainan pertama | Pokemon Red and Blue |
Direka oleh | Ken Sugimori |
Suara oleh | Shin-ichiro Miki |
Charizard dipaparkan dalam siri animasi Pokémon bersama dengan watak utama Ash Ketchum. Ini ditampilkan dalam adaptasi bercetak seperti Pengembaraan Pokémon, yang dimiliki watak Blue, salah satu watak utama. Charizard muncul dalam Pokémon Asal (Origins) dengan watak utama Red sebagai pelatihnya. Dalam siri ini, Charizard adalah ikonik, kerana ia adalah Pokémon pertama muncul sebagai Mega Evolusi iaitu Mega Charizard X dengan membantu mengalahkan Pokémon Legenda, Mewtwo. Charizard telah mendapat sambutan positif dari media, dengan GamesRadar menggambarkannya sebagai salah satu Pokémon paling unik di luar sana. Charizard adalah maskot versi Pokémon Red dan FireRed, dan tampil di boxart Stadium Pokémon, Pokémon Ranger, Pokémon Mystery Dungeon: Red Rescue Team, Pokémon Mystery Dungeon: Explorers of Sky, dan Pokémon Super Mystery Dungeon. Charizard juga telah muncul dalam setiap entri siri Super Smash Bros dan juga muncul dalam filem animasi Detective Pikachu.
Konsep dan ciri
suntingCharizard direka oleh Atsuko Nishida dan salah satu Pokémon paling jarang didapati dalam permainan Pocket Monsters. Harganya bernilai $ 200,000 untuk satu permainan Pocket Monsters dalam generasi pertama Charizard versi Pokémon Red dan Green, yang dilokalisasi sebagai Pokémon Red dan Blue. Pada mulanya, Charizard dirancang sebelum munculnya Charmander. Charizard pada asalnya disebut "Lizardon" dalam bahasa Jepun, dan Nintendo memutuskan untuk memberikan pelbagai spesies Pokémon dengan "nama pintar dan deskriptif" yang berkaitan dengan penampilan atau ciri pokemon. Oleh itu, Nintendo menamakan "Charizard", sebuah portmanteau dengan perkataan "arang" atau "char" dan "biawak". Idea tersebut untuk menterjemahkan permainan kepada penonton barat sebagai cara untuk menjadikan watak-watak itu lebih sesuai dan difahami oleh anak-anak Amerika. Semasa wawancara, Presiden Syarikat Pokémon Tsunekazu Ishihara menyatakan bahawa Charizard diharapkan menjadi popular di kalangan penonton Amerika Utara kerana pilihan mereka meletakkan Charizard sebagai watak yang kuat.
Maklumat fizikal
suntingWalaupun pra-evolusi Charmander dan Charmeleon direka dalam bentuk spesis cicak, reka bentuk Charizard diilhamkan oleh naga, lebih khusus lagi naga Eropah.
Rujukan
sunting- ^ "The 7th graphic designer / illustrator Atsuko Nishida". College Fun's Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-07. Dicapai pada 2021-05-06.