Sejarah

sunting

Cempuling adalah muzik tradisional bagi masyarakat Jawa. Mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-19 yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia. Cempuling itu sendiri berasal dari gabungan perkataan Jawa; com-com (macam-macam), pul-pul (berkumpul) dan eling-eling (ingat-mengingati). Cempuling digunakan sebagai kaedah penyampaian ajaran Islam dan nasihat kepada masyarakat pada zaman dahulu.

Cempuling ini membawa erti satu kumpulan seni muzik yang saling ingat-mengingatkan kepada masyarakat mengenai pelbagai hal berkaitan dunia dan akhirat.[1]

Muzik tradisional ini selalu dimainkan semasa kenduri kahwin, majlis rasmi di peringkat daerah, negeri dan sebagainya. Muzik ini dimainkan secara berkumpulan di antara enam (6) sehingga dua belas (12) orang ahli termasuk penyanyi.

Alat Muzik

sunting

Bagi menghasilkan bunyi bagi mengiringi lirik, alat-alat muzik ini digunakan:

  • Gendang
  • Gong
  • Kempol
  • Kempreng
  • Enteng-enteng