Cerut
Cerut atau cerutu (daripada Tamil: சுருட்டு, rumi: curuttu "gulungan" melalui Portugis: charuto[1] terbitan kata சுருள் curuḷ "menggulung"[2]) ialah gulungan daun tembakau yang ditapai, dikeringkan dan diikat untuk tujuan merokok; gulungan sebegini terdapat dalam pelbagai jenis bentuk dan saiz. Cerut yang dihasilkan sejak abad ke-20 terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu isi tembakaunya ("pengisi", filler), daun pengikat, dan daun pembalut yang biasanya tercetak dengan logo syarikat yang mengeluarkannya.
Tradisi menghisap cerut ini mula-mula wujud dalam kalangan masyarakat asli Carribean, dan amalan tersebut diperkenalkan kepada tamadun-tamadun Eropah setelah ditemui tiga anak kapal dalam pelayaran Christopher Columbus semasa beliau singgah di pulau Hispaniola pada tahun 1492.[3]
Pembuatan
suntingTembakau yang khusus untuk pembuatan cerut ditanam dalam kuantiti yang besar terutamanya di Amerika Tengah dan pulau-pulau Caribbean termasuk Cuba, Republik Dominika, Haiti, Honduras, Mexico, Ekuador, Nicaragua, Guatemala, Panama, dan Puerto Rico; ia juga dihasilkan di kawasan timur Amerika Syarikat, negara-negara Itali dan Sepanyol (terutamanya di Kepulauan Canary) di benua Eropah, serta Indonesia dan Filipina di Asia Tenggara.
Tiga jenis daun tembakau yang berbeza menentukan ciri pengasapan dan perisa setiap komponen dalam cerut:
- Pengisi: Daun tembakau dilipat yang diikat agar udara dapat mengalir dengan secukupnya melalui batang cerut yang dibakar pada hujungnya.[4] Kemahiran dan kepakaran untuk menggulungkan daun-daun ini dengan teliti diperlukan bagi memastikan mutu batang cerut sebagai produk akhir.[4] Pencampuran pelbagai jenis daun tembakau turut memberikan ciri kekuatan, serta profil rasa dan bau yang tersendiri seperti yang diinginkan pengeluar. Cerut-cerut yang kelihatan lebih "berisi" atau "gemuk" adalah kerana kandungan daun pengisi yang lebih banyak daripada kadar biasa.
- Pengikat (capote): Helaian daun yang mengikat kesemua isi tembakau terlipat dalam cerut di bawah lapisan "pembalut" itu. Daun yang digunakan untuk lapisan ini bercirikan lebih tebal dan keras daripada daun pembalut; daun untuk tujuan tersebut didapati dari bahagian atas tumbuhan tembakau yang terkena matahari.[4]
- Pembalut (capa): bahagian yang paling berkos mahal dalam cerut.[4] Bahagian ini menentukan rasa, ciri dan pemapakan (warna) utama sebatang cerut itu. Tembakau yang dikhususkan untuk membuat pembalut ini ditanam berasingan di bawah kanopi kain muslin besar agar cahaya matahari langsung dibiaskan lalu menghasilkan daun yang licin, lembut dan berurat nipis.[4]
Spesifikasi
suntingCerutu biasanya dikategorikan berdasarkan ukuran dan bentuk yang secara bersama-sama dikenal sebagai vitola.
Ukuran cerutu diukur oleh dua dimensi: berdasarkan cincin ukuran (diameter dalam enam puluh-perempat dalam satu inci) dan panjang (dalam inci).
Kesan kepada kesihatan
suntingPenghisapan cerut sepertimana penggunaan tembakau yang lain boleh mendatangkan risiko kesihatan yang berbahaya bergantung kepada kandungan asap cerut mahupun masa pendedahan pengguna kepada asap tersebut.[5] Satu ulasan yang dibuat daruipada 22 kajian mendapati penghisapan cerut mempunyai kaitan dengan kanser-kanser peparu, mulut, esofagus, pankreas dan larinks; penyakit jantung koronari dan aneurisme aorta. Kebarangkalian risiko maut akibat kanser-kanser mulut, esofagus dan larinks masih tinggi dalam kalangan perokok yang tidak menarik dalam asap cerut.[6]
Ancaman maut turut meningkat berkadaran dengan kekerapan merokok di mana individu yang menghisap satu hingga dua batang cerut sehari ditingkatkan kadar kematian sebanyak 2% berbanding individu yang tidak merokok langsung.[7]
Rujukan
sunting- ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 102.
- ^ "சுருட்டு¹". University of Madras Tamil Lexicon. University of Madras. 2015. m/s. 1530, 1532 – melalui Digital Dictionaries of South Asia.
- ^ Cf. Van Lancker JL (1977). "Smoking and disease" (PDF). NIDA Res Monogr (17): 230–288. PMID 417256. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-12-01. Dicapai pada 2018-04-04.
- ^ a b c d e Bati, Anwer (1997). The Cigar Companion: The Connoisseur's Guide (ed. ke-3). Philadelphia, PA: Running Press. m/s. 27.
- ^ Symm B, Morgan MV, Blackshear Y, Tinsley S (2005). "Cigar smoking: an ignored public health threat". J Prim Prev. 26 (4): 363–375. doi:10.1007/s10935-005-5389-z. PMID 15995804.
- ^ Van Lancker, JL (December 1977). "Smoking and disease". NIDA research monograph (17): 230–288. PMID 417256.
- ^ Burns, David M. (1998). "Cigar Smoking: Overview and Current State of the Science" (PDF). Smoking and Tobacco Control Monograph No. 9. National Institutes of Health, National Cancer Institute: 6.; NIH publication no. 98-4302
Pautan luar
sunting- Cigar Smoker's FAQ Diarkibkan 2011-05-12 di Wayback Machine - dikumpulkan daripada forum alt.smokers.cigars