Champ de blé avec cyprès

Champ de blé avec cyprès ("Ladang gandum dengan Pokok-Pokok Saru" - juga Wheat Field with Cypresses) ialah satu daripada tiga lukisan seakan yang dilukis Vincent van Gogh pada tahun 1889. The National Gallery ("Galeri Kebangsaan") di London mempamerkan lukisan versi September 1889. Satu lagi lukisan, yang dihasilkan pada bulan Julai tahun yang sama, berada di Metropolitan Museum of Art ("Muzium Seni Metropolitan") di New York, sementara yang ketiga berada di dalam himpunan peribadi. Ketiga-tiga lukisan dihasilkan di hospital mental di Saint-Remy, Perancis, semasa van Gogh menjadi pesakit di sana.

Ladang gandum dengan Pokok-Pokok Saru
PelukisVincent van Gogh
Tahun1889
JenisMinyak pada kanvas
LokasiMetropolitan Museum of Art, New York
Ladang gandum dengan Sires (London)
PelukisVincent van Gogh
Tahun1889
JenisMinyak pada kanvas
LokasiThe National Gallery, London

Dalam satu surat kepada saudara lelakinya, Theo, Vincent memerikan lukisan tersebut: "Saya mempunyai kanvas penuh dengan pohon saru dengan batang-batang gandum, beberapa pokok madat, langit biru seakan-akan corak plaid Scotland; yang terdahulu dilukis dengan cat pekat [impasto] ... dan ladang gandum di bawah sinar matahari, yang menggambarkan kepanasan, juga pekat."

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting

  Kategori berkenaan Champ de blé avec cyprès di Wikimedia Commons