Balung ayam
Balung ayam, bayam bunga, bayam ekor kucing, bayam ekor belanda atau pial ayam (nama botani: Celosia argentea)[2] merupakan sejenis tumbuhan berbunga dalam keluarga Amaranthaceae yang berasal dari India dan Nepal.[3] Terdapat pelbagai varieti pokok bunga balung yang boleh dibezakan melalui saiz pokok dan warna bunga.
Balung ayam | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | C. argentea
|
Nama binomial | |
Celosia argentea | |
Sinonim[1] | |
Senarai sinonim
|
Penamaan
suntingTumbuhan ini dinamakan kerana jambak bunganya menyerupai balung seekor ayam.[2]
Botani
suntingPokok balung ayam ialah tumbuhan jenis herba. Batangnya licin dan tumbuh tegak mencapai ketinggian 0.3 hingga 1.2 meter dan membentuk banyak cabang. Helai daunnya berbentuk bujur memanjang dengan hujung tajam, daun-daunnya disusun bertentangan pada batangnya.[2]
Jambak bunganya berwarna merah, merah tua, jingga, kuning atau ungu.[2][4]
Biji benih bunga ini muncul dalam kapsul terletak di bahagian bawah atau pangkal bunga. Ia berkilat, kecil, halus seperti biji pokok bayam dan berwarna perang atau hitam.[3]
Kegunaan
suntingMakanan
suntingBunga dan daunnya boleh dimakan.[5] Biji-bijinya boleh ditabur pada kek dan biskut sebagai hiasan. Daun-daunnya boleh dimasak seperti bayam.[2]
Perubatan
suntingSelain ditanam sebagai pokok hiasan, pokok bunga balung ayam juga mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Ranting atau dahan pokok balung ayam yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak dan luka dengan menampalnya pada tempat berkenaan. Air rebusan ranting dan bunga yang dikeringkan boleh diminum sebagai rawatan batuk berdarah, keputihan, batuk dan buasir. Untuk merawat jangkitan saluran kencing, disenteri, batuk dan darah haid yang berlebihan, seluruh bahagian pokok direbus dan diminum airnya.
Ada juga yang mengatakan pokok balung ayam dapat melawaskan pembuangan air besar dan air kecil. Ia juga dikatakan baik untuk tenaga batin tetapi tiada sebarang kajian dibuat mengenainya.
Galeri
sunting-
Celosia argentea
-
Celosia argentea
Rujukan
sunting- ^ "Celosia argentea L." World Flora Online. World Flora Consortium. Dicapai pada 4 Januari 2023.
- ^ a b c d e Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 30, 68–69. ISBN 9676118923.
- ^ a b "Celosia argentea". North Carolina Extension Gardener Plant Toolbox. Universiti Negeri Carolina Utara. n.d. Dicapai pada 4 Januari 2023.
- ^ "Celosia argentea (Plumosa Group) 'New Look'". Plant Finder. Missouri Botanical Garden. n.d. Dicapai pada 4 Januari 2023.
- ^ Grubben, G.J.H.; Denton, O.A. (2004). Plant Resources of Tropical Africa. 2. Vegetables. Leiden, Belanda: ROTA Foundation; Backhuys; CTA.