Cecadu Bukit
Cecadu bukit (Aethalops alecto) ialah spesies kelawar mega.
Cecadu Bukit | |
---|---|
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Chiroptera |
Keluarga: | Pteropodidae |
Genus: | Aethalops |
Spesies: | A. alecto
|
Nama binomial | |
Aethalops alecto (Thomas, 1923)
| |
![]() | |
Pygmy Fruit Bat range | |
Sinonim | |
Taburan
suntingTiga spesimen telah ditangkap pada April 1995 dari tanah tinggi Bario di Sarawak. A. alecto terhad di hutan gunung melebihi 1000 m di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Jawa. Di Borneo, ia telah direkodkan di Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker di Sabah; Gunung Mulu dan Bareo di Sarawak (Payne et al. 1985 ).
Biologi dan ekologi
suntingDua betina dewasa dan satu jantan dewasa ditangkap di Bario dalam keadaan tidak membiak. Kitchener et al. (1990) melaporkan betina bunting ditangkap di Pulau Lombok pada bulan Oktober. Hill (1961) memerhati kebuntingan pada bulan Februari dan Mei di Semenanjung Malaysia. Medway (1978) merekodkan bahawa antara bulan Februari hingga Jun adalah tempoh membiak bagi spesies ini. Spesies ini kelihatannya terhad di hutan gunung melebihi 1,000 m (Payne et al. 1985).
Pembiakan
suntingSebagaimana haiwan mamalia lain, cecadu bukit membiak dengan beranak, sekitar bulan Februari hingga Jun.
Ukuran luaran
sunting- 3 sampel. FA = 43.70-48.00, TL = none, EL = 10.00-12.00, TB = 15.30-17.00, WT = 12.00-18.00.
Rujukan
sunting- ^ White, A.L.; Rhone, A.S.; Kumaran, J.; Waldien, D.L. (2023). "Aethalops alecto". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2023: e.T565A229798079. doi:10.2305/IUCN.UK.2023-1.RLTS.T565A229798079.en. Dicapai pada 12 January 2024.
- Hall LS, Gordon G. Grigg, Craig Moritz, Besar Ketol, Isa Sait, Wahab Marni and M.T. Abdullah. 2004. Biogeography of fruit bats in Southeast Asia. Sarawak Museum Journal LX(81):191-284.
- Karim, C., A.A. Tuen and M.T. Abdullah. 2004. Mammals. Sarawak Museum Journal Special
Issue No. 6. 80: 221—234.
- Mohd. Azlan J., Ibnu Maryanto , Agus P. Kartono and M.T. Abdullah. 2003 Diversity, Relative
Abundance and Conservation of Chiropterans in Kayan Mentarang National Park, East Kalimantan, Indonesia. Sarawak Museum Journal 79: 251-265.
- Hall LS, Richards GC, Abdullah MT. 2002. The bats of Niah National Park, Sarawak. Sarawak Museum Journal. 78: 255-282.