Celak
Celak (Jawi: چلق ) ialah bahan kosmetik yang digunakan untuk mewarna kawasan sekeliling mata pemakai agar ia lebih menyerlah bentuknya.
Sejarah pemakaian
suntingPemakaian celak ini telah didapati sejak zaman Mesir Purba, malah ia turut dipakai masyarakt Berber dan Arab pada muka sebagai penunjuk status dari abad ke-7 di Semenanjung Arab lalu merebak ke kawasan Afrika Utara sejak tempoh itu.[1] Nabi Muhammad sendir mengalakkan penggunaan celak kepada masyarakatnya kerana pengunaannya dipercayai baik untuk mata,[2] malah ia masih dipakai sesetengah penganut Islam sebagai suatu amalan tanda patuh pada bulan Ramadan.[3][4]
Komposisi kimia
suntingCelak moden yang berasaskan lilin (merangkumi 50% berat produk akhir) dihasilkan daripada 20 jenis bahan lembut yang mudah disapu pada kulit pemakai. Stearil heptanoat merupakan bahan paling umum dalam kebanyakan celak kosmetik moden. Bahan-bahan pigmen yang biasa dalam celak moden termasuk ferum oksida hitam serta juga titanium dioksida dan Prussian blue dalam bilangan yang lebih kecil dan surih.[5]
Rujukan
sunting- ^ Sault, Nicole Landry. Many Mirrors: Body Image and Social Relations.
- ^ IslamQA fatwa 44696: "Pure kohl is beneficial to the eyes and is not harmful" dicapai 18 September 2015
- ^ "Tradisi unik muslim Yaman rias mata dengan kohl saat Ramadan". Merdeka. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-22. Dicapai pada 2018-04-06.
- ^ "KOHL IN HIS EYE: A man winced as kohl was applied to his eyelids at the Grand Mosque during the Muslim holy fasting month of Ramadan in San'a, Yemen". Wall Street Journal. 27 Julai 2013.
- ^ Cunningham, J. ""Color cosmetics"". Dalam D. F. Williams; W. H. Schmitt (penyunting). Chemistry and Technology of the Cosmetics and Toiletries Industry. Springer. ISBN 978-94-010-7194-9.