Changdeokgung ( Hangul, 창덕궁, 昌 德 宮), juga dikenali sebagai Istana Changdeokgung atau Istana Changdeok, terletak di sebuah taman besar di Jongno-gu, Seoul, Korea Selatan. Ia salah satu daripada "Lima Istana Besar" yang dibina oleh raja-raja Dinasti Joseon (1392-1897).[1] Memandangkan ia terletak di sebelah timur Istana Gyeongbok, Changdeokgung—bersama-sama dengan Changgyeonggung—juga disebut sebagai "Istana Timur" (동궐, 東 闕, Donggwol ).

Changdeokgung
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Changdeokgung Injeongjeon
Maklumat am
Nama asli창덕궁
Inskripsi1997 (sesi ke-21)
Keluasan57.9 he (0.224 bt2)
Laman sesawang
eng.cdg.go.kr/main/main.htm
Maklumat lokasi
LokasiSouth Korea
Koordinat37°33′N 126°59′E / 37.550°N 126.983°E / 37.550; 126.983Koordinat: 37°33′N 126°59′E / 37.550°N 126.983°E / 37.550; 126.983
Changdeokgung yang terletak di Pulau Pinang
Changdeokgung
Lokasi Changdeokgung
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Changdeokgung ialah istana yang paling disukai oleh banyak raja Joseon dan mengekalkan banyak unsur yang berasal dari tempoh Tiga Kerajaan Korea yang tidak dimasukkan dalam Gyeongbokgung yang lebih bercirikan kontemporari. Satu unsur sedemikian adalah hakikat bahawa bangunan Changdeokgung menggabungkan dengan topografi alami tapak tersebut dan bukannya memaksakan kehadirannya mengatasi persekitaran. Ia, seperti Lima Istana Besar yang lain di Seoul, telah rosak teruk semasa pendudukan Jepun di Korea (1910-1945). Pada masa ini, hanya kira-kira 30% struktur Kompleks Istana Timur pra-Jepun (Changdeokgung bersama-sama dengan Changgyeonggung) yang masih bertahan.[2]

Sejarah

sunting
 
Donggwoldo, lukisan landskap Changdeokgung dan Changgyeonggung

Changdeokgung ialah istana kedua selepas Gyeongbokgung yang telah diasaskan pada tahun 1395 sebagai istana utama. Di tengah-tengah persengketaan merebut takhta di antara putera-putera dan pengikut-pengikutnya, kekuasaan Gyeongbokgung telah merosot. Raja Jeongjong yang ditabal oleh Putera Jeong-an (Yi Bang-won, kemudian menjadi Raja Taejong) mengalihkan ibu kota itu ke Gaegyeong, yang digunakan Dinasti Goryeo, sekali lagi pada 1400 dengan helah baawa ciri geografi unggulnya itu, sedangkan sebenarnya, untuk mengelakkan perebutan kuasa. Raja Taejong (Yi Bang-won) tidak lama kemudian mengambil alih takhta dan mengkembalikan ibu kota ke Hanseong (kini Seoul) yang mempunyai sebuah istana baru bernama Changdeokgung dan bukannya Gyeongbokgung kerana baginda telah membunuh saudara lelaki seayahandanya di Gyeongbokgung yang pembinaannya dipimpin oleh Jeong Do-jeon, saingan raja sebelum itu. Pembinaan Istana Changdeok bermula pada tahun 1405, dan selesai pada tahun 1412. Raja Seonjo memperluas kawasan istana sekitar 500,000 meter persegi, termasuk Huwon (lihat di bawah).

Istana tersebut dibakar musnah semasa pencerobohan Jepun pada tahun 1592 dan dibina semula pada tahun 1609 oleh Raja Seonjo dan Raja Gwanghaegun. Istana ini dibakar lagi pada tahun 1623 kerana Raja Injo melakukan pemberontakan politik terhadap Gwanghaegun. Istana itu juga diserang oleh Manchu Qing tetapi sepanjang sejarah pembinaan semula dan pembaikannya, ciri reka bentuknya tetap setia kepada reka bentuk asalnya. Changdeokgung adalah tapak istana diraja dan tampuk kerajaan sehinggalah tahun 1868, ketika Gyeongbokgung yang bersebelahan telah dibina semula. Maharaja terakhir Korea, Sunjong tinggal di sini sehingga kematiannya pada tahun 1926. Anggota-anggota bekas keluarga diraja yang lain dibenarkan tinggal di bahagian kecil istana ini seperti bekas Putera Mahkota Yi Un yang tinggal di Bangunan Nakseon-jae dengan isterinya Puteri Bangja dan adindanya Puteri Deokhye sehingga kematian mereka. Aturan ini secara berkala terganggu oleh perintah Presiden yang berbeza yang sama ada menyokong ataupun membantah penggunaan kemudahan bersejarah itu. Anak Yi-Un, Yi-Gu juga tinggal di Istana untuk beberapa sela sebelum berpindah ke kediaman separa kekal di Tokyo disebabkan masalah kesihatan mental yang tidak mampu sepenuhnya menyesuaikan diri dengan Korea baru.

Hari ini, terdapat 13 buah bangunan yang masih tinggal di kawasan istana dan 28 buah astaka di taman-taman, mengambil ruang 110 ekar (45 hektar) dan kawasan itu ditetapkan sebagai Tapak Sejarah No. 122. Bangunan tersohor termasuk Donhwamun (dibina pada tahun 1412, dibina semula pada tahun 1607, dengan loceng tembaga seberat 9 tan pendek atau 8 metrik tan), Injeongjeon (balai utama), Seongjeongjeon (pejabat tambahan di balai utama), Huijeongdang (kediaman persendirian raja, kemudian digunakan sebagai balai persidangan), Daejojeon (ruang kediaman), dan Nakseon-jae.

Struktur

sunting

Istana ini dibina antara Puncak Maebong Gunung Bugaksan di bahagian belakang dan Sungai Geumcheon yang mengalir di bahagian depan dipengaruhi oleh prinsip "baesanimsu" (배산임수) dalam teori Feng Shui. Bertentangan dengan Gyeongbokgung yang bangunan utamanya disusun dalam prinsip seni bina yang tepat, bagaimanapun, bangunan di Changdeokgung dibina dengan lebih bebas tanpa sistem biasa. Walaupun struktur aturannya kelihatan huru-hara, semua bangunan bersesuaian dengan persekitaran di sekelilingnya.

Changdeokgung terdiri daripada kawasan kerajaan (치조, 治 朝, chijo) yang berpusat di Injeongjeon dan Seonjeongjeon, kawasan peribadi diraja (침전, 寢殿, chimjeon, yang bermaksud 'rumah kamar beradu raja'), kawasan Nakseonjae di timur, dan Huwon melepasi bukit utara. Kebanyakan bangunan rasmi utama seperti Injeongjeon, balai utama Changdeokgung, Seonjeongjeon, pejabat raja, dan banyak pejabat kerajaan (궐내 각사, 闕 內 各 司, gwollaegaksa ) diletakkan di bahagian depan istana, melangkaui kawasan peribadi untuk raja dan ratu. Rumah-rumah raja seperti Seonjeongjeon, Huijeongdang, dan Nakseonjae dikelilingi banyak bangunan dan mahligai bertujuan untuk orang luar yang ingin melepaskan diri. Gaya seni bina Changdeokgung keseluruhannya mempunyai kesederhanaan dan keberanian kerana ideologi Konfusianisme.

 
Injeongjeon, Main Hall
  • Gerbang Donhwamun – Pintu utama istana. Dibina pada tahun 1412, Donhwamun mempunyai struktur lantai jenis astaka dua tingkat, dan merupakan yang terbesar antara semua gerbang istana. Donhwamun dibakar semasa pencerobohan Jepun pada tahun 1592 dan dipulihkan pada tahun 1608.
  • Jambatan Geumcheongyo – Jambatan paling tua yang masih ada di Seoul. Dibina 1411.
  • Balai Injeongjeon (Khazanah Negara) – Balai singgahsana Changdeokgung, ia digunakan untuk hal ehwal negara yang utama termasuk pertabalan raja baru dan menerima utusan asing. Dibina pada tahun 1405, ia dibina semula pada tahun 1610 selepas dibakar semasa pencerobohan Jepun tahun 1592, dan kali ketiga pada tahun 1804 setelah dimusnahkan oleh kebakaran.
  • Balai Seonjeongjeon – Pejabat untuk pegawai pemerintah. Raja mengadakan pertemuan harian dengan menteri, melaporkan hal ehwal negara dan seminar di sini.
  • Balai Huijeongdang – Asalnya ruang katil raja, ia juga menjadi tempat kerja baginda selepas Seonjeongjeon dianggap terlalu kecil untuk menjalankan hal ehwal negara dalam keadaan rutin. Huijeongdang asal telah musnah dalam kebakaran pada tahun 1917. Struktur yang dibina semula sama sekali berbeza dari yang asal disebabkan pengaruh Barat. Papan lantai kayu dan permaidani, tingkap kaca, dan candelier boleh dilihat di dalam bangunan.
  • Balai Daejojeon – Kediaman rasmi ratu. Dimusnahkan oleh api pada tahun 1917, ia telah dibina semula dengan bahan-bahan yang diambil dari Gyeongbokgung. Daejojeon digunakan sebagai kediaman untuk permaisuri terakhir Joseon, yang membolehkan kita melihat ke tahun-tahun akhir kehidupan kerabat damping diraja Dinasti Joseon.
  • Astaka Juhamnu (Kyujanggak) – Pustaka-pustaka diraja terletak di kawasan ini. Peperiksaan negeri dijalankan di hadapan astaka pada majlis-majlis khas di hadapan raja.
  • Yeon-gyeongdang Residence – Dibina pada tahun 1827, ia menjadi balai penghadapan yang dimodelkan seperti rumah pujangga yang tipikal.
 
Astaka Buyongjeong (pemulihan pra-2012) dan kolam Buyeongji di kawasan Huwon

Di belakang istana ini terletaknya Huwon (후원, 後 苑, Taman Belakang) seluas 78 ekar (32 ha) yang pada mulanya dibina untuk kegunaan kerabat diraja dan wanita istana. Taman ini menggabungkan kolam teratai, astaka, dan lanskap rumput, pokok, dan bunga. Terdapat lebih daripada 26,000 spesimen dari seratus spesies pokok di taman ini dan terdapat juga beberapa batang pokok di belakang istana yang berusia lebih dari 300 tahun. Taman untuk kegunaan peribadi raja telah dipanggil 'Geumwon' (금원, 禁 苑, Taman Larangan) kerana pegawai tertinggi juga tidak dibenarkan masuk tanpa izin raja. Ia juga dipanggil 'Naewon' (내원, 內 苑, Taman Dalaman). Hari ini, orang Korea sering memanggilnya 'Biwon' (비원, 秘 院, Taman Rahsia) yang berasal dari sebuah pejabat yang mempunyai nama yang sama pada akhir abad ke-19. Walaupun taman itu mempunyai banyak nama lain, yang paling sering digunakan semasa zaman dinasti Joseon adalah 'Huwon'.[3]

Pada bulan September 2012, astaka Buyongjeong di taman tersebut telah dibuka semula selepas projek pemulihan yang memakan masa selama setahun. Astaka itu dipulihkan berdasarkan Donggwoldo dari tahun 1820, Khazanah Negara Korea Selatan No. 249. [4]

Pelbagai upacara yang dianjurkan oleh raja telah diadakan di Huwon. Pada zaman awal dinasti Joseon, pemeriksaan ketenteraan di mana raja turut menyertainya sering diadakan di sini. Raja Sejo mempunyai perarakan tentera dan askar utama di hadapannya atau mengurniakan perintah secara terus di taman ini. Di samping itu, perayaan juga telah diadakan, pertandingan memanah, dan bunga api turut telah dinikmati di Huwon.

Kawasan Ongnyucheon (옥류천, 玉 流川, "Alur Jed") juga mempunyai kepentingan khusus. Ia mengandungi saluran air berbentuk U yang diukir pada tahun 1636 untuk cawan wain terapung, dengan air terjun kecil dan puisi tertulis pada batu di atasnya. Kawasan ini juga mengandungi lima astaka kecil.

Warisan Dunia

sunting

Changdeokgung ditambah ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997. Jawatankuasa UNESCO menyatakan tempat itu adalah "contoh cemerlang seni bina istana dan reka bentuk taman Timur Jauh" yang luar biasa kerana bangunan itu "diintegrasikan ke dalam dan diseragamkan dengan persekitaran alami" dan disesuaikan dengan "topografi dan mengekalkan pokok asli." [5]

Sebahagian istana ini juga digunakan untuk merakam drama Korea yang sangat popular Dae Jang Geum pada dekad pertama abad ke-21.

Dari April hingga Oktober 2018, Istana Changdeok menjadi tuan rumah lawatan cahaya bulan Istana Changdeok 2018. Lawatan cahaya bulan Istana Changdeok adalah acara waktu istimewa untuk mengalami sendiri kehidupan di istana. Ia mengambil masa kira-kira dua jam dan bermula di Gerbang Donhwamun, pintu utama Istana Changdeok, jam 8 malam [6]

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "The 5 Palaces of Seoul". Chosun Ilbo. 24 January 2012. Dicapai pada 23 April 2012.
  2. ^ [서울신문] “일제가 궁궐 이렇게 훼손” 설계도면 첫 공개. Seoul.co.kr (2009-02-27). Retrieved on 2013-07-12.
  3. ^ Seo Ji-eun; Moon Gwang-lip; Kim Hyung-eun (26 October 2010). "Tourist sites confront translation troubles". Joongang Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2013. Dicapai pada 15 April 2013.
  4. ^ "Ancient Palace Pavilion Restored". Korea Tourism Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-04. Dicapai pada 4 October 2012.
  5. ^ WH Committee: Report of the 21st Session, Naples 1997. Whc.unesco.org. Retrieved on 2013-07-12.
  6. ^ "Winter Tour of Changdeok Palace".

Bibliografi

sunting
  • Choi, Jong-deok (최종덕) (2006), Changdeokgung: the true palace of Joseon (조선의 참 궁궐 창덕궁), Seoul: Nulwa.
  • Hoon, Shin Young Hoon (2008). The Royal Palaces of Korea: Six Centuries of Dynastic Grandeur (Hardback). Singapore: Stallion Press. ISBN 978-981-08-0806-8.
  • Yoon, Jong-soon (1992), Beautiful Seoul, Seoul: Sung Min Publishing House. PP. 4–51 are particularly relevant; each building has a picture and a historical description.
  • Changdeokgung Palace, undated pamphlet available at the palace

Pautan luar

sunting